Pemilihan Atlit Olahraga Pendidikan Khas daerah Lundu


Pemilihan Atlit Olahraga Pendidikan Khas Daerah Lundu. Tahun lepas sekolah Hana SK Sampadi, tak hantar wakil tapi tahun ni kita cuba Hantar wakil, mana tahu di sebalik murid PPKI Hana ada yang berbakat.

Pemilihan diadakan di Stadium Lundu, 30km dari sekolah Hana (20-30min)

Sebenarnya bukan kemenangan yang kita kan sebaliknya Hana mahukan murid Hana bergaul dengan murid dari sekolah lain lebih-lebih lagi 2 orang murid 'baru' yang masuk ke PPKI sekolah Hana. Ok kita cuba bawa diorang keluar dari proses pdp.

                                 
PPKI SK SAMPADI


Perbincangan sebelum memulakan acara
SK Sampadi, SMK Lundu, SK Sematan, SK Stungkor dan SK Bumiputera. Setelah setahun baru berpeluang mengenal guru baru dari SMK Lundu

                                              

Team PPKI daerah Lundu

Sampai di stadium baru Hana tahu. Rupa-rupanya Kejohanan Olahraga ni secara terbuka. So sekolah rendah terpaksa bersaing dengan sekolah menengah. huhu Sampai macam tu sekali nak cut buget. Tapi tak apa kita cuba :)

800m

Yang kecik-kecik tu pasangan kembar dari SMK Lundu, Maisura dan Maisarah. Yang tinggi sikit tu murid Hana, Sulika namanya
 400m

100m

Selepas habis acara balapan, kami divide in two group. Sekali sekala ber'BI' hehe
group di lontar peluru dan group di lompat jauh.

Of course Hana berda di lompat jauh, acara favorite Hana ni

Lompat jauh

 Guru-guru PPKI :)

Seorang dari murid SK Sampadi terpilih untuk mewakili acara lontar peluru ke peringkat Bahagian Kuching

Tahniah kepada murid yang berjaya mewakili Lundu :)

4 orang dah komen :

ayie abas said...

Assalamualaikum Hana :)

Lama tak tanya khabar hana. Nampak hana maintain macam dulu-dulu je. Hehe.
Memang anak murid berlari kat balapan tak pakai kasut ke? Boleh pedih tapak kaki jugak tu kn?

CD said...

bestnya lahai tgk aktiviti zaman sekolah ni...

Hana said...

@Daku Amat
Hahaha.. Maintain ka ayie
Tah la diorang ni..tapi pakai kasut Sekolah macam tak sesuai takut tersadung.huhu

Nour Adieb said...

aduhhh, kena bersaing plak dgn budak skola menengah. apapun, good luck semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...