12 Cara Tidur Melambangkan Personaliti Kucing


Korang ingat 10 CARA TIDUR YANG MELAMBANGKAN PERSONALITI SESEORANG je ke yang ada, kucing pun ada personaliti jugak tau.. Jom tengok apa personaliti kucing korang...

Mempunyai sikap yang malas. Makan tidur makan tidur je kerja dia. Suka bergantung/bersandar pada orang. Gayanya pun dah tahu pemalas.
.
Mempunyai seni mempertahankan diri. Jangan menghampirinya kerana bila-bila masa saja kakinya akan tendang korang. Kucing ni tengok korang pelik je itu bermakna dia sudah bersedia untuk serang korang

Kaki online. Ikut peragai tuannya yang suka online. Sampaikan tidur dan makan pun di depan laptop/pc. Faktor keturunan juga.

Penyamaran yang baik. Elak daripada musuh dan juga bijak dalam menangkap musuh seperti burung, lipas, rama-rama dan sebagainya. Bercita-cita menjadi penyiasat/detektif yang profesional.

Pemalu. Sesuailah dengan simpulan bahasa "malu-malu kucing"

Anak derhaka. Ada ke patut ibu di bawah kaki anak.

 Anak mak. Macam anak manja juga la.Sentiasa berada di sisi dengan ibunya. Sanggup berkorban apa saja untuk ibunya seperti gambar di atas

Bercita- cita nak jadi Superman. Kuat berangan ni. Sampai terbawa-bawa dalam tidur. Jaga-jaga la kucing korang. Jangan ada yang terjun bangunan

Kebebasan. Walaupun kucing ini sukakan kebebasan tapi sebenarnya ia enjoy dan selesa berada di rumah. Boleh buat apa saja yang ia suka. Itu lah maksud kebebasan menurut kucing (macam tahu-tahu je)

 Penakut. Takut untuk berhadapan dengan sesuatu perkara. Dapat tutup muka pun jadilah.

Terasa dipinggirkan. Ini berpunca daripada korang sendiri. Kenapa nak pelihara kucing banyak-banyak kan dah jadi macam ni. Tidur pun merempat tak kisah panas sekali pun. Tak join makan dan bermain dengan kucing-kucing yang lain. Merajuklah katakan..


 
Bercita-cita tinggi. Kucing korang ni tak nak sebarang gangguan untuk ia mencapai cita-citanya. 

P/s : Rekaan semata-mata. Just for fun ok :)

Comel tak ???


Comel tak? hahaha baru sikit penambahbaikan tu. Yang tak tahannya siap blusher lagi. Sekali macam badut pun ada. Perasan tak kerongsang tergantung yang hana pakai tu.. setelah di upgrade nampak lebih bersinar-sinar. Haa... awan di belakang tu, tiba-tiba je kan..

P/s : Apa kata korang edit gambar korang, lepas tu publish
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...