* Tak tahu nak buat tajuk apa
Selama 5 tahun 6 bulan berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu (2007-2012), Hana nak ceritakan perkara yang hana rasa susah nak percaya bila masuk IPG
Belajar semua subjek
Hana ingat belajar pasal opsyen
(Pend Khas) rupa-rupanya kena belajar semua subjek termasuk yang opsyen. Cuba bayangkan... Bahasa Melayu,
Hana kena belajar dari sejarah BM , sampai lah mengkaji kesalahan dalam ayat. Baru Bahasa Melayu, belum masuk Sains, Inggeris, Matematik, Tamadun Islam, Asas Kepimpinan, Perkembangan Kanak-kanak, Teknologi Maklumat, Murid dan Alam Belajar, Pend. Jasmani, Pend. Seni Visual, Guru dan Cabaran dan banyak lagi. Paling banyak
subjek dalam satu sem adalah 8 subjek.
Subjek yang paling sikit KLIK SINI. Setiap subjek ada kerja kursus+exam. Yang paling dasyat bila
satu subjek tu ada teori+amali+ujian amali. Lepas habis perkara dasyat ni baru ada final exam.
Larian 2.4km dalam masa kurang 15minit
Hana tak percaya masuk IPG ada lari-lari macam ni untuk subjek Pend. Jasmani. Sebelum memulakan sesi pengajaran kena lari 2.4km dulu.
Seminggu 3 kali kena lari 2.4km. Kalau 3 tahun?. Larian 2.4 km adalah salah satu komponen dalam ujian Kecergasan
(UKJK). Jadi pandai-pandailah nak lari 2.4km dalam masa kurang 15minit.
Hana memang orang terakhir or kedua terakhir yang berjaya menamatkan 2.4km. hahaha tapi tak kisah dah berapa masa janji dapat tamatkan 2.4km. Hana bab-bab lari jarak jauh kureng sikit. Kalau lari pecut Hana champion. * riak di situ
Kajian Lapangan dan Kajian Tindakan (AR)
Kajian Lapangan = Hana pergi ke Kuala Krai
(pedalaman), pertama kali Hana jejak kaki kat tempat macam tu. Kalau pergi tengok ok lagi, ini kena
buat kajian di bawah tajuk Kajian Sosial. Kena kaji sistem saliran, ekonomi, cuaca, tumbuhan dan sebagainya. Naik bot menyusuri Sungai Kelantan.. terasa macam masuk rancangan ekspedisi kat tv plak. hehe
Kajian Tindakan= Kepada pelajar yang dah tamat degree korang mesti rasa macam
"tak sangkanya dapat siapkan kajian tindakan". hehe Macam tu juga dengan Hana. Kalaulah laptop masa tu buat hal dan segala bahan hilang. Aduh... boleh pengsan.
Pembentangan (presentation)
Hana ni sebenarnya tak berani bercakap depan orang ramai. Tapi bila masuk IPG, ada presentation. satu subjek tu kadang-kadang sampai 3 presentation. Jadi sedikit sebanyak Hana ada keyakinan diri. Yang paling best bila Hana
dapat pujian dari penilai masa pembentangan Kajian tindakan (AR). Bukan calang-calang pembentangan. Yang penting Hana melakukan presentation AR tu menggunakan mikrofon :) Hana kalau guna mikrofon terketar-ketar dan terasa suara Hana tak terkeluar.
KLIK SINI untuk tengok Hana guna Mikrofon. Kalau tak guna mikrofon of course suara Hana kuat. Orangnya kecik suaranya kuat ok, nama pun cikgu :)
Terlibat dengan Hari Kemerdekaan ke 50/2007
Rasa teruja bila diberi peluang menjayakan Hari Kemerdekaan ke-50. Maklumlah masa tu Hana berstatus junior di IPG. Selalunya apa-apa program mesti senior yang join. Lepas tu, bila Hana jadi senior, baru Hana tahu kenapa senior kurang join aktiviti luar. Sebab senior banyak kerja.
Nak tahu persembahan Hana semasa Hari Kemerdekaan KLIK SINI
Hana yang duduk+tengah
Ada je kisah nakal-nakal Hana di IPG.. Biarlah rahsia :)
Cita-cita Hana SEBELUM BERGELAR GURU < klik
P/s: entri konvo selepas ni ok