Serba sedikit tentang Cikgu Hana :)



Memang tak tahu nak letak tajuk apa..

Sebenarnya banyak aktiviti sekolah yang Hana tak buat entry. Tapi kesuntukan masa. Mungkin tahun depan Hana baru start masukkan aktiviti sekolah dalam entri :)

Dulu seminggu selepas posting, Hana target nak tukar ke semenanjung selepas 2 or 3 tahun berkhidmat di Sarawak. Tapi sekarang tak terfikir pun nak tukar penempatan di e-GTukar. Hana sayang dengan semua orang di Kuching ni. Amboi semua teruuiih.hahaha.You know that I'm Fall in Love With in this ENTRY. Kalau tiada arah melintang, Hana akan menetap di Kuching. Insyaallah..

Kita masuk lebih spesifik lagi ye...

Jika nak dibandingkan 5 tahun setengah di Kelantan dengan 2 bulan di Kuching, Hana tak nak banding-bandingkan. Tapi cukuplah Hana sekadar menyatakan Hana lebih dapat+cepat menyesuaikan diri di Kuching.

"Kau suka tinggal di Kuching sebab sekolah bukan pedalaman kan?"
Ya, sekolah Hana bukan pedalaman tapi sekolah Hana luar bandar. Sejam dari rumah Hana. Siap naik feri lagi. Sebelum ni memang sekolah tu pedalaman 1 tapi sekarang tak sudah.

"Pendidikan Khas senang je nak mengajar"
Senang? cuba mengajar dulu lepas tu nilai sendiri. Hana kena buka kelas Pendidikan Khas. Ada yang dah satle ada yang belum.  Hiasan kelas lagi. Duit sendiri tau (peruntukan belum dapat). Tapi Hana tak kisah pun guna duit sendiri asalkan kelas cantik :) Cantik untuk siapa? untuk Hana dan murid juga

"Hana tak garang?"
Serius weh, Hana garang sebenarnya, cuma muka Hana ni tak berapa nak garang. Disebabkan muka Hana tak garang jadi Hana kena sesuaikan perwatakan Hana mengikut muka :P Hahaha lawak ja ok. Kadang-kadang Hana marah murid lepas tu Hana membelakangkan murid Hana gelak.. haha Macam tu juga bila Hana tengok cikgu-cikgu lain marah. Hana nak tergelak tapi hana cuba kawal. hehe

"Jawatan yang di pegang di sekolah?"
Buat masa sekarang Hana pegang jawatan guru penasihat Kelab Keceriaan, Guru Penyayang Tahun 2. Guru penyayang memang wajib pun.. Lepas tu guru penasihat Program Susu Sekolah dan Denggi. Belum masuk jawatan dalam Pendidikan Khas.

Anak murid.
cute-cute semua termasuk cikgunya :P Masa ni tengah bersiap sedia untuk edarkan susu kotak :)

Jamuan Hari Raya Tahun 5
Guru penyayang tahun 5 yang terlibat tapi Hana join adventure sekali :)

Weh.. Hana jadi pengacara majlis untuk Program Ramah Tamah Aidilfitri hari Rabu 4/9/13 ni.. Adoi, pertama kali jadi mc.Seram sejuk bila dapat tahu perkara ni.. hehe Hana tak kisah pun tapi itu lah Hana kalau boleh tak nak pegang mikrofon. Disebabkan ke'traum'ana pegang mikrofon jadi banyak entri yang berkaitan dengan mikrofon kat  sini, sini dan sini.

Dan Hana berharap takkan jadi mc dah lepas ni. Biarlah mc untuk satu-satunya program tu ja.. boleh tak macam tu? Tugas yang paling mencabar setakat ni. jadi pengacara majis lah. huhu


48 orang dah komen :

Cikrosecute said...

Cikgu Hana rupanya hihihi

ezy.fia said...

housemate saye ckgu pndidikan khas dan saye amat memahami tugas ckgu pndidikan ni bkn mudah..sgt2 mencabar..

Aimacomel said...

Trauma jadi mc.. hehe comey nye cikgu hana. Dah jatuh cinta dgn org2 sana eh. Mesti sayang kan..

Bahrain said...

semoga terus cemerlang dalam mendidik anak murid..

Mat Som Sadona said...

Assalam Cikgu Hana

Dulu mula2 saya nak posting paling takut kalau dihantar ke sana
Tapi, sebenarnya seronok ek?
5 tahun di Kelate tu maknanya tempoh belajar ya?

Kalau anak saya kena posting kat sana, tentu saya risau 24 jam walaupun bumi Sarawak aman damai.
Ayah/ibu cikgu Hana pun tentu siang malam tak berhenti2 berdoa utk keselamatan anaknya yg jauh di perantauan.

Selamat berkhidmat utk negara.

Zawiah said...

menetap di kucing ? ... ehem , dah jumpa arjuna di kucing lah ni ... heheheee ...

Tie HT said...

sama macam kawan akak,dia org klang tapi ngajar di sibu..dia pun seronok ngajar kat sana..
mesti ramai anak murid sayang hana :)

Unknown said...

:D cikgu hana dah sekarang

Zawiah said...

Buat ketupat memanglah guna daun kelapa muda ... kalau ketupat palas , guna daun palas ...

boy cell said...

alhamdulilla hana dapat menyesuiakan diri ditempat orang..semoga sukses dalam bidang yang diceburi.

Sis_Kina said...

hehehe..terigin jugak ak jadi pdidik..

Fais Iskandar said...

Semoga terus sukses ya Hana

dariilhamkehati said...

canteknyerrr cikgu hana , hehehe , seronok kalaw d[t cikgu cantek nih :D

Annamariana1989 said...

Insyaallah, u can do it cikgu hana.. :)

Unknown said...

sekali dah jadi mc lepas ni jgn2 org panggil lagi tak? hiks..

hana, nak ke miri bila ye? nak sewa kereta apa? boleh sy tolong carikan.. :)

emarieys said...

selamat mendidik cikgu

Cik Kay Jue said...

wah bestkan sebenarnya jadi cikgu ni.. kita sebenarnya bukan marah.. tp tegas.. hehehe..

hana jadi MC? huh.. ckj kalau jadi hana mmg nak tarik diri dulu..

tp kalau da tak boleh.. terima je la cabaran.. harap hana berjya lakukannya.. good luck...

hana hadi said...

@aisya
harap2 xpanggil dah.hehe
cuti raya haji ni. kereta murah2 ja.. kancil ka viva ka? sabtu malam sampai. ahad pagi tu dah boleh dah sewa keta.. sampailah selasa pagi

Nik said...

bagus la. dapat sesuai kan diri kat sana. sepupu sis pun ada megajar kat sarawak.

Unknown said...

baru perasan hana ni cikgu rupenya..boleh la lepas ni panggil cikgu hana pulak kan :P

Maria Firdz said...

cikgu hana mula berceloteh.. hehe... macam mana suasana baru.. msti best kan,,,

Maria Firdz said...

cikgu hana mula berceloteh.. hehe... macam mana suasana baru.. msti best kan,,,

Fais-SKA said...

he3..kena kahwin dgn org sna la kalau mcm 2 =) gmbar last 2 cikgu dah mcm murid2 je..nsb baik putih..boleh jugak bezakn..sy psti, rmai ank murid sygkn cikgu dia ni..

sha (chirp chirp) said...

garang rupanya cikgu hana ni. kihkih

Cik Itah said...

mesti Hana ni cikgu kesayangan murid+ kn? hehee

p/s : pasal kereta sewa tu sy tak tahu la Hana sbb sy tak pernah guna perkhidmatan ni lagipun skrang ni sy duduk kat kampung da..bukan kat kk lagi :) InsyAllah nanti sy tanyakan kwn yg duk kk..apa+ sy info kat Hana :)

Niesa said...

respect kt hana sbb xpandang rendah kt sarawak.. :)
semoga sentiasa diberkati hana..cikgu yg cantik.. ;)

Unknown said...

assalamualaikum cikgu hana yg penyayang :)

bila hana jadi cikgu susu percuma tu..otak ayie automatik teringat pd iklan susu percuma utk murid2 sekolah yg selalu disiarkan kat tv.

agaknya hana pun jadi mcm cikgu dlm iklan tu kot...kena terangkan satu persatu cara2 yg betul utk minum susu percuma sekolah tu...haha :)

Anonymous said...

mesti ramai murid yg dh jatuh cinta dgn cikgu hana ni kan hehehe

hana hadi said...

@Ayie Abas
hahaha macam tu lah hana.. tapi xlah terang satu per satu..

yag selalu hana pesan "kalau masam buang yee" hehe

hana hadi said...

@Niesa
orang2 sarawak peramah.. :)

hana hadi said...

@Cik Itah@RRP
hahaha.. yeke? xpalah kalau macam tu.. terima kasih :)

hana hadi said...

@Maria Firdz
sangat best.. harap2 kekalkan ke'best'an hana tersebut. hehe

kucokelat said...

hana..sorry dh lama xdtg sini.. ;) jauhnya kat sarawak..

kucokelat said...

pendidikan khas tu cm mana hana?

hana hadi said...

@Girls Cakery
pend khas ni ada macam2.. kalau pend khas hana ni. hana kena ajar murid yang bermasalah pembelajaran.. mcm murid lembam, hiperaktif, celepral palsi.. dan macam2 lagi :)

Hazmin Hamudin said...

cikgu rupanya. baru tau ni. Hehe

budakbandunglaici said...

selamat pagi cikgu!!
wah bestnya

Entri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3

nae nematoda said...

cikgu hana nampak muka cam lembut dan baik je..tak nampak garang pun...hehehe

Unknown said...

seronok baca kisah cikgu hana yang sweet =)

caliph shuriken said...

wahh, dh jadi cikgu kt sana rupanya.. ingat still ada area sp ^^

roshidayahdayu said...

sis rupenya cikgu hihi... chaiyok chaiyok =D

roshidayahdayu said...

cikgu yang comel

nuraini nabilah said...

as salam cikgu hana..saya ni ain..teringat ngn kwan waktu tahun 5..nasib tak Nampak sangat muka saya waktu thn 5..hehehe..skrg dh tahun 6 ..dh lh skrg nak hamper hjg thn..hmmm mesti rindu ngn kwn ngn cikgu

Hana said...

Eh2 ain...lagi sebulan lebih lagi ain di sk sampadi.lepas ni susah nak jumpa kan

Unknown said...

semoga cikgu hana hepi bersama anak murid yg sentiasa hepi... zul doakn cikgu hana berjaya dalam hidup di luar sna...

Unknown said...

semoga cikgu hana hepi sentiasa bersama ngan anak murid yg tersyg

Health and Wellness Blog India said...

Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

akubest said...

mmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...