Tugas Guru Mingguan
Tugas Guru Mingguan. Minggu ke 7 tiba giliran Hana dan seorang cikgu, Cikgu Ridzaimi untuk bertugas. Buat apa je...
Nie tugas-tugas guru mingguan SK Sampadi
Mengendalikan perhimpunan 10 minit setiap pagi selama seminggu. Aktivitinya, program bacaan dimana Hana akan pilih 2 orang murid untuk membaca or membuat rumusan mengenai bahan bacaan diorang. Lepas habis semua tu, semua murid diminta menghafal misi dan misi sekolah. Tapi sebelum mula aktiviti tu semua murid diminta menyanyikan lagu sekolah
RMT. Guru bertugas diminta turun padang. Bukan turun padang untuk sukan ye kawan-kawan tapi ke kantin sama-sama dengan guru RMT untuk memantau. Catat menu pada hari tersebut, tandatangan dah siap.. Boleh juga jadi food tester. Opsss....
Juri untuk keceriaan kelas. Erm.. juri ke orang panggil untuk catat-catat markah keceriaan kelas tu ek.. hehe. Setiap hari markah di ambil.. senang je kerja ni.. Kadang-kadang dapat ilham nak hias bilik Pendidikan Khas bila tengok hiasan kelas-kelas perdana :)
Kes-kes tertentu. Al-kisahnya kalau ada murid yang tak sihat or sakit masa tu, mesti bawa pergi klinik. Kalau luka-luka kecik tu pakai first aid jelah kan..
Dan yang terakhir.. harus tempek pic tuan empunya blog :P
3 orang dah komen :
Comelnya cikgu Hana.
bestnya kalau ada cikgu comel selfie.. heheh
Cikgu yg mengajar sekolah rendah ni adalah manusia penyabar. Hehe...