Day 5 @ Korea : Kyongbok Palace, National Folk Museum, Presidential Blue House dan Ski Resort


Setibanya kami di Seoul, kami terus ke National Folk Museum.

Terasa penat pula bila masuk hari ke 5. Berjalan ja kerjanya, dapat duduk pun time makan dan di dalam bas bila perjalanan ke satu tempat ke satu tempat, boleh slim Hana tau. Pssst... orang kata kalau berada di Korea cepat turun berat badan sebab nak ke satu tempat ke satu tempat kawasannya berbukit. Even jalan raya pun dah berbukit. Tabik spring kat driver bas dapat lalu kawasan bukit 50 darjah,dah la jauh...

Perjalanan kami bermula di National Folk Museum..Lepas tu baru ke Kyongbok Palace a.k.a Gyeongbokgung Place. Sebelah menyebelah je.. jalan kaki pun boleh sebab dalam kawasan yang sama. Jalan kaki lagi..nampak tak kenapa turun berat badan.. Nama ja dalam satu kawasan tapi punyalah jauh nak ke Gyeongbokgung Place

 Sebelum masuk ke National Folk Museum

Pintu masuk Muzium.
Dalam muzium ni ada guide yang explain pasal sejarah bla.. bla.. bla.. Hana suka dengar yang part susunan pegawai-pegawai

 by:Mr Google

Sementara menunggu kawan-kawan yang lain untuk ke Gyeongbokgung Place,

Cuaca panas sebenarnya tapi suhu sejuk. macam mana nak explain tu.hehehe

  Perkarangan  Gyeongbokgung Place

Owh yang ni lah tempat yang segala pegawai istana berkumpul tu. Nampak tak pengaruh cerita China dulu kala. ngee..Besar tempat ni. masuk pintu i keluar tempat lain. masuk pintu ni ada part lain pula.. Macam dalam ceta TV.nge... Kyongbok Palace terletak di utara Seoul. Sekali tengok macam Istana China kan. Tapi tak.. seni bina bumbung istana sangat-sangat berbeza.. Baru Hana tahu.. Bila berada di sini macam berada di zaman dulu-dulu, Maharaja kat atas tuu, Dia punya Maharani kat sebelah,, lepas tu ada pegawai-pegawai sepanjang jalan,  Eh eh macam dalam cerita kat tv pula.. Dulu-dulu suka Hana tengok cerita My Fair Princess tapi itu China. ngee...


Lama juga kami berada kat sini. Banyak pintu.. Nanti sesat-sesat keluar kat pintu ajaib doremon pula.Eh...

Dalam pukul 4 lebih macam tu kami ke Presidential Blue House. Tak dapat masuk dalam kawasan tu, Jadi kami pusing-pising di keliling  Blue House tu ja..:(

Makan time,, Tempat makan kali ni berdekatan dengan International Mosque


 After lunch, proceed to Ski Resort for Ski tour. Yeaaaah... Malam ni kita ber 'ski'

Baju dan peralatan kami sewa sendiri tak termasuk dalam pakage. Hana pun tak ingat berapa sewanya.. Ada dua tiga orang just nak jalan-jalan ja. Jadi munkin sebab tu kot baju dan alatan ski diorang tak ssupport.

Hana tak lepas peluang untuk mencuba ski ni. Maklumlah kat Malaysia tiada. Ice skate ada le. ngeee




Kalau siapa-siapa yang teringin jadi tranfomers wajib pakai kasut ni ski ni T_T. Berat ok. Bila fikir balik, macam mana nak main ski kalau dah kasut berat tak dapat nak gerak. haha rupa-rupany ada caranya.

Terkedek-kedek Hana naik tangga pakai kasut ni nak ke tempat ski tu. Kalau buka kasut tak boleh sebab nanti terkena salji mau kebas kaki. Lagipun nanti Hana tak pandai nak pakai balik. Opss....


Sesi briefing.. Ajar macam mana cara nak bermain ski, macam mana nak belok, break, pasang peluncur kat kaki tu.. nama apa tah orang panggil.hehe Bila letak ja kaki kat peluncur tu terus gerak sikit-sikit sebab permukaan ais tu kan licin.  Hana pun naik bukit sikit. Naik bukit pakai peluncur tu pun dah penat asyik-asyik jatuh ja T_T Mula-mula memang sakit bila jatuh tapi dah lama-lama rasa kebal dah badan T_T

Hana of course boleh meluncur elok je gerak tapi Hana tak pandai break dan belok. Siap langgar budak lagi T_T Nasib budak tu kata tak sakit. Yang paling best Hana sikit lagi nak langgar orang yang dah tersedia jatuh. Orang tu pula yang elak dari Hana.. Itu kisah Hana yang tak pandai kawal belok-belok.. hehe Kalau pasal break ni memang risau kalau laju takut masuk ruang lantai. Tapi setakat ni Hana meluncur lagi 50 meter nak masuk kawasan lantai pintu masuk T_T

Kalau lasak-lasak macam ni macam mana lah. Dah la jatuh banyak kali. huhu Cobaan.. Pasni tak boleh lasak-lasak lagi T_T


4 orang dah komen :

ERAZ FADLI said...

Jepun ke Korea?? Berangan nak pilih mau pegi mana.. Hehe..

#www.erazfadli.com

Hana Hadi said...

@Eraz Fadli
Korea :). Waaaah perancangan siap.bgus2

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang seronok bercuti di sana. Macam-macam ada.

Jobdirumah Buat Duit said...

Suka tengok korea ni. Menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...