Seminggu selepas dapat gaji


Seminggu lepas dapat gaji...

Ada ke patut laptop Hana tu berendam dalam air. Tak tau berenang nak berendam juga.. Kan dah lemas.. Terpaksa Hana buat CPR. Tapi tak dapat di selamatkan juga..

2 September merupakan hari terakhir beliau. 5 hari selepas itu, Hana nak bawa laptop ke hospital berdekatan untuk di bedah siasat punca kematian.. Setelah di bedah siasat , rupa-rupanya beliau hanya koma. Hana terpaksa membeli wayar (chager) baru untuk menghidupkanya kembali. Kos rawatan RM90. Berbaloi juga lah, servis pun tip top. Yang penting beliau selamat walaupun laptop tersebut boleh dikatakan barangan antik dan patut diletakkan di muzium..Sampaikan orang yang servis laptop tu pun tak pernah dengar jenama laptop hana.. Huhuhu

Kesian kau laptop.. Diorang semua dah lupakan kau kecuali tuan kau yang setia 7 tahun bersama kau.. Lepas ni kau jangan berendam lagi ye.. Aku sayang kat kau walaupun orang lain dah lupakan kau.


    

Hana dah tak ingat Dak Mok tengok movie apa.. yang penting dia kusyuk giler mengadap movie tu.. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Best tak karangan Hana.. haha apa-apa pun alhamdulillah akhirnya, Hana kembali juga mengadap blog ni. Aiseh.. macam lama benar Hana tak mengadap blog ni kan..

Berbalik kepada entry lepas yang Hana jadi MC yang bertarikh 4/9/2013. Hana baca skrip je.. memang tersangat lancar. hahaha Kalau Hana jadi MC pegang skrip bila-bila pun boleh Hana jadi MC. Tapi pegang mikrofon tu still gementar lagi. Adoi.. nak kena cari petua tak nak gementar bila pegang mikrofon ni.. hehe


P/s: Jenama laptop Hana FTec = Future of Tecnology

38 orang dah komen :

adarain said...

wow..khusyuk beno kucing tu tonton...hahaha..normal tu setiap orang mesti gementar lagi2x cakap depan orang ramai..

Luqman Zakaria said...

persoalannye..apakah jenama laptop Hana?hehe

hana hadi said...

@luqman zakaria
A'a kan hana x mention plak kat situ.. Jenama laptop hana FTec

Unknown said...

assalamualaikum..hana :)

ayie pun baru kenal dgn jenama laptop hana tu...sblm ni x tahu..hehe

tapi bentuk lebih kurang mcm laptop ayie jer..jenama toshiba.

tak kisah la jenama apapun janji terbukti bertahan sampai 7 tahun hana pakai..skrg lepas servis tentu makin okey kan...weeeee :)

Dayang Deno said...

setia pada yg satu,,, :)

Unknown said...

salam hana,
laaaa lappy koma eh ! sib baik tak syahid hana...ok bole teruskan pengembaraan ukt the next entry...ahaks

anamizu said...

haah la agak rare jugak jenama Ftec tu hana hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

dok tgk si comel tu ja ni..hihi

Cik Eyra said...

larhh,cmna leh berendam lak laptop tu?ajaibb sgguh..hihi

Hazmin Hamudin said...

Lama tu tempoh berkhidmat. Dah 7 tahun. dah boleh berkira-kira nak ganti yang lain dah tu. Hehe

Nik said...

byk kali jd mc nnt ok la tu..hehe

Unknown said...

ni mesti sis xbagi dia mandi sbb tu dia nk berendam ahahha..

budakbandunglaici said...

kesian pulak terpaksa masuk hospital. btw kucing tu comel pose macam tu

Entri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3

Mat Som Sadona said...

Setianya dgn laptop tu
Biasa saya dua tahun je, lepas tu dah nazak, kerana anak2 yg ganas2,

Dan petua supaya tak menggigil pegang microfon, anggap aje Hana sedang bercakap di depan tunggul-tunggul kayu yang mati.

Mereka nak sgt persembahan baik MC, kalau kita menggigil alamatlah menghampakan tunggul2 itu.

Unknown said...

mmg tak pernah dgr jenama laptop tu.. hahaha..

p/s : Hana, kalau sewa kereta kancil ok tak? atau nak cari viva atau myvi? :)

Unknown said...

sama la kita hana..sy pun jenis syg nak lepaskan laptop lama..kalau dah betul2 nazak baru masukkan dalam muzium :P

hana hadi said...

@aisya hahaha

p/s: kancil pun boleh, asal boleh bawa jalan2 sudah.. nanti bg no tel dia? harap2 murah.. ngee

hana hadi said...

@akmaL
sayang kan.. dah la laptop pertama. lama plak berkhidmat..

hana hadi said...

@Mat Som
anak2 kena beli laptop asing.. kalau rosak biar ja.. sapa suruh ganas2.. hehe.. tq :) bagi petua.. nnati hana cuba aplikasikan :)

hana hadi said...

@Cik Eyra haha air tertumbah dalam beg.. beg pula jenis xserap air. mau bertakung air dalam beg bersama2 dengan laptop..

hana hadi said...

@Ayie Abas
tahan laptop tu.. xpernah rosak kecuali bateri.. hehe

puteri kasih said...

nasib baik boleh diselamatkan...hehe

Unknown said...

dulu sy pon pakai ftec tahun 2007 punya kot...lejen kan tp skrg dah arwah hohohoho

Fiza Rahman said...

Amboi dak mok, layan movie tu ☺☺

emarieys said...

memang tak pernah dgr lagi jenama laptop hana ni...

Anonymous said...

hehehe sib baik komanyer tak lama,,, kalau tak dah kena buat pemindahan organ dah tu hehehe

Cik Itah said...

laa..macam mana bole berendam pulak? ni mesti Hana cuai kan ..

p/s : santai je kucing tu tengok laptop..dia pun layan je hee

DRC said...

dapat laptop baru... oooooohh

lynndamya said...

Salam hana, haii..wahhh laptop berendam dlm air tu, means laptop hana tu jatuh termasuk dlm air ke? gila betul~ hahaha nasib baik dpt diselamatkan tau, haha :D..
comel kucing siap baring2 lagi tu tgk movie..hihi

aswadz said...

laptop lama aku twin tech. pernah dgr? hehehe... aku pun jd MC hari raya ari tu pun, bc skrip gak...

Fais-SKA said...

he3..mcm2 =) lptop pn bleh berendam juga ye..bhaya juga 2..nnti cip2 kt dlam bleh berkarat..nk tips hlg gmentar?? blogger acik ada share tntang tips 2..terjah la sana..

Annamariana1989 said...

xpe hana. dari xde laptop kan.. anna yang dah berumur 24 ni pon baru merasa ada laptop.. yelah, 2 pon bayar bulanan..huhuhuu

Niesa said...

pestime denga laptop jenama tu..haha..

Unknown said...

Assalamualaikum... Hai mbak Hana, terima kasih banyak sudah mampir ke blogku, salam kenal kembali dari saya... oh iya saya sudah follow di #1306, FollBack please, hehehe...

hana hadi said...

@aswadz twin tech? macam kembar ftec ja.. hehehe..

hana hadi said...

@S.K.A
harap xberkarat..sempat la tahan 2 3 tahun lagi nak kumpulu duit dulu.. blog acik? kenal2 nanti hana terjah

Maria Firdz said...

Eh... Sama la dgn jnma laptop pertama sy beli msa stdy dulu... Skrg blh guna lagi tpi mcm x betul.. Charger dia pun dh tukar.. Sbb terbakar... Tapi tetap sayang dgn laptop tu...

caliph shuriken said...

sama laa, beberapa bulan lepas charger sy kena air.. terpaksa beli satu set charger baru, huh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...