Day 6 @ Korea : Everland Theme Park, Kimchi School



Day 6 SEOUL / EVERLAND THEME PARK / KIMCHI SHOOL After breakfast, proceed to Everland Theme Park with Free Tickets Visit Kim-chi school with wearing han-bok (Korean traditional costume) Proceed to free shopping at Dongdaemun 24 hour Market Visit Nanta show, Hero, Drum cat show (Most popular shows in Korea) Optional tour ($45/pax)- depend on ticket availabi ty

Kimchi Shool. Di sini kami belajar buat kimci. Kimci ni lebih kurang macam sambal belacan lah. Makanan pembuka selera gitu..



Kimchi dari sayur kubis. Sayur kubis Korea dan Malaysia tak sama ye.. Malaysia kecik-kecik comel je sayurnya. Kalau di Korea besar giler. Hana kurang sikit kalau kimci kubis ni. Kalau kimchi sotong on ja Hana hehe Kimchi ni juga makanan untuk awet muda. Waaaaah.. tu yang nak sangat tu kan.. hehe Sebabnya dalam kimchi ni diorang letak ginseng.

Lepas siap buat kimchi kami ke Koren Tradisional Costume iaitu nama Koreanya wearing han-bok.



Sarung-sarung macam tu ja.

Yeaaah Everland Theme Park.. Sangat besar ala-ala Disney Wonderland. Dah lama Hana impikan tempat-tempat macam ni. Ada lampu-lampu, cartoon-cartoon, hiasan yang sangat sangat cantik.. Yang paling best ada permainan favroute Hana. ngeee






Tapi husben kurang sikit permainan macam ni sebab dia tak main roller coaster, segala benda yang membuatkan dia rasa gayat T_T

Sesi mendapatkan keizinzan husben nak main roller coaster. Mana boleh tak main roler coaster macam ni. Kat Genting Highland sekali tu ja Hana main tu pun biasa-biasa ja ni dah luar biasa ni.. Harus main

Hana pun ikut geng yang nak main roller coaster, husben tak ikut..

      

Tak sangka dapat main coller coaster yang rare macam ni.. nak beratur tu sejam. pusing-pusing coller coaster  4-5 minit je T_T

Semalam main ski hari ni main roller coaster T_T Cobaan.. fikir 2 3 kali juga Hana sebenarnya nak naik ke tak roller coaster tapi Hana lebih kepada main sebab tak selalu Hana naik roller coaster


Kami berada di sini dalam pukul 8 lebih macam tu.. lagi cantik time malam kalau kat Everland ni :)

Lepas tu kami  ke Dongdaemun. Syurga shoping. ngeee.. jalan lah kat sini sampai pengsan... first tempat yang dituju... Tadaaaa



Dari pandangan matanya dah tahu beg tu minta untuk di beli. huhu demi tak menghampakan beliau terpaksalah Han beli. ngee Di Korea boleh dalam bolah di beli dengan harga RM600 persamaan berapa ye duit korea. hehehe tak ingat. Kalau di Malaysia seribu ribu lebih Tapi Han beli yang macam di bawah


Beg terlatest. Kenyit mata la pula lagi la buat Hana  tertarik. ngee Di malaysia kalau yang kenyit mata ni RM 2000. Tapi di korea kalau duit Malaysia RM1000 persamaan 1++ +++ won. hehehe tak ingat harga. Jadi kaya jap bila melancong kat korea main ratus ribu

Lepas beli beg ni.. shiping di market 24jam pula.. sampai tak tahu dah Hana nak ke mana.. Yang paling best bila shoping di bawah tanah.. Harganya lebih murah berbanding di atas tanah. Haaa macam tu pula..

1 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...