600 guru baru di Sarawak menjelang bulan depan


KUCHING: Penempatan kira-kira 600 guru baru di Sarawak menjelang bulan depan atau Mac dijangka dapat mengurangkan masalah kekurangan guru terutama di luar bandar, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, guru-guru ini akan ditempatkan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang mengalami kekurangan guru terutama guru agama dan bahasa Melayu.

"Kita berkongsi keprihatinan rakyat dan akan memastikan kemudahan pengajaran, sumber manusia dan infrastruktur dinikmati oleh anak-anak kita di Sarawak sama seperti kanak-kanak lain di negara ini," katanya ketika menghadiri taklimat Pengarah Pelajaran Negeri, Abdillah Adam di sini, hari ini.

“Kini terdapat 364 kekosongan dari kuota 14,327 yang perlu diisi di Sekolah Menengah, 354 kekosongan di Sekolah Kebangsaan daripada 20,002 kuota sementara Sekolah Jenis Kebangsaan mempunyai 64 kekosongan daripada 5,111 kuota,” katanya.

Data jabatan berkenaan turut menunjukkan sejumlah 4,117 guru kelahiran Sarawak berkhidmat di luar Sarawak termasuk 879 di Sabah, 821 di Selangor, 638 di Johor dan 292 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 31 Oktober tahun lalu.

Mengenai penutupan sekolah yang terdapat sebilangan kecil pelajar, Fatimah berkata, kini terdapat 600 sekolah yang mempunyai pelajar kurang dari 150 orang di seluruh Sarawak, tetapi pihak berkaitan termasuk Jabatan Pelajaran perlu terlebih dulu berbincang dengan masyarakat setempat sebelum keputusan dibuat untuk menutup sekolah berkenaan atau menempatkan pelajar di sekolah lain.

Beliau berkata, beberapa isu seperti keadaan sekolah berasrama di luar bandar yang yang uzur dan kekurangan kemudahan infrastruktur akan dibangkitkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran ketika melawat Sarawak minggu depan. - BERNAMA 

     Info : Berita Harian 

http://1.bp.blogspot.com/_Tt-BJMbmh3U/S-_l0DGLtAI/AAAAAAAABao/0WR72E8hWSk/s400/cikgu.jpg



18 orang dah komen :

aQu Mad said...

erk, awak nak jadi cikgu ke?

hana hadi said...

@aQu Mad Ye Mad, harap-harap macam tu lah.

PORUMAN said...

memang tengah kekurangan guru pun kat sarawak dan sabah.

Ayie Abas said...

salam hana hadi :)

ramai tu hana...kena sanggup dihantar mengajar di mana saja wlu sekolah yg jauh di pedalaman...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

wow.... hebatnyer..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

all da best utk semua bakal guru.

MAY said...

Haha..untung la klu dpt dok srwk.

Ejawantah Wisata said...

Semoga dapat menjadi guru di Serawak.

Sukses selalu
Salam Wisata

cweet pinky said...

insyallah , CP pown bakal cikgu , em , CP takut nak g pendalaman sarawak ker sabah , takut buaya ..

zaxx said...

wah,,.adkah ini bermakna waktu untuk mendpat posting semakin hampir..;) alhamdulillah..:)

Prince of Noob said...

tapi harap2 guru di sarawak byk diambil dari kalangan org sarawak dan sabah, kerana cikgu2 semenanjung kalau kena transfer ke sana, bila dah kahwin mesti nak mintak balik semenanjung terutama bila dah berkahwin

Btw jom join Contest yang sangat mudah kat SINI dan menangi wang tunai segera.

Tihara said...

BYK KEKOSONGAN EA..BAGUS :)

Daydeng Ayyad said...

Semoga percepatkan khadiran guru2 itu :D

nabila said...

wau,ramainya. Tapi bagus la. students dapat cikgu,orang menganggur ada kerja. balance.

cikeyrah said...

macam kakak spupu qira kena hantar pendalaman, nak g pekan kena naik bot. memula dia nangis lelama dia ckp dia suka , seronok dgn muris kat situ n lagi satu sekolah dia murid tak smpai seratus pun. .hee tapi dia dah nak kawen n minta tranfers ke semenanjung . .

Remy hazza said...

lelebihan jadi guru di pendalaman..... tapi sekarang dah ada wifi , internet...tak lah terasa teruk sangat mcm dulu2......

Nick Irfan said...

kt sarawak mmg kekurangan guru setahu sy...

.::: Princess MOMOY :::. said...

dear dah start kerja ker

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...