at Muzium Kucing, Kuching Sarawak


Muzium Kucing di Kuching Sarawak. I love cat. Meeoww...

Teruja betul Bila sampai kat sini. Rasanya Muzium Kucing akan jadi tempat Hana tenangkan fikiran. Kalau korang rasa Hana dalam mood tak ok, marah or hilangkan diri ke.. carilah Hana di Muzium Kucing ok :) Kalau tak ada dalam Muzium Kuching tu pun mesti Hana di kawasan sekitar muzium tu. Kawasan sekitar muzium tu sangat cantik dan tenang sangat...Bagitau siap-siap ni. Ngee...

Masa di Kelantan dulu... sembunyikan diri di Pantai Cahaya Bulan (PCB) sebab kawan Hana... Ermm... sudah-sudah berhenti mengelamun jangan diingat perkara yang lepas.. syuh syuh.

Sebenarnya Muzium Kucing  di dalam Bangunan DBKU stand for Dewan Bandaraya Kuching Utara.


Masuk adalah percuma. Cuma kalau nak ambik gambar mengunakan handset RM3 dikenakan, Kamera RM5 kot rasanya. Nanti kita akan dapat sticker kemudian lekatkan di handset or kamera korang. Hana of course ambik gambar nak letak dalam blog kan.. hehe

Nampak tak sticker kuning (dalam bulatan) yang Hana lekatkan kat handset tu.. Hahaha stickernya kecik yang interframe tu lebih-lebih..Kucing tu dah diawet..tiba-tiba rasa kesian.huhu

Di pintu masuk Muzium Kuching.. 

    
Rasa tergugat pula bila bergambar dengan kucing ni. Hehe

My housemate :)

Macam-macam maklumat baru yang Hana dapat tahu pasal kucing di Muzium Kuching ni. Yang paling Hana "Ooo... macam tu rupanya,,.." adalah CATWALK. Hana ingat kan catwalk tu cara jalan macam kucing rupa-rupanya CATWALK tu membawa maksud lorong-lorong kecik yang menjadi tempat laluan kucing. Erk, Ke Hana baru tahu pasal ni. hehe ketinggalan sudah Hana

P/s: Banyak tempat menarik Hana pernah pergi di Kuching ni nanti lah Hana update.. Kucing ni juga yang Hana update dulu kan. hehe


31 orang dah komen :

Luqmanzakaria said...

tak pernah jejakkan kaki di bumi sarawak..huhu.

adarain said...

wah! bestnya dapat tgk kucing2x kat situ...

Jemput singgah sini --> Jangan Ambil Kesempatan

salmiah said...

comel tuan punya blog nie...blog pun menarikk...

Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

Cik Itah said...

bestnya hana dapat datang kat Muzium Kuching..mesti seronok pengalaman kat situ..

aswadz said...

oooo... aku pernah pergi tempat ni dlu. tiba2 flashback balik bila baca entri ni.

nae nematoda said...

la ye ke ? nang pun baru tahu pasal ni....hehehe
ingat catwalk , orang jalan lenggang macam kucing tu...

Unknown said...

menariknya tempat ni..teringin nak pergi :)

Fais-SKA said...

menarik =) sy pn bru thu..igtkn cra kucing berjalan..best je tgok..tp awat cm xde org lain je??

Annamariana1989 said...

bestnyaaaa..
anna teringin nak g sarawak tapi x dapat g lagi..
waaaa....

Niesa said...

bila nak dtg bintulu plak hana?hehe

emarieys said...

masa pergi sarawak..pun singgah sini..serba serbi tentang kucing..hello kitty pun adakan..

Anonymous said...

wah menarik nyer !

kucokelat said...

isssh comell kucingg2 tuuu

Yaya Mohd said...

salam..beshnyer..
yaya g kuching sblm ni tp xde g muzium kuching ni...heeee ;p

are_lin@yu said...

alahai kalau yg suka kucing ni msti suka datang situ kan..

Azlan Strider said...

macam menarik jer tempat nie..saya tak pernah smpai lagi serawak..insyallah kalau pergi sana bleh laa singgah kat muzium nie..

Regards,
-Strider-

Tedi {interpretZZ} said...

ala, x singgah la kot Muzium Kuching ni dulu sebab seingat Tedi, muzium yang Tedi pergi tu banyak buaya.

Nurulhidayah said...

lama x singgah blog ni^^.. dah confirm jadi Cikgu Hana dah.. Selamat bertugas Hana.. all the best :)

jaakechik said...

fulamakkkk...banyaknya kucing kat situ.. nanti ada rezeki jaa ke sarawak hana bwk jaa jenjalan yek.. hihi...

p/s : maaf lama x bw, mood asyik ler kelautttt, skang baru nk pupuk mood blogging semula.... so i'm back! hihi...

www.jaakechik.com

Nizam Ijam said...

teringin nak pergi sarawak..hehehe :D

sha (chirp chirp) said...

nak pegila nanti :D

anamizu said...

ana x pnh lg smpai ke sarawak. teringinnye nak pegi. hehe


errr part 'catwalk' tu ana baru tawu ni bile Hana bagitau. ahakss :P

Zawiah said...

mmg sgt tak sampai hati bila fikir kucing tu di awet ...

Cik Kay Jue said...

owh.. itu maksud catwalk rupanya.. hahaha..

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

Tie HT said...

akak pun ketinggalan juga pasal catwalk tu,hehe..
teringin nak gi sini :)

ayut said...

kucing tu diawet ea??besar btul kecing yer..pttla jd nama trus...

Unknown said...

muka hana nmpk mcm cina...

Unknown said...

cutenya kucing tu..

dariilhamkehati said...

same la ngan CP , CP sangat suka kucing , mungkin turun dari mak CP yang juga seorang peminat kucing , kucing kat rumah tuh berlambak dah , ehehehe ~

Unknown said...

dah lama tak pergi sini.. last masa kecik2 dulu.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...