Baby Powder Johnson&Johnson? YES that's me...


Entri bukan tajaan dari Syarikat Johnson&Johnson :)

Dari baby sampai sekarang Hana masih pakai baby powder Johnson&Johnson ni. 27 tahun kot setia bersama baby powder johnson&johnson ni. Sangat sesuai dengan kulit muka Hana yang gebus gebas ala-ala kulit baby ni.hahaha Bukannya apa, doktor pakar kulit yang sarankan pakai baby powder ni sebab kulit muka Hana jenis berminyak. So baby powder ni dapat kurangkan minyak di kulit. Macam menyerap minyak la kot. Ada entri Hana berkaitan dengan ni try klik Bedak Padat Punca Jerawat. "Nie yang naik jerawat kecik-kecik comel ni apa kes T_T. Kulit berminyak waktu malam time tidur" nak elakkan kulit berminyak di waktu malam? Next entri ok :)

Bedak padat ni sebenarnya ok cuma cara penjagaan kita tu yang buat jadi tak ok. Bukan setakat bedak padat ja, segala berus mata pipi dan berus yang Hana tak tahu fungsinya kecuali berus gigi semua tu pun perlu penjagaan juga untuk mengelakkan masalah jerawat ni.. Contohnya berus kalau tak dijaga boleh mengundang bakteria tau lepas tu sapu pula kat kulit muka.. Tak mau tak mau tak mau.. Teringat time makeup majlis kahwin Hana. Tanya akak tu. Elok ke tak berus yang dia pakai nak makeup kan Hana T_T nasib lepas majlis muka cun lagi tak naik jerawat.ngeee tahniah kepada akak sebab jaga kebersihan alat makeup dia. Hehehe

Bedak padat di kulit muka pula kalau tak dibersihkan dengan betul dapat menyebabkan jerawat juga tau. Sebab minyak terperangkap kat dalam kulit muka kita tu. Itu boleh mengundang bakteria yang menyebabkan jerawat. Dan lama kelamaan bila minyak tu tak dapat keluar dari kulit ia akan membentuk satu biji jerawat kecil-kecil comel dah akhirnya timbulkan di permukaan kulit anda..alaa google je gambar proses jerawat mesti ada punya. Hehe proses jerawat ke kalau macam tu. Kalau kulit berminyak di bahagian luar kulit tak ada masalah jerawat pun. Cuma kita ja tak selesa kan. Cuci muka jelah dah hilang minyak. Tiada minyak yang terperangkap lagi :) itulah kelemahan bila kulit berminyak ni. Jerawat oh jerawat. Tapi kelebihan muka berminyak pula ialah...AWET MUDA!!. Klik KELEBIHAN KULIT BERMINYAK.Haaa nampak tak Hana nak mention kat sini Hana kulit berminyak sebenar kan awal-awal tadi Hana ada bagi tau. Ngeee cuma cara penjagaan kulit berminyak ni kena alert sikit.

Span pada bedak padat pun sebenarnya bermasalah juga. Span yang lembap mengundang bakteria. Yelaahh..sebelum sapu bedak kat muka mesti ada pakai pelembab la krim apa-apa lah, tak pun time berpeluh tak bersihkan dulu kotoran kat muka, terus pakai span sapu bedak kat muka kan kan kan. Lepas tu biarkan span tu dalam bedak padat tu lepas tu pakai balik kat muka.. Haha kan tak perlulah Hana nak explain lagi kesudahannya.. Ngee Sekurang-kurangnya 2 hari sekali basuh la span tu. Tak pun tukar baru.. Ke macam mana. Itu yang doktor explain kat Hana sebab apa bedak padat tu tak sesuai untuk Hana. Mungkin sebab kulit Hana senang naik jerawat kot maklumlah muka berminyak kan.. Pengaruh rakan-rakan lagi. Orang ni pakai ni, kita pun nak pakai T_T kulit dia dengan kulit kita mana lah sama kan.huhu cobaan..

Berbalik cerita pasal baby powder Johnson&Johnson pula..

Dengar khabar angin kata baby powder Johnson&Johnson ni ada mengandungi bahan kimia tak sesuai untuk kulit. Tapi tak tahu lah kesahihan cerita tersebut.. Hana pakai elok ja. Was-was tu ada
juga dan sekarang tengah tercari-cari baby powder brand 'Anakku'. Mana nak tahu kot-kot cun dengan kulit muka kan.. Kalau tak jumpa, Hana teruskan ja baby powder brand Johnson&Johnson ni. Brand 'Anakku' yang Hana jumpa semuanya jenis botol besar gedabak. Yang jenis cute tak jumpa lagi :( Kalau ada pun mesti yang satu set dengan mandian dan losyen segala bagai.. Hana nak powder tu ja..ngeee

Lama juga tak buat entri pasal info kecantikan ni.hehe

See you soon...

7 orang dah komen :

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama x guna bedak ni.. mmg best!

Cik Itah said...

hehehhe bab span muka tu sy [akai je..da lama tak tukar :D

NUR CAHAYA said...

memang ada dengar pasal kes bedak johnson & johnson ni, tapi tak salah CP kes ni sebab letak bedak tu kat bahagian sulit sahaja...tak berkaitan kulit muka atau kulit2 bahagian lain...maksudnya tak sesuai letak bedak tu kat alat sulit baby...wallahualam...

btw, bab mekap, CP pun antara yang bermekap jugak tapi bila perlu je, misalnya majlis kawen ke, open house ke....baru2 ni la macam tu sebab terikut kawan sekerja, hahahaha...maskara la, eyeshadow la, blusher la, hahaha...

tapi bermekap ni memang khas untuk orang rajin je, CP kalau dah mekap, waktu nak cuci tu, rasa menyesal pakai mekap....boleh pulak....

berjela pulak CP komen, baik buat entry je, hahahaha

hana hadi said...

owh bahaya sebab tu ek..ingat mcm produk2 pnjagaan kulit gak kot mendatangkan radang kulit ka.

CP mcm hana la dulu2 terikut-ikut ngan kawan.mak bebel ja tngok kulit anak dia.dah insaf😂 tanggalkan makeup tu 1hal.pernah juga org makeupkan hana utk 1mjlis ni.dia suka makeup2 tadah jelah muka sbab kalah ngan pujuk rayu dia.last2 hana paksa dia tanggalkan makeup hna lepas majlis.tengah mlm kejutkan dia bagun mtk tolong tanggalkan makeup😂

CP sila buat entry lain please..hehehe

Jobdirumah Buat Duit said...

Banyak kebaikan guna bedak ni.Lepas ni nak kena guna beda ni nampaknya.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Perkongsian yang menarik. Tak tahu kebaikan bedak ni. Lepas ni nak kena guna yang ni selalu juga.

Cikna said...

Cikna pun suka tp smpi skunk setia ngan baby powder blossom...;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...