Majlis Persaraan Pensyarah, Puan Nik Noriah


Khamis. 3hb Mei 2012 bertempat di Dewan Bakti IPG Kampus Kota Bharu telah di adakan Majlis Persaraan Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas iaitu Puan Nik Noriah..Skema la pulak ayat nie. Biasa-biasa sudah.. Majlis nie majlis yang ringkas tapi alhamdulillah berjalan dengan teratur skali.

Hana and de geng di tugaskan sebagai AJK Persegaran. Segar selalu. Siap ada uniform lagi.haha posing sikit.. 

Cute tak? haha

 
 Gambar di atas di edit oleh Nabila a.k.a Omey. Omey dalam gambar berdua tu..

 
Nama pun AJK Persegaran. wajib bancuh air. yang paling best Hana lah tukang merasa.haha

Makanan telah pun dihidangkan oleh AJK Makanan

 Hidangan untuk VIP

Hidangan untuk pelajar. Senang kan makan dalam polistrin. Nak bawa balik or makan sini? hehe

Majlis di mulakan dengan ucapan pensyarah yang dirai
 
 Pas habis ucapan..

Makan beradab.huhu macam pengantin pula

 Dari kiri : Puan Nik Noriah (pensyarah yang dirai), Tn Hj Hashim (Pengarah), Encik Azhari (Ketua Jabatan Pendidikan Khas)
 
Barisan sebalah kiri adalah barisan pensyarah dan sebelah kanan adalah barisan ketua kelas.

Dah selesai semua..
Bateri kamera pun habis tepat pada waktunya

P/s : Tak sabar nak update entry pasal Cameron Highland.hehe
 

2 orang dah komen :

Prettywrite said...

kenyangla cik tukang rasa..hehe..best majlis macam ni kenyang perut senang hati..:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Suka dengan term tu " Segar selalu"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...