Birthday Celebration Abah


Perancangan seawal 3 bulan sebelum celebrate birthday abah pada 1 September. Create group private wassup family ada mak, abang, kak ipar, Hana, husband and adik (Syifa). Plan start dari abang lepas tu mula lah plan itu ini. Tak sabar pula nak suprisekan kat abah :)

Ingat biasa-biasa ja just makan-makan tapi bila dah tetapkan tema pink putih rasa buat kat dewan besar pula ada tema segala bagai. ngeee tapi kenapa pink? Hana tak ada baju pink T_T Putih lagi lah tak ada T_T

Kami tetapkan hadiah.. Hadiah ni kami tau dari dulu lagi Abah nak beli handset. Tapi abah kata selagi boleh pakai dia tak nak tukar. Syifa main peranan untuk handle bahagian handset, sebab dia ja yang ada kat rumah, yang lain semua duduk jauh, buat-buat tanya abah pasal handset.

Tadi Syifa ada tanya abah pasal handset...Abah suka Sony Ericsson
Mana ada Sony Ericsson dah sekarang
Oppo pun ok?
Samsung bateri problem...
Bla.bla..bla..

Mak handle bahagian makanan..
Hana handle persiapan tempat (hiasan) dan kek..
Abang beli hadiah

Macam-macam yang jadi sepanjang preparation ni..

  • Cadangan nak suprise malam 31hb Ogos tapi 31 Ogos cuti Merdeka. Alahai tak dapat nak buat suprise time abah balik kerja. So ubah plan..
  • Malam 31 Ogos, Syifa or mak ajak abah keluar beli barang dapur tapi 31 Ogos abah balik kampung Perak dari pagi tapi tak pasti balik bila. Kalau macam tu dapatlah suprise kan abah.. Tapi..
  • Abah cal mak : abah tak mau balik, esok baru dia balik.. Alamak macam mana ni
  • Mak suruh juga abah balik dan esok pagi-pagi kita semua balik Perak kan Raya Haji kat sana. Sepatutnya Raya Haji kat Kedah ja. hahaha Padahal dah 80% dah prepare untuk suprise ni. Nak minta balik punya pasal T_T
  • Nak beli kek Secret Resipe tapi yaa ampun... orang berbaris sampai luar kedai promosi merdeka katanya.. Terus ke Baskin Robbins, ramai juga tapi tak seramai tadi. Dalam hati memang nak kek baskin sebab 100% kek ice-cream. hehe Yeaaah dapat makan kek baskin kali ke2
  • Baget abah balik malam. Tapi lewat petang abah dah balik..  Nasib Hana sempat beli belon helium simpan dalam bilik. Kek dah Hana letak dalam peti ais rumah 1 lagi. Lagipun hadiah masih tak sampai lagi.hehe

Abah masuk rumah, tanya "Nak buat apa ni (smbil tengok alat stimboat)" Mak yang explain. Tugas mak kan. ngeee. yang lain berlakon sapu sampah, lipat baju, tengok tv. Dalam wassup private "bila abah nak masuk bilik ni?" "Macam susah ja nak ajak abah kuar satgi kan abah baru balik"  

So lepas abah masuk bilik kami bincang dan atur tempat sepantas kilat. Suprisekan abah time abah keluar bilik

Time seting

yang ni lah yang abah tegur tu "Nak buat apa ni?"

                
Ikan salmon. udang galah, ketam, daging, brokoli & bunga kobis, sotong kembang, isi-isi seafood, sawi apa tah, cendawan & kulat, kambing, ikan (luar kawasan)


Set up kek

Bila dah cair dapat simpan cair tu letak dalam freezer nanti jadi ais balik :)

         
Susun atur belon dan meja


Pakat takut nak letupkan benda alah tu 

PA Sistem (laptop) siap sedia dengan lagu birthday, penembak reben party siap sedia, videographer photographer, penyambut abah. Semua siap sedia dah. tunggu abah keluar ja. Jangan tak keluar sudah T_T Entah macam mana mak buat tah suruh abah pakai baju yang cun dengan tema. ngeee

So... Suprise...
 
Memang gempak

Time ni lagu birthday dimainkan

 

             
Happy Birthday abah yang ke 57 :)


Family kecil Hana :)


Anak-anak abah : ) 
Hana tudung pink sebelah abah. Baju Hana di sponser oleh Syifa. Ok baju tu besar tapi tak apa janji ikut tema

       
Nyuuumeessss...
Salmon dan kulat bakar sangat sedap ok

Ikan kerapu kot yang bakar ni


Pandai juga Hana pilih belon warna ni. ngee puji diri sendiri

Nak beli 5 belon takut tak muat kereta tapi bila di fikir balik ruang besar. Minta tambah belon bagi jadi 10 memang penuh kereta. Nasib kereta tak terbang :P

Majlis start pukul 8 macam tu lah, habis pukul 1 pagi. Sembang santai 2 jam. Imbas kenangan kami satu keluarga. Lawak lawak tak sedar dah masuk pukul 1 pagi. Esok Raya Haji balik Perak pula

Makanan yang tak habis di pospone pada malam keesokan harinya

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Megi Tomyam Udang Ketam.. 
dan
Nasi Dagang Ikan Tongkol import dari mertua. ngeee.

Perrgghhh 






Buat kat tepi rumah. Angin sepoi-sepoi bahasa

0 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...