Kekurangan Berkulit Cerah


Rata-rata perempuan di luar sana inginkan kulit yang cerah/putih gebu bak tepung jagung. Lebih cantik dan comel katanya sebab terpengaruh dengan minah-minah saleh dan k-pop. Apa warna kulit korang pun, korang kena bersyukur. tak semestinya berkulit cerah/putih tu cantik dan comel. Tak semestinya berkulit gelap dan sawo matang tu tak cantik dan tak comel.

Kita sendiri dapat bezakan samada dia pakai krim putihkan kulit atau tidak. Kalau pakai krim memang sangat ketara la muka dia putih pelik dan tangan dia tak sama warna dengan muka. Lepas tu mula la awan-awan muncul "Tak boleh ke pakai krim muka tu pakai kat seluruh badan" Itu lah yang hana fikir. Tak salah sebenarnya tapi tiada ke set produk pencerahan dari muka sampai kaki? pelik tak soalan hana...

Berikut hana senaraikan KEKURANGAN ORANG BERKULIT CERAH SEMULAJADI menurut pandangan tokoh Hana ye

Kalau tumbuh jerawat warna merah seketul boleh nampak dari jauh bagi orang berkulit cerah. Baru seketul kalau 2 3 ketul.huhu Kalau berkulit sawo matang dan gelap jerawat tu tak ketara sangat kadang-kadang orang sekeliling tak sedar pun kehadiran jerawat tersebut.

Parut jerawat yang berwarna merah kehitam-hitaman memang boleh nampak. Parut jerawat lambat hilang. Orang berkulit cerah kena pakai concelor ke apa nama benda tu untuk tutup parut. Tapi parut masih kelihatan juga ( pengambilan vitamin C dan E untuk kulit )

Kalau kucing cakar sah-sah akan kelihatan . Mula-mula kena cakar warna merah terang (darah), lepas tu warna merah pudar, beruping dan jadi warna kelabu (kalau berkulit kering akan mengelupas) yang kelabu tu la lambat nak hilang.

Kalau terluka kena pisau, terjatuh dan sebagainya jelas kelihatan. Dah la luka, berparut pulak tu. Parut boleh hilang cuma lambat sikit. kalau berparut kena jahit tu tak dapat nak di selamatkan. cuma boleh pudarkan warna ja ( Pakailah Maderma untuk hilangkan parut ) Itu pun kalau perhati betul-betul baru perasan yang orang berkulit cerah ni ada parut.

Kalau sunburn/terbakar bagi orang berkulit cerah memang nampak. Kalau dah hilang sunburn tu kulit jadi cerah macam biasa. Tapi nak kembali ke kulit cerah tu kena melalui proses kemerahan, kepedihan, beruping dan mengelupas. Lebih-lebih lagi di bahagian hidung ( pakai sunblock )

Urat berwarna biru/hijau kelihatan di bahagian tangan dan kaki. Ada juga urat tersebut kelihatan di pipi orang berkulit cerah. Itu biasa bagi bebarapa orang berkulit cerah. Mula-mula ingat kulit nipis sampai nampak habis urat-urat.

Kalau terdapat bintik-bintik hitam dan jeragat memang jelas kelihatan bagi orang berkulit cerah.  Kebanyakan bintik-bintik hitam ni terdapat di hidung dan sekitar hidung. Terdapat pencuci muka yang dapat hilangkan bintik-bintik hitam. Kalau jeragat susah nak hilang dan ambil masa yang lama untuk hilangkan jeragat (pakai sunblock dan tidur yang cukup untuk elak dari jeragat). Jarang jugak orang berkulit cerah ada jeragat tapi lebih baik cegah sebelum terkena kan.

Ada juga orang berkulit cerah tiada masalah-masalah di atas tapi tak tahu la. Mungkin dia mengamalkan kesihatan, gaya pemakanan, kebersihan diri yang baik dan pengunaan produk-produk seperti vitamin, suplemen, kolegen atau sebagainya.


42 orang dah komen :

Sheila Salim said...

Assalamualaikum hana, hehe sheila ada masalah bintik2 hitam kat hidung. kalau rajin sheila pakai mask daripada putih telur ayam. berkesan! tapi sekarang masalah jerawat lama nak hilang. makan masa sebulan. nape ek?

Anum said...

ada jugak yang tiada masalah kan

Watercolour said...

cantik punya info..

Kakzakie said...

Tapi yg tak cerah selalu mengidam nak cerah kenapa ye?

combi said...

sy kulit cerah dan jeragat..tp mak sy cakap kulit sy nie ikot baka cina sbb tu berjeragat..huuuu

ChEnTA LiEYza said...

wwwaaaahhh...btol lah apa yg hana ckp...kulit liza agak cerah..p xda lah cepat cm org k-pop.. hehehhe... p if ada jerawat...sebijik pun dah ketara sgt2 dh...

nurulakmal said...

tidur yang cukup boleh elak jeragat eh... o00ooo baru tahu

Masnady said...

hahaha benar tuch sob, kalau kulitnya cerah maka akan kelihatan jerawatnya.. bersyukurlah kulit saya sawo matang sob, jadi tak begitu ketara jerawatnya hehehehe

Ayie Abas said...

salam hana hadi :)

semua dalam senarai hana tu betul...ayie pun perasan jugak..pernah tgok org berkulit cerah bila kena chya matahari kulitnya merah mcm terbakar...hehe kesian tgok... :P

tapi org kulit cerah nampak cantik kan hana? :D

boni kacak said...

hehehe.. tapi orang kulit putih memang nampak comel.. :P

Aku Penghibur said...

naseblh kulit nie tak berapa cerah !!

Mar Haini Abdul Rahim said...

hehehe betul2.. tp adik mar ckp, org kulit cerah ni mmg kulit dia nipis hihihi betul ke x taktau la..

Tihara said...

ada mak andam tu pesan kat akak..pakai fair n lovely je dah cukup...akak mmg pakai cleanser tu..yg tu je yg seswai :)

Mieya Atiera said...

Berkulit gelap pon banyak kekurangannya jugak. Takde ramai orang nak berkawan, huhu

Liza @ Adzriel AB said...

setuju... he..he.. kalau yg kulit gelap sikit ni tahan cahaya matahari.

puteri kasih said...

kulit cerah atau kulit gelap..masing-masing ada kelebihan dan kekurangan kan :)

ct kektus said...

betul2. tak putih/cerah tak bermak tak cantik kan.

ada je kelebihan orang kulit sawo matang ni. :)

fifie said...

Fie tak tahu lah fie kategori kulit cerah atau sawo matang. Huhu tapi fie tak ada maslah jerawat, hanya yang nampak urat pipi color biru hijau.

Haloho said...

apalg tu kulit putih nampak urat nadinya warna biru, tak sedap nya di pandang :D

Salam kenal ye,

ANNA MARIANA said...

bagi annax kisah la kulit kaler apa.. masing2 ada kelebihan masing2..kalo cerah dia mungkin lebih diberi perhatian la kot..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Setiap kelebihan tu pasti ada jugak kekurangannye kan.. :)..
suka tgk orang berkulit cerah.. :)

izan mama mia said...

terima seadanya...tapi best..boleh pakai tudung kaler apapun..hihi

Nurul Filzah said...

good entry. trimas sbb sudi komen kat blog kita. Hijau baik untuk mata. i loike :)

Jna marcello said...

yang betuah bola ade org yg kulit mmg bersih..tak yah fikir nak beli ape2 ubat dan merawat nye...mcm Na masalah jerawat kat dagu..yg pelik kat dagu jee dye kuar..rasa mcm nk buang dagu hihi

Miss Volvo said...

jeragat ugh xblh nk hilang :(

Masnady said...

datang lagi nih sobat. untuk suport dan sukses terus buat sobat ya...?

Mat Som said...

Tkasih Hana atas perkongsian ini.

Bersyukurlah andainya kalian dilahirkan putih, cantik, dan bijak pula.

Namun Allah hanya memilih yg bertaqwa tak kira org itu hitam legam bak arang atau putih bak telur dikupas.

Nick Nashram said...

sebab sukan kat sekolah..pukul 3 petang berdiri kat tengah padang..kulit pun dah x bape nak cerah..hahah

gdsbnga said...

sedang menunggu jerawat dan parutnya hilang . hmmm

hana hadi said...

@Sheila Salim kulit berminyak kat dalam kot. jerawat susah nak hilang selagi minyak di dalam kulit ada.

hana hadi said...

@Jna marcello dagu saja? mungkin ada masalah haid or buah pinggang

Ekin Kamal said...

amboi, siap pomot ag.

Siti said...

pendek kata semua warna kulit ada kekurangan dan kelebihan.bersyukur walau apa pun warna kulit kita kan.

nik ros said...

setuju. mmg ada gak kurangnya berkulit cerah ni.lagi2 kalau yg ada jerawat mcm akak ni

cweet pinky said...

CP tak pasti CP nih cerah ker tak , tak kowt tapi kalaw CP kena panas , macam CP kena panas time g pangkor , hahaha , muke CP paling menyeramkan , merah kena panggang jer , haish ! skg tgh mengelupas ...


jerawat naek berlumba2 ...

Remy hazza said...

tak kisah gelap atau cerah...janji jaga kebersihan...... badan bau wangi...... dan senyum2 selalu.....

hana hadi said...

@cweet pinky Mengelupas tu ok lah. yang jerawat tu masalah huhu.lambat nak hilang

cweet pinky said...

@hana hadi betul la tuh , mengelupas dah oke dah , part jerawat nih , memg lambat la ... tensen jadiknye eden ...

CP nih tak pandai pakai sunblock , trauma , sebab pernah tgk kawan CP tersilap pakai sunblock kowt , macam kena bakar je .. semenjak tuh takde kekuatan lagik nak pakai sunblock

Mimi Azirah said...

yg penting kne jge kulit la kan

CTK said...

pandai betul kamu...tp teringin gk nk kulit cerah..hihi..gelap je ct ni :D

Unknown said...

Kulit cerah senabg nampak parut... Sobsob

Unknown said...

Kulit cerah senabg nampak parut... Sobsob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...