Tempat-tempat menark di Pulau Pinang


Tempat-tempat menark di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Sebelum ni Hana ada buat entry pasal Tempat-tempat menarik di Kedah (klik sini)

Nak ke tempat-tempat ni senang je cuma masalah parking. Itu sebab kebanyakaan orang kita ni jarang nak ke tempat macam ni sebab beberapa tempat yang Hana nak bagitau ni tepi jalan besar, bersebelahan dengan kedai-kedai dalam satu bangunan dan kadang-kadang tak perasan tempat tu wujud melainkan pakai waze T_T Kalau pelancong luar Malaysia memang ramai sebab diorang suka berjalan kaki or naik basikal sewa di Penang ni.. Cuba sesekali buat Explorace @Penang (klik sini)

Jom check it out

WONDERFOOD MUSEUM PENANG

    

Terletak di Georgetown, Penang. Wonderfood Museum Penang nie sebenarnya adalah sebuah muzium yang memaparkan replika-replika makanan tradisi orang Melayu, Cina dan India dalam saiz yang sangat besar. Setiap replika di sini direka bentuk yang seakan-akan sama dengan makanan yang betul dan ianya pasti akan menggugat selera korang Buat kelainan sikit, ber'selfie' dengan makanan jumbo super duper besar. Staf yang sporting akan membantu korang kalau nak ambil gambar :) Harga masuk ke sini dalam lingkungan RM10-RM15. 

AVATAR SECRET GARDEN

         

Terletak di Tanjong Tokong. Nama pun Avatar mesti macam dalam filem Avatar tu. Korang pernah pergi I-City? Yang ni lagi cantik dari I-City :). Tiada bayaran masuk di kenakan cuma kena bayar parking kereta dalam RM3. Kalau nak ke sini datang sebelum pukul 11.40 malam sebab lampu ni akan tutup automatik selepas jam tu.. Jangan datang wantu siang pula.. Apa pun tak nampak T_T

Ok set Hana nak pi sini :)

PENANG 3D TRICT MUSEUM

     

Hana dah pernah pergi sini.. Best :) Terletak di Lebuh Penang, tak jauh dari Padang Kota. Kalau tengok bangunannya macam biasa ja kan bangunan lama tapi dalamnya sangat menarik. Muzium ini ada 2 tingkat. Setiap tingkat ada menempatkan gambar-gambar 3D dan bilik-bilik trick yang menarik. Harga masuk ke muzium ni RM10 hingga RM15

UPSIDE DOWN MUSEUM

           

Kalau di Sabah terkenal dengan Rumah Terbalik Tamparuli, Di Penang pula... taadaa Upside Down Museum yang terletak di Kimberly Street, Georgetown. Di buka pada tahun 2015. Bermula dari pintu masuk sampailah susun atur perabot semuanya terbalik.  Harga tiket masuk muzium ni antara RM10 hingga RM25.

ESCAPE THEME PARK


    

Taman Tema Escape yang berkelas dunia ini yang asalnya tapak takungan air telah dibuka sejak November 2012, hasil idea dan kreativiti rakyat Malaysia Sim Choo Kheng. Aktivti yang terdapat di sini ialah monkey business, jungle swinger, flying lemur, gecko tower dan lain-lain. 

Harga Tiket : 
• Bayi bawah 3 tahun - Percuma 
• Kanak-kanak 4-12 tahun - RM 55 
• Dewasa 13- 60 tahun - RM 83 
• Warga Emas 61 tahun keatas - Percuma

Hana WAJIB pergi tempat ni. Set tapi erm... macam Hana excited sorang-sorang ja. ngee..

KOMTAR RAINBOW SKYWALK

   

Kompleks Tun Abdul Razak a.k.a Komtar mercu negeri Penang. Di Komtar di terdapat Skyway untuk menarik pengunjung yang datang ke sini. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengembalikan era kegemilangan Komtar.

Tak pernah lagi Hana jejak kat sini. Just tengok dari jauh ja. 

TAMAN RIMBA

   

Terletak di Hutan Lipur Teluk Bahang Terkenal dengan kejernihan air terjunnya. Terdapat kemudahan di sini. Antaranya tapak perkhemahan, asrama, tandas, kolam mandi, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat. Untuk aktiviti perkhemahan, pengunjung mesti berhubung terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Disini juga terdapat trek mendaki Bukit Bendera dan empat trek jungle trekking lain bagi yang berminat dengan aktiviti pendakian.

Masuk percuma cuma untuk aktiviti merentas titian kanopi dikenakan tiket sebanyak RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.


Tempat lepak-lepak pekena laksa dan pasemboq baq hang... ^_^ santai-santai angin sepoi-sepoi bahasa

PADANG KOTA

    

Tempat wajib bagi Hana dan family merehatkan kaki setelah pusing-pusing melawat tempat sekitar Pulau Pinang. Maklumlah kereta parking nun jauh di sana. Memang full parking di kawasan sekitar Padang Kota ni. Waktu petang boleh berkelah kat kawasan padang dan di tepi laut. Kadang-kadang ada pameran kat sini. Pernah Hana ke Penang cun time dengan Pameran Transfomers. Lepas tu pula Pameran Lukisan 3D. 

JURASSIC RESEARCH CENTRE

   

Rupa-rupanya Jurassic Research Centre ni terletak di tingkat 5 Komtar iaitu The Top Komtar. Dan sebenarnya lagi kat tingkat 5 Komtar ni terdapat tempat yang menarik lagi iaitu Ocean Explore, 7D motion Theater, Mirror Maze, Musical Corousel dan Dragon Regatta. Bayaran utnuk masuk setiap tempat ni adalah berlainan. Tetapi ada pakage untuk masuk ke semua tempat ni dengan harga lebih murah sedikit. Tapi berbaloi juga lah kan

Saiz dinasour dan macam saiz sebenar seolah-olah berada di dalam filem Jurassic World. Kita boleh melihat pelbagai jenis dinasour herbivor dan karnivor. Kita juga dapat tengok replika telur dan fossil dinasour.

GHOST MUSEUM

     

Terletak di Lebuh Melayu, Penang Hanya 10 minit pejalanan dari Komtar. Kalau tengok dari luar bangunan macam cute-cute ja hantunya, budak-budak pun suka :) Muzium ni menempatkan hantu dari pelbagai bangsa. Bangsa??? Ermm.. hantu melayu, cina, jepun, indon, mesir semua ada. Silap-silap terselit Annabelle. tiba-tiba patung pula kan T_T 

Akan ada tour guide yang akan mengiring kita sepanjang perjalanan tersebut dan akan ceritakan serba sedikit pasal hantu yang terdapat kat situ. Harga masuk RM8 hingga ke RM18 kalau ada Mykad

PENANG WAR MUSEUM

      

  

 Terletak di Batu Maung, Penang. Kalau nak dekat lalu Jambatan ke2 Penang :) Muzium ni bukan sebuah bangunan yanga ada pameran dalam cermin kaca ye kawan-kawan. Sampai ja kat sini kita dah macam tentera masuk terowong lalu denai-denai segala bagai sampailah ke tempat hukuman, simpanan mayat dan sebagainya . Better pakai sport shoes or flat senang nak bergerak.

Muzium ini merupakan tapak asal bekas kubu yang dibina oleh tentera British pada tahun 1930an. Kubu ini siap dengan segala kelengkapan seperti terowong bawah tahan, bilik simpanan senjata, bilik persikan dan macam-macam lagi. Lepas bayaran di buat iaitu harga tiket RM20, untuk kanak-kanak RM10, kita akan di bekalkan dengan map dan sejarah mengenai muzium ini

Kawasan yang sangat luas ni mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk di explore. Macam best ja kan :) Pernah dengar juga tempat ni tersenarai salah sebuah tempat yang berhantu di Asia dan pernah muncul di dokumentari paranormal.

Macam menarik ja.. macam nak pi ja..

JUMP STREET TRAMPOLINE PARK

   

Selepas pembukaan Jumpstreet Trampoline di Petaling Jaya, Jumpstreet kini telah buka cawangan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Terdapat playground yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Ada 9  aktiviti yang menarik yang patut korang try dari level rendah smpai ke profesional.

Dodgeball Courts
Slam Dunk
Main Court
The Wall
High Performance
Tower Jump
Foam Pit
Battle Beam

Ok set boleh masukkan dalam itinerary

DARK MANSION-3D GLOW IN THE DARK

        


Pakai baju putih memang bercahaya baju korang tau :) Di pintu masuk pihak Dark Mansion menyediakan warna air yang bercahaya untuk korang buat corak kat muka ka tangan ka. Bila dah masuk tempat ni akan nampak corak korang buat tu bercahaya. Best.. macam tak mau keluar dari tempat tu. ngeee Harga masuk antara RM12 hingga ke RM20

 Dark Mansion Terletak di jalan Kimberly, di tengah Bandar Georgetown. Di Dark Mansion ni kita dapat lihat lukisan 3D dengan menggabungkan cahaya yang berkuasa gelap ke dalam lukisan untuk menjadikan satu yang unik. Selain itu, ia juga menggunakan kesan cahaya khas untuk mewujudkan peralihan siang-malam. Pengunjung boleh menyaksikan perubahan lukisan dengan cahaya dan menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza. Contohnya

       
 siang vs malam

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain seperti Art Street, Rumah P. Ramlee, Taman Rama-rama, Frog Hill dan lain-lain :)

5 orang dah komen :

aswadz said...

ada beberapa tempat je yg dah pernah pergi. padahal dekat je kalau nak pergi. huhuhu...

MAY said...

eh la banyak rupanya tpt menarik. ari tu pi penang pi kat upside down museum je dgn art street.

hana hadi said...

@aswadzkan.. selalu kalau yang dekat tu yang malas nak p. hehe

hana hadi said...

@MAY street art skrg xda apa2 dah

Khai_Sol said...

lahh baru balik dari penang . hahaha . takpe lepas ni boleh masukkan beberapa tempat lagi in list . Nice info ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...