Hari tu entry pasal KEKURANGAN BERKULIT CERAH, kali ni fokus kat kulit muka berminyak pulak. Hana nak bagitau kat sini, apa yang Hana kongsi semuanya hasil daripada pengalaman dan pemerhatian hana sendiri. Jadi.... teruskanlah pembacaan.hehe
Kulit berminyak ni sebenarnya tiada masalah cuma yang jadi masalahnya minyak tersebut berlebihan. Kalau kekurangan minyak pun jadi masalah jugak. Aish.. macam kenderaan pula kulit muka kita ni. Kebiasaanya kulit berminyak di berlaku di usia 20 tahun
AWET MUDA!!! siapa setuju angkat tangan.. Maksud hana kat sini kulit muka lambat kedut. Bagi yang berkulit cerah tak nampak sangat muka dia berminyak tau. Kalau kena cahaya nampak berkilat licin je muka dia kan. Kalau kulit muka dia gelap sikit nampak muka dia berminyak ( pastikan Clean & Clear Oil Contral Film sentiasa di samping anda )
Tak payah beli bedat padat yang mahal-mahal tu, pakai bedah tabur je sebab bedak tabur ni lebih menyerap minyak. Tapi ada juga kan bedak padat yang oil-control. Tapi hana syorkan bedak tabur sebab hana tanya pakar kulit (KLIK SINI) bedak yang sesuai untuk kulit berminyak ni bedak tabur Johnson Baby Powder. ( Bedak Johnson Baby saiz kecil RM 2.++ )
Tak payah pakai mask selain mask berasaskan lumpur/ tanah liat. Ish, nak ambik kat mana lumpur/tanah liat. Korang beli mask yang bertulis Facial Clay Mask kat cosway, farmasi atau sebagainya. Kalau nak petua, sapukan putih telur kat muka.( Kalau clay mask yang jenis tarik lagi bagus )
Jimat duit sebab untuk merawat kulit berminyak ni perlu ada pencuci muka khas untuk kulit berminyak dan ubat untuk mengawal minyak dari dalam. Paling asas la. Ubat tu sebenarnya ada di klink pakar. Kena dapatkan rawatan dulu baru doktor syorkan makan pil untuk kawal minyak semasa tidur. Tapi ada juga pelembab oil free untuk kulit berminyak pakai waktu malam. Ok ke tak tak pasti pula.
Katakan tidak kepada set pencerahan kulit ( Adakah ini salah satu kelebihan kulit berminyak? ) Kebanyakan set pencerahan kulit akan ada krim malam kan. Sesetengah krim malam tu berminyak kan kan.. jangan tipu. Aiseh gimik pulak. Sesetengah krim je.. kalau yang tak berminyak tu ok lah. Putih tu memang putih kan nama pun set pencerahan, cuba berhenti pakai set tu jadi macam mana ye. Pss... krim malam untuk set pencerahan apa yang tak berminyak?
Sekian,
Majulah Sukan Untuk Negara,
Malaysia boleh...