Acara Berlulut di Sarawak
Acara Berlulut di Sarawak. Hana mati-mati ingat "B.E.R.L.U.L.U.T" tu salah ejaan dan yang sebenarnya ejaan betul adalah B.E.R.L.U.T.U.T. Baru logik acara berlutut kan. Padahal memang betul pun ejaannya B.E.R.L.U.L.UT.
Acara Berlulut perkataan baru yang Hana dengar. Sangat menarik sebab tu Hana buat entri untuk pengetahuan korang semua..Take note ok :)
Berlulut sebenarnya adalah tradisi kaum Melayu di Sarawak selepas akad nikah. Selalunya diadakan pada malam akad nikah. Di semenanjung memang tiada acara melulut ni atau mungkin ada istilah lain untuk menggantikan perkataan "berlulut"(mata tengok atas jari telunjuk di dagu). Adakalanya acara berlulut akan diikuti dengan majlis berinai.
Orang kata berlulut ni acara pengantin bertukar-tukar baju 3 pasang atau lebih. Kira macam pengantin tu ala-ala model buat fashion show gitu. Selalunya pengantin perempuan yang akan tukar-tukar baju, pengantin lelaki jarang terlibat dalam acara fashion show ni. Tapi apa salahnya kalau pengantin lelaki join adventure juga. wink^wink^
Pakai ja baju apa yang korang suka asal bahagia.. hehe
* Gambar siapa tah Hana ambil dari Mr Google
Dalam majlis berlulut ni juga diadakan persembahan lakon beradat iaitu salah satu warisan di negeri Sarawak pada zaman dulu-dulu. Sangat-sangat best. Eh eh macam Hana pula yang pernah merasai pengalaman tersebut. hahaha Apa-apa pun, kalau ada acara berlulut ni di Semenanjung, mungkin Hana skip kot acara ni, serabut nak tukar-tukar baju segala bagai.. Kalau 2 baju mampu lah Hana..
Tapi sekarang ni jarang orang buat acara ni sebab membazir. Apa-apa pun ikut kemampuan.. Kalau nak dijadikan kenangan or mengekalkan adat tradisi apa salahnya. Ada pro dan kontranya di situ :)
And the last one, Hana suka adat istiadat sebab rasa smooth je perjalanan majlis dan pengantinnya pun betul-betul raja sehari. Kalau boleh dari A sampai Z Hana tak nak lepaskan peluang nak merasai segala adat istiadat kaum Melayu ni..
Kalau nak dibandingkan kebanyakan majlis perkahwinan zaman sekarang, pukul 2 hingga 4petang pengantin ada di dalam majlis. Selepas pukul 4petang dah pergi phootoshoot di luar majlis. See.. sangat tak best lagi-lagi bila kita para tetamu datang dari jauh nak tengok pengantin. tetapi pengantinya sikda.
Kamus Bahasa Sarawak
Sikda/Sik ada = tiada
P/s: Mood tak sabar bawa ferrari hijau datang sarawak :)
36 orang dah komen :
kali pertama sy dgr perkataan ni, huh...
Wah.. Jenuh nk tkar bju... Best dpt ilmu baru kn dr budaya dan tempat lain..
owhh...ni dipanggil acara berlutut rupanya, ingatkan saje2x..saudar aku ada watmacam ni, bergambar sakan dengan berlainan baju..
dari:
akubahrain.com
@Bahrain Ramlan
berlulut le.. bukan berlutut.. hehe
oo..bru tahu.Arra kawen pakai spasang je bju.tu pun kurung moden jahit sendiri..sikda photoshot bagai..:)
kalau tak silap kat johor pun ada tukar tukar baju. tapi sekarang ni tak tahu la ada lagi ke tak adat tu.
klu kat sini , pengantin tukar2 baju kat studio jer utk gambar kenangan ...
betul tu..kepada mereka yang mampu apa salahnya buat benda2 melibatkan adat nie kan??sekurang kurangnya orang tak lupa..
Regards,
-Strider-
wahh, bestnya acara berlutut ini... baru tahu org sarawak ada budaya macam ini.. Teringin nak pi sarawak :)
Saya bayangkan tadi berlulut ni pengantin mandi dilumur dengan pulut ...
Tkasih kpd Hana atas perkongsian ini
sekarang dh jarang org wat majlis belulut ni..tp seronok bila ada majlis ni cuma ye la..byk kos..kalau org x wat majlis berlulut ada yg wat malam bermukun..hihih..pjg lak komen niesa ni...
*tiba2 ter-imagine slang hana sebut sikda..mcm mamat yg familiar tu jgak..hahaha..
ooo acara tukar-tukar baju rupanya... hrmmmm hana pun nanti kalo kawin buat jugak ler acara ni...
ohh. sha pon ingat melutut tadi. kihkih. nice sharing.
ohh yeke baru tahu :)
eh , mula-mula baca pun , ingat berlutut tadi ....hehehe
siapa yang suka tukar baju banyak kali mesti suka acara ni...hehehe
la..yeke, 1st time dgr psl melulut nie..hihi best la pengantin diorang, leh melaram sakan tp x penat ke dk tukar baju banyak2 mcm tu? hihi
@Niesa
mamat familiar tu ek.. tau dah tau dah.. hehe
niesa buat la nanti berlulut. sekali seumur hidup :)
bermukun tu apa la plak
@Mat Sommandi berlumur pulut? lagi la dasyat.. hehe
ni kali pertama dgr... hehehe
ingatkn berlutut..salah rupanya..haha :P
masa tengok tadi mcm berlutut dua ke tiga kali pandang baru perasan berlulut haha
berlulut...hahahha..akak ingat kelulut...tukar tukar bj pengantin rupanya....
Fesyen dulu sopan je, sekarang .... teringin nak pakai kimono dress. hee. studioous.blogspot.com
ooo mcam tu ker.. tq share info yer
wahh nice, mmg first time dgr...tp byk nye nak kena tukar baju, penatt..haha
first baca berlutut tadi...
1st time dengar..rasanya zaman2 dulu, contoh mcm masa ibu sy kahwin, memang ada acara2 tukar2 pakaian ni. biasanya pengantin perempuan la. mcm ibu sy, dia pakai baju2 masyarakat lain. lepas tu bergambar atas pelamin :)
macam ni yea. macam-macam budaya yang belum saya ketahui lagi
salam hana =)
mcm pernah dgr BERLULUT tuu..
heee
tp skrng pon ade jgk la..mse kakak yaya kwen pon ade jgk tukar2 bju tu..2-3 baju,jap mcm cina la..jepun la..huuu tp mmg btul skrng lebh kpd photoshot outdoor..1 bju ckup la..tp tmpt shoot tu yg bnyk..hehe
alahai cutenya bez tgk..
Pyka ade dengar jugak dulu . Tapi tak brapa nak paham sgt . Skrang bru paham . Hehe . Bestkan kalau boleh tukar2 baju mcm nie . Tapi yg tak bestnye kna bwak kluar duit bnyak la . Mcm mmbazir pon ade . Hehe
apa2 pon memang best kan sebab dapat belajar tradisi masyarakat lain..
nice info =) tp bg sylah..kalau sy, sy suka simple2 je..yg mmpu bleh la bt..
hana,bermukun ni bergendang..nnti ada mak gendang yg akan jual pantun pastu lelaki2 plak menari sambil balas pantun tu..time tu la hana akan tgk org2 tua dgn gelagat dorg tersendiri..hihi
@Niesa
tq info ni..mesti best2.. kalau ada peluang hana nak tengok majlis perkahwinan tu.. niesa, cepat2 kawin :)