Throwback : 7 tahun yang lalu di Sek Men Teknik Seberang Perai


Sebelum ni Hana budak teknik batch ke 4 cos elektrik. Ehem....jauh beza dengan bidang yang Hana ceburi sekarang. Selepas Habis kenduri di sekitar Bukit Mertajam, sempat juga singgah sekolah lama Hana iaitu Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai (sekarang Kolej Teknik Vokasional) Sekolah berasrama penuh wehh..

Di hadapan pintu pagar sekolah. Lepas bergambar kat depan ni, terasa nak bergambar kat dalam kawasan sekolah pula

"Pak cik, boleh ka kami masuk bergambar kat dalam ni"
"Kami bekas pelajar sekolah ni, saja nak ambik gambar kenang-kenangan"
"Saya dari Sarawak, yang ni Johor, ni KL ni Penang"
(padahal kami negeri Kedah dan Penang ja, tempat kerja yang jauh)

Nie lah pintu gerbang sekolah teknik. Sebelah kanan dewan utama dan sebelah kiri tu kantin.

Kami pun meneruskan perjalanan kami sehingga ke penghujung sekolah. Dulu tiada ni pokok-pokok besar maklumlah sekolah baru lagi. Sekarang bukan setakat pokok-pokok dah membesar tetapi bagunan-bagunan turun berkembang pesat. Segala tembok, arca, tugu dan segala benda semua ada.hehe

Berlatar belakangkan student mall, lebih kurang macam dewan terbuka juga di mana pelajar-pelajar membuat study group or meeting. Sekarang dewan terbuka tu dah di tutup dengan dinding.hehe Dulu tiada laluan pejalan kaki dan taman sekeliling tu tau, kosong semata-mata. Pelajar bebas berlari dan bermain dengan sesuka hati.

Berlatar belakangkan dewan makan atau nama saintifiknya DM.hehe bunyi loceng habis kelas, memang berebut-rebut nak ke DM. Bukan Hana haa... hehe malas nak beratur panjang katanya.

Berlatar belakangkan surau merangkap masjid besar di kawasan Bukit Minyak ni. "Siapa tah yang selalu dating kat tangga tu?"."Weh, sapa sapa?".haaa... sampai sekarang Hana tak tahu siapa yang dating. Alaa bukan dating pun sekadar jumpa ja. Biasalah kehidupan asrama ada ja yang mengusik.

Sampai kat sini baru kami tahu, tahun 2011 sekolah ni di anugerahkan sekolah berasrama penuh..

Akhirnya smpailah ke penghujung sekolah, iaitu garaj. Siapa yang tak pernah naik van ni memang tak pernah sakit.hehe sebabnya van ni lah yang bawa kami pergi klinik.

Hari dah lewat, kami pun nak keluar dari kawasan sekolah. Mak aaaii..jauh betul perjalanan nak ke pintu pagar..hehe tak sedar asyik berjalan pusing-pusing bagunan. Bila nak balik kami ambik jalan straight..


25 orang dah komen :

Amanina Mads said...

ohh hana ex skolah teknik ni rupanya..hehe. skrg semua dh jd kolej vokasional

puan.mila said...

Rindu pulak zaman sekolah...bestkan..mesti dh byk berubahkn...



http://www.ibuzara-corner.blogspot.com/

Vee said...

mengimbau kenangan ...

Mohamad Ismail Salimon said...
This comment has been removed by the author.
Mohamad Ismail Salimon said...

Cntknye sklh hana

Mohamad Ismail Salimon said...
This comment has been removed by the author.
Pokok Manggis Depan Rumah said...

Mesti best jumpa kawan-kawan lama. Jalan-jalan ke sekolah boleh mengimbau kenangan semasa sekolahkan.

Index Apk said...

kunjungan perdana sobat,,salam blogger

nae nematoda said...

rasanya, bila nak khawin, nak buat majlis kat dewan sekolah la...baru ada nostalgia...hahaha

Niesa said...

wahh...mesti seronok kan boleh jln2 kt skolah lama mengimbau sgala kenangan.. :)

Nick Nashram said...

kalau dari sek teknik hana boleh la ajar subjek khb kan..hehe

Sya Mimie said...

bestnya singgah sekolah balik then bergambar.. rasa macam nak jeeeee buat camtu..hehe

Cik Itah@RRP said...

Hana paling kecik diantara semua hehe comel :)

zafirah nazri said...

wahhh ! baru tahu kak hana sekolah teknikkkk . heee , akak stay mana ? kami teknik jugak :D teknik tunku abd rahman putra :D

hana hadi said...

@Nick Nashram

boleh2.haha khb tu apa? huhu

Kak Tie said...

syoknya kembali kezaman sekolah...segala2nya indah

Dayana AZ said...

Hehe, memang best balik sekolah balik for a visit kan :D

Azhafizah Md Nor said...

kenangan terindah eh?sangat throughback :)

Azhafizah Md Nor said...

*throwback

Dhia Dirham said...

masa belajar la palaing syiok kan :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

aish..tibe2 rindu kat dak2 tknik brash =)

hana hadi said...

@nuyui a.k.a miss YUI
teknik juga ek :) best kan kan.. kalau sekolah teknik mesti setiap orang pernah kena denda..

hana hadi said...

@Azhafizah Md Nor
masa ni lah hana baru belajar duduk di asrama :)

aswadz said...

tiba2 rasa rindu pulak kat sekolah lama.

Cheida_Mymee said...

sekolah yg mengajar erti kehidupan
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...