Selamat Tinggal Rakan Blogger
Seperti yang tersedia maklum dalam entri INI. Hana di tugaskan ke Sarawak. Kemungkinan entri ni merupakan entri terakhir dan esok Hana dah nak bertolak ke Sarawak. Sedih pula Hana nak buat entri ni. Kalau Hana online pun mungkin selepas dua bulan atau selepas satlekan segala urusan yang berkaitan.
Sedikit gambar buat tatapan korang :)
* halakan curson ke gambar untuk tumbesaran sedikit
Akhir kata..
Sedih nak tinggalkan korang, Maklumlah 7 8 bulan mengadap blog 24 jam. Terjah/komen/
Terima kasih rakan-rakan blogger yang suport blog Hijau Itu Duniaku. Tanpa korang siapalah Hana. Aiseh.... rajin-rajin lah jenguk blog yang hilang kasih sayang tuannya buat seketika :) Seketika ja tau.. Tunggu kepulangan Hana dalam blog ni.. Weeeehuuuu
Sempat je nak buat video 36saat. hehe. Kalau tak boleh tengok video di bawah ni klik link ni ye
Preparation to go to Sarawak
Eh betul ke, ayat tajuk entri Hana ni. Kalau tak betul pun korang faham kan maksudnya.. hehe Tahap ke'teruja'an Hana untuk ke Sarawak semakin menebal jadi tak kisah dah typo ke ape ke.. Hana kini bergelar cikgu secara rasmi. Betul ke Hana ni cikgu? susahnya nak percaya, dari budak nakal-nakal comel sudah menjadi cikgu.

Ini lah perjalanan Hana dari tadika hinggalah Hana bekerja sebagai cikgu
Kedah > Penang > Kelantan > Sarawak
Baru Hana tahu nak ke Sabah, Sarawak dan Labuan kena guna pasport Dokumen Perjalanan Terhad. Ingat nak ke luar negara je pakai pasport.. hehe Pasport tu bertujuan untuk pejalanan keluar/masuk ke Sabah Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.. Owh baru Hana tahu. Kalau Hana tak pergi Sarawak ni sampai bila-bila pun Hana tak tahu pasal ni
Tiket kapal terbang MAS dari KL ke Sarawak dan penginapan sebelum berlepas ke Sarawak pihak kementerian yang uruskan. Hana rasa Hotel
Barangan keperluan? Ermm macam melebihi muatan 30kg. Kalau lebih kena bayar lagi-lagi bila bawa beg 'Akademi Fantasia' sah-sah lebih 30kg. huhu nak buat macam mana kan. Kalau lebih 1-5kg kena bayar RM30. Barang ape je? baju kurung, kasut dan beg kerja je banyak. Tudung lagi. Nasib Hana tak pakai aksesori dan tak makeup. Kalau tak kena asingkan pula benda-benda tu dalam beg lain..
Akaun bank haruslah lebih dari 1. 1 akaun bank untuk tranfer duit or bayar bil-bil. Dunia di hujung jari. Tak payah susah-susah ke pejabat pos. Erk, Tapi kalau di pedalaman? bil elektrik dan air tak sampai RM20 kot. hehe alaun pedalaman kan ada (tiada kaitan dengan tajuk)
KWSP dah ada sebab Hana dulu kerja sebagai casher Giant. Terkejut tahap gaban bila Hana semak akaun KWSP tu. "Banyak juga duit aku ni".Bersenang-lenanglah engkau di sana..
Ferrari Hijau Hana? Erm.. insyaallah kalau Hana berada di bandar, Hana akan pos Kereta Ferrari tu ke Sarawak. Hana siap servey harga lagi.. hehe Kalau pedalaman Hana beli ATV. Amboi kau Hana. hahaha melawak je lah.. Kalau di pedalaman tiadalah kenderaan. Jalan kaki saja berbumbungkan payung
Preparation semua dah satle dalam masa 3 hari.. Ada balance 4 hari lagi untuk Hana blogwalking. Hana harap Hana di beri kesempatan untuk create post/entri buat kali terakhir sebelum melangkah ke Bumi Kenyalang.
P/s: Terima kasih Blog Hijau Itu Duniaku sebab bagi Hana coretkan kenangan kat sini






