10 cara tidur yang melambangkan personaliti seseorang


 

1. Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas 
Anda digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tetapi, anda seorang yang boros, tetapi anda bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan. Satu lagi, sikap anda yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa' gosip anda!

2. Menelentang dan kaki bersilang
Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan. Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur.

3. Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala
Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu. Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya. Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?

4. Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit
Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka. Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Mungkin, masanya telah tiba untuk anda merobah cara tidur?

5. Tidur dengan cara sisi
Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan. Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.

6. Sisi dan badan merengkok
Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.

7. Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh
Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa. Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna. Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.

8. Sisi dengan sebelah lutut bengkok
Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks.

9. Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap
Anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi. Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa anda seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.

10. Berselubung dalam selimut
Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho' ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah. Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa.

Mana satu cara korang tido??hehe

8 orang dah komen :

rebellion said...

hehe, bagus tips ni, nanti aku leh betulkan cara tidur aku

Hana said...

rebellion : bleh plak ubah2..nnt xleh tido plak

ZORA said...

terbaik ni..:P

Acik said...

tido cam baby! :)

Anum Shukri said...

tido ikut keselesaan..hihihi..

Jahirah said...

mcm2 cara tido ada ni.....hehee cara mana satu eh.mcm xde je...;p

Hana said...

@ummi anum hehe tol tu

Hana said...

@Aishah Jahirah(cik aisha) xda?? tido atas pokok kali..lawak ja ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...