Happy New Year 2012
Start seminggu bermula pada hari esok ku jarang online. Lagipun esk 1 Jan 2011 dah nak balik rumah sewa dekat Kelantan. Nak kemas-kemas lagi kan..
Siapa PENGOMEN PERTAMA untuk entry nie akan dapat 2up istimewa dari ku sempena tahun baru :) Komen akan di approve tepat pukul 12malam.
AZAM BARU
Perkataan kata ganti nama 'Ku' akan ditukar kepada Hana (Nama ku).Erk.. azam ka macam tu? hehe
COMEL vs CANTIK
Kita nampak ada sekumpulan perempuan ni. Dari situ dalam hati mesti kata 'COMELnya dia' 'CANTIKnya dia'.Daripada cakap dalam hati baik korang baca dan berkongsi pendapat kat sini. Pendapat diperlukan : )
Apa yang dibincancangkan ini dari sudut yang positif ok.
COMEL? Siapa yang comel.. Kenapa dia digelar comel?
CANTIK? Kenapa dia cantik?
"Yang CANTIK tidak semestinya COMEL dan yang COMEL tidak semestinya CANTIK"
CANTIK ini sebenarnya dekat part-part tertentu sahaja berbanding COMEL
Si A CANTIK, tapi time bangun tido atau time tidur nampak tak kecantikan dia? tak nampak kan..
Kalau yang COMEL, cara dia tidur pun nampak comel. Kalau dia marah pun nampak comel.hehe (macam kucing, eh eh ini cerita pasal manusia ok) betul tak? ke macam mana???
Perbezaan dari segi fizikal antara CANTIK dan COMEL
CANTIK - Kebanyakannya orang yang sederhana dan tinggi, ada yang rendah tapi tak banyak. Muka berbentuk (bukan bentuk empat segi or bintang). Muka berbentuk nie macam ada nampak bentuk pipi, dagu, dahi dan lain -lain. Asal CANTIK je kurus. Betul tak?
COMEL - Kebanyakannya muka diorang ni berbentuk bulat samada bulat kecil or besar itu terpulang. Muka yang bulat tembam pun comel, Muka kecil dan bulat pun comel. Kiranya semua COMEL. Berbadan besar pun COMEL tau :)
Kekurangan COMEL dan CANTIK
CANTIK ni kalau dia makeup atau letak warna-warna kat muka, pandai bergaya. (Yeke?). Kalau dia tak makeup bukan maknanya tak CANTIK tapi tengah-tengah (Cantik pun tak, kurang cantik pun tak)
Kalau COMEL tak makeup pun comel. Kalu letak bedak dan lipstik skit lagi nampak la keCOMELan dia tu. TAPI masalahnya COMEL ni air muka nampak sombong padahal tak pun.Mungkin sebab bentuk muka dia bulat jadi kalu senyum sikit memang tak nampak dia senyum.Kalau dia tak senyum memang nampak sombong. TAPI cuba korang jadi kawan dia. Memang tak sombong langsung.
Pernah korang dengar tak 'cute-cute CANTIK'? Kalau 'cute-cute COMEL' pernah dengar?
Pernah korang dengar 'kecik-kecik COMEL je'? Kalau 'kecik-kecik CANTIK' pernah dengar?
Selalunya orang boleh ukur keCOMELan tapi susah nak ukur keCANTIKan. Maksudnya senang-senang je nak kata dia COMEL. Contohnya, korang berselisih dengan orang COMEL. Korang kata 'COMELnya dia'. Berbanding dengan CANTIK. Susah nak kata dia CANTIK sebab CANTIK ni banyak maksud lagipun kalau kita tengok orang tu sekali nampak biasa ja.Tapi kalu tengok berkali-kali baru nampak dia CANTIK. Ada pulak kalau tengok sekali CANTIK kalau tengok berkali-kali nampak biasa ja.
Antara keempat-empat artis ni yang mana COMEL dan yang mana CANTIK?
Gurauan Manja Suami Isteri
Isteri : ape yang abang fikirkan tentang saya eh?
Suami : awak abcdefghijk...
Isteri : ape tu??
Suami : adorable, beautiful, cute, delightful, elegant, foxy, gorgeous & hot..
Isteri : ijk?
Suami : I'm just kidding..hahaha
Isteri : abang ni...lmn..
Suami : lmn?
Isteri : lempang muka nak?? Hahahaa..
P/s : opq?? :)
~~~TeRseBuTLaH KiSAh~~~
`Si Hijau` pun turun dari tempat tersebut dan mencari tuannya.
Sampai sudah `Si Hijau` kat bawah...dan terus mencari dan mencari...
Tiba-tiba terjumpa...apa 2? tinggi tol...mau xmau kena gak panjat untuk mencari tuannya...
Panjat dan terus panjat..peennaat.
Dan akhirnya...
Setelah penat memanjat ke sana ke sini, `Si Hijau` pun mengambil keputusan untuk berehat.Da la dalam 5-10 minit
Tetapi malang, tuannya...
"Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog" by Kiz
'Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'
Join 2 segmen dalam 1 masa yang di 'segmen' kan oleh kiz. Sebenarnya nak join segmen 'Review Ur Blog' tapi disebabkan syarat peraturan sama ku pun join segmen nie. hehe xpa kan.
Kalu korang nak join pun boleh. Nak pilih salah satu pun boleh.
Semua syarat-syarat sudah dipatuhi.. Syarat-syaratnya.... Klik SINI
Jom sama-sama kita delete SPAM di komen
Huh, baru ja baca entry pasal SPAM menyepam nie
Sebelum nie memang xtahu pun pasal SPAM sebab ku rasakan blog ku nie selamat kerana ada Comment Moderation. So setiap komen yang diletakkan di ruang SPAM, secara automatik akan didelete..
Kalau macam di atas ni xda SPAM sebab xda pun angka kat SPAM tu.hehe
Kesimpulannya, selamat la ka dari SPAM... Tapi selepas baca entry nie
Tanpa segan silu ku pun nak delete setiap komen yang ada link berwarna biru macam ini
KESIMPULANNYA
Ku pun xtahu sangat SPAM menyepam nie..Ku rasa selamat dah kalau ada Comment Moderation tapi xyakin laa dan risau SPAM ni menyerang secara diam-diam. Ku ambik keputusan untuk delete komen yang ada link berwarna biru macam di atas tu. Biarlah nak kata itu bukan SPAM pun. Yang penting apa yang blogger lain buat itulah ku buat sebabnya ku xtahu sangat pasal nie.. :)
P/s : Ambik langkah bijak ke x? (cam pelik je soalan)
Wordless Wednesday #3
Hari : Selasa
Tarikh : 27hb Disember 2011
Waktu : 11.30 Malam
Cuaca : Sejuk / hujan
Suasana : Sunyi
Contest Blog Paling Kemas By The Pink Dairy
Jom ramai-ramai join contest nie.. Hadiah novel. Siapa suka novel angkat tangan.haha Klik banner untuk join tau
Syarat-Syarat Penyertaan
TERBUKA KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN
WAJIB ADA BLOG SUPAYA MUDAH UNTUK JURI MEMBERI MARKAH
WAJIB FOLLOW BLOG TASYA UNTUK TAHU PERKEMBANGAN TERKINI
UNTUK LEBIH MUDAH, AWAK BOLEH 'ADD' TASYA DI FACEBOOK
BUAT SATU ENTRY YANG BERTAJUK 'CONTEST BLOG PALING KEMAS BY TASYA'
JANGAN LUPA LETAK BANNER SEKALI.
TAG 2 ORANG 'n' MAKE SURE DIORANG TAHU (kalau lebih peluang untuk menang lebih cerah,haha!)
FOLLOW BLOG SPONSOR.(yg secret tu tak payah lah yer)
KALAU BOLEH BODEK HABIS-HABISAN(tak buat pun tak apa!)
BAGI LINK ENTRY AWAK DI SINI
Tahukah anda lirik lagu Cinta Muka Buku mempunyai unsur-unsur ......................
Tahukah anda? kalau dengar lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff.
Diharap jangan ikut nyanyi sekali sebabnya ada bait lirik yang boleh bawa kita
ke arah ............ (tak pasti nak letak apa kat tempat kosong tu)
Kalau boleh tak payah dengar langsung. Ni liriknya:
Banyak persoalan yang berada di minda,Banyak tanda tanya dan juga kata cinta,Otak kata jangan hati pula kata ya,Hidup tak menentu adakah ini cinta,Banyak soalan banyak juga jawapannya,Kata hati dan rasa tak dibiar saja,Setiap yang berlaku ada kebaikannya,Harus pejam mata dan cuba apa saja..
Ok2 tipu jer..
Amboi, menyanyi ikut rentak nampak?
p/s : jangan marah haa nanti kena jual
5 LARANGAN SEMASA TIDUR
JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.
JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
- Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.
JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
- Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita
JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
- Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas
JANGAN TIDUR DENGAN BINI ORANG (buat lelaki)
- Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya : P
PROMOTE BANNER BLOG ANDA SECARA PERCUMA DI SINI
NAK PROMOTE BLOG?FREE JE...KALAU NAK KLIK KUCING DI BAWAH
Yang nie pulak banner blog ku.. baru buat ja banner nie xsampai sebulan lagi.hehe
Tekan Ctrl + F untuk copy
P/S : Da x banner penganjur dalam entry nie? kalu xda tengok kat sidebar bahagian banner. Banner yang atas skali tu banner penganjur :)
Tag
Tag
Fatin suka contest
Shera suka contestWalaupun nie bukan contest nak tag gak Fatin dan Shera.hehe
Kutu Kucing
Adakah kucing penyebar kutu?
Jangan risau, kucing atau haiwan peliharaan yang lain tidak boleh mendapat kutu kepala (kutu manusia) dan menyebarkan kepada manusia, dan manusia tidak boleh memberi jangkitan kutu kepala kepada mereka.
Sebenarnya dah tau dah pasal nie tapi nak dapatkan kepastian ku surf dan tanya doktor haiwan. Jadi xperlulah risau sangat..hehe
Apa-apa pun ku sentiasa sembur Febrezz kat atas katil sebabnya
Selain kutu mungkin ada kuman or hama terlekat kat bulu Si kucing tu.
Mega Giveaway By Cik Bunny
Klik banner untuk join
Syarat-syarat
Mempunyai alamat di Malaysia
- SEMESTINYA -
Buat 1 entri bertajuk "Mega Giveaway By Cik Bunny"
- DONE -
- DONE -
- DONE -
- DONE -
- DONE -
Tarikh Tutup
31 Januari 2012
Juri Giveaway
Encik Random.org &Cik Bunny (top referral dan top commentor)
Kadang-kadang kita mahukan jawapan yang .........
Soalan : Nak pi mana tu?
Jawapan umum : Nak keluar kejap
Jawapan khusus : Nak keluar p pasar malam jap.
Soalan : Kenapa b/friend dia tinggi g/friend dia rendah?
Jawapan umum : Kalau dah jodoh nak buat macam mana
Jawapan khusus : mesti ada ciri-ciri yang perempuan tu suka kat lelaki tu mungkin perempuan tu suka lelaki tinggi
Soalan : Kenapa dia yang dapat hadiah tu?
Jawapan umum : Rezeki dia agaknya
Jawapan khusus : Erm.... (dalam hati kenapa lah ku x dapat hadiah tu)
Memang x dapat di nafikan jawapan umum tu memang jawapan yang terbaik tapi kadang-kadang kita pun nak jugak jawapan yang spesifik/mendalam. Barulah kita bersemangat nak ulas balik jawapan tu..betol x?
Tak salah bagi jawapan yang umum. Tapi... tengok soalan di bawah
Soalan : Beli kat makan nasi ni?
Jawapan umum : Beli kat kedai
Yelaa memang beli kat kedai tapi kedai mana? kadang-kadang boleh jugak buat orang yang bersoal tu sakit hati kan..hehe Ada jugak kawan ku jawap macam tu lepas tu malas dah nak tanya lebih lanjut.hehe
Cuba bagi jawapan
'beli kat kedai depan tu ja'
Sedap sikit nak dengar kan
"SEGMEN CIK YUYUE : FOLLOWER BAWAH 700"
Awal tahun 2010 tapi tak aktif sangat xmacam sekarang.hehe Time tu Mr Ehem yang slalu update tapi sekarang 100% di update oleh ku (entry yang dia buat dah delete)
Seperti jawapan di atas tadi.ku sebenarnya 0 dalam berbloging nie tapi disebabkan Mr Ehem yang minta ku update blog. Ku pun update apa yang ku suka dan pada masa yang sama ku belajar selok bolek dalam berblogging nie. Start2 tengok blog orang lain cantik dan penuh entry-entry yang menarik ku pun teringin gak nak buat macam tu..Kiranya ku berblogging sekarang untuk berkongsi pendapat/pengalaman. Lama kelamaan seronok juga berblogging nie sebab dapat ramai kawan dan kadang-kadang kawan dalam blog (alam maya) lebih rapat dari kawan realiti walaupun xpernah jumpa :) tiba2 sedih plak..terharu sangat dulu blog nie 0 je skrang ada ramai kawan..
Terima kasih kerana menerima kami seadanya.Aisyeh.Jiwang plak. Blogger otoi? siapa? hehe ku pun xtau.Kepada blogger otoi di luar sana ~tolong kami bantu kami~ menjadi otai seperti anda.hehe Ada sesetengah otoi yang kamcing ngan otoi je..yang lemah2 di ketepikan..sedihnya. Ada ka otoi cm2? entah la.. blogger otoi maksudnya ape ye.( baru nak tanya maksud). Otoi2 semua tanpa anda siapa kami.Tanpa kami siapa anda? (saling berkaitan tu)
Pelik tak ?
Korang pernah pindah rumah baru yang siap dengan perabot x? Dimana perabot-perabot tu ditingalkan oleh tuan rumah lama. Masuk ja rumah baru tu, perabot-perabot di balut dengan kain warna putih?
Ada terfikir x kenapa kena balut dengan kain warna putih?
Kebanyakan drama/movie yang ada part kena pindah randah especially cerita seram la kan mesti perabot di balut kain warna putih.
Mungkin untuk menunjukkan keseraman rumah dalam drama /movie tersebut kowt? hehe Kalu dalam realiti macam mana plak kan..
Anak Beranak Tidur Tak Ingat Dunia
Waaah tajuk entry xtahaan
Mula2 si ibu masuk bilik jilat-jilat bulu, ku layan blog time tu..Si ibu xpernah tido atas katil bilik ku sejak2 mengandung nie tiba-tiba boleh plak tido kat sini. Nasib tido bahagian atas da ruang untu ku tido nnt.
Alamak.. mai plak si anak lompat atas katil. Si anak x kisah sangat mmg slalu gak tido kat sini. Yang bestnya si anak terkejut tengok si ibu tido.Lama gak si anak duk diam situ..haha dengan selambernya si anak pun turut tertido berjauhan ngan ibunya..takut kena marah ngan ibu..Ibu garang giler tp time mood elok. jilat2 gak si anak tu.
Macam2 gaya tido ada.. Mula2 Si ibu xsedar anak tu tido dekat ngan dia.. Pas ja Si ibu sedar (rimas ngan si anak kowt) terus Si ibu bawa diri tidur atas bantal hujung dunia katil.
Agak xselesa tido di bantal Si ibu pun tido dengan si anak. Berpelukan lagi..Ada ka patut kepala ibu letak di atas kepala anak..haha xpa2 bukan kepala Si anak letak atas kepala Si ibu..hehe
Alamak terjaga sudah.. sowy la ganggu ambik gambar ja tadi..hehe
Gambar di atas adalah gambar hari pertama.
Kejadian tersebut berlaku selama 2 hari berturut-turut.
Hari ke 2 nie ja gambarnya.
Hari ke 2 nie ja gambarnya.
Xseakrab hari pertama :P