Inspirasi dapurku


Hari tu Inspirasi ruang tamu sekarang dapur pula..

Dapur asal kecil dan memanjang kalau letak meja makan boleh la buat ala-ala table for 2 T_T tapi tak perlu risau laman belakang luas yakmat * memang target beli rumah nak laman belakang kiri/kanan depan luas pun. hahaha

So dapur yang sedia ada Hana nak buat dapur kering. Hanya barang-barang elektrik kabinet bertingkat-tingkat pinggan gelas cawan semua kat sini macam dapur hiasan gitu 😜 Plan nak buat bar table antara ruang tengah dan ruang dapur kering ni tapi open sangat so kita tukar plan buat bar table antara ruang dapur basah dan ruang dapur kering.

Bar table tetap ada tapi tak lah macam bar sangat habuan Hana nak duduk potong-potong bahan masak. Selalu tengok bar jenis open macam ni kan

Image result for ruang dapur bar table

Hana pula nak jenis yang tak beberapa nak open sangat. Soo tunggu le dapur rumah Hana siap dulu baru dapat tengok. ngeee

Disebabkan dapur asal yag kecil tu dijadikan dapur kering memang kabinet atas bawah wajib buat. Segala makanan snack dapat simpan dalam almari. Ruang letak peti ais, oven, microwave kena ada. Biar bersusun cantik-cantik nak guna tak perlu alih-alih lagi. Yang penting atas table top biar kosong je. Nama pun dapur hiasan 😜. Sebut ja atas table top kosong nanti adalah rak pinggan, penapis air lah T_T

Hana rasa selepas di buat kabinet segala benda, macam ni lah keluasan saki baki ruang yang tinggal tapi bukan design macam ni yee :)


Related image
By Google

Tema warna dapur kering warna hijau muda.  masuklah tu dengan perkakas elektrik nanti. ngee..



Ruang yang berbatu tu nak dijadikan dapur basah. Agak-agak batu-batu yang dah dipecahkan nak buat dapur tu boleh pakai lagi ke tak.. cantik kot huhu

Sistem dapur basah ni kita akan buat sistem open air memang Hana nak basahkan sungguh-sungguh 😆 Disebabkan belakang rumah Hana memang tak ada rumah orang lain so sesuai sangat nak open open ni boleh tengok laman belakang yang menghijau sambil masak kan?

Related image
Bestnya kalau dapat design macam ni :)

Tema warna untuk dapur basah warna hitam/silver/coklat baru menyerlah kehijauan di laman belakang tu :)

Kalau nak berdinding bahagian bawah sikit boleh ke tak :) tak lah penat mengelap cermin nanti. ngeee.

Lagi best kalau area dapur tu ada tanam pokok serai, pandan, cili, limau. kunyit, ulam-ulaman petik-petik masuk kuali. hehehe. Dah plan nak buat tanaman jenis masakan tu untuk satu ruang kecil :) harap menjadi. Hana suka tengok pelbagai warna hijau berbanding yang pokok berbunga-bunga. Kalau berbunga pun nak tanam pokok bunga melur tanam tepi kolam Bau semerbak ok. 

Cermin dapur tak perlu guna langsir nanti berbau masakan
Image result for penutup tingkap dapur

Guna macam ni baru cun. boleh atur nak pencahayaan sikit ke banyak ke buka terus ke tutup terus ke

Teringin sangat nak ada ruang mendobi kat bahagian belakang. Tunggu entri ruang mendobi pula ok :)

**Schedule entry

Twin/multiples info




In the UK and US . nearly all twins are born by caesarean surgery. Often, this is because of the positioning of the first twin. If the first twin is not head down, most doctors routinely deliver surgically. However, if you are adamant about a vaginal delivery, you should be clear with your doctor or midwife and discuss any potential risk associated with your decision. You should also check  with your doctor or midwife to see how much experience they have delivering multiples vaginally, and under which conditions they would not be willing to deliver vaginally.

Silent day of Wednesday #24




Mitos kucing berwarna hitam


Oleh DR. ZURAIDAH GHADZALI
Ijazah Doktor Perubatan Veterinar,
Universiti Putra Malaysia

Percaya atau tidak, menjelang perayaan Halloween, mereka akan menghasilkan rantai kunci (key-chain) yang berbentuk seekor kucing hitam.

Watak kucing sihir yang paling dikenali adalah Salem dalam rancangan televisyen Amerika Syarikat, Sabrina the Teenage Witch. Sebahagian masyarakat percaya bahawa kehadiran kucing hitam selalu dikaitkan dengan kehadiran makhluk ghaib atau hantu. Biasanya, kucing hitam tidak menjelma di tempat dan masa yang normal.

Hanya tempat-tempat gelap dan sepi menjadi lokasi kesukaan kucing hitam untuk muncul. Sebahagian masyarakat mempercayai bahawa kehadiran kucing hitam adalah petanda mereka sedang diperhatikan oleh ahli sihir.

Jerman: Dipercayai apabila ada seekor kucing hitam yang melompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan menghampiri pesakit.

Normandy, Perancis: Ketika dalam perjalanan, jika terlihat seekor kucing hitam yang sedang menyeberang di tengah bulan purnama, mereka percaya bahawa mereka akan diserang oleh sesuatu yang mengerikan.

Finland: Masyarakat di sana percaya bahawa kucing hitam membawa jiwa manusia ke alam ghaib. Juga dikenali sebagai The Transporter.

China: Kehadiran seekor kucing hitam merupakan petanda bahawa mereka akan terkena
penyakit atau jatuh miskin.


India: Jiwa yang bergelora dapat dibebaskan dengan membaling kucing hitam ke dalam api.

Benggali, India: Bahawa ada seorang wanita yang dapat mengubah jiwa manusia menjadi seekor kucing  hitam dan setiap kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.

Celts, Ireland: Percaya bahawa kucing hitam dapat meramalkan masa depan.

Druids, Ireland: Pada masa itu, orang-rang Inggeris kuno percaya bahawa kucing merupakan jelmaan seseorang yang berbuat jahat di masa  sebelum disumpah menjadi seekor kucing hitam.
Melayu: Sekiranya jenazah seseorang tiba-tiba dilangkah seekor kucing hitam, jasad tersebut akan bangkit dan menjadi hantu.



Hakikatnya
Related image

Stigma seperti itu mengakibatkan kucing-kucing hitam dibenci dan didera sesuka hati. Mereka dijadikan sebagai mangsa kepercayaan-kepercayaan tahayul.

Seringkali kita dapat lihat kucing-kucing berwarna hitam berkeliaran di kawasan-kawasan yang terpencil. Bukan kerana mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sihir, sebaliknya dibuang oleh manusia yang masih hidup berlandaskan kepercayaan animisma.

Kucing hitam merupakan kucing yang mudah untuk dijaga sama seperti kucing-kucing warna lain. Adakalanya mereka menjadi sangat pasif dan sangat aktif untuk menarik perhatian kita.
Ramai orang berpendapat bahawa kucing hitam adalah lebih manja berbanding kucing lain dan secara peribadinya, veterinar bersetuju dengan pendapat itu.

Di seluruh dunia, kucing hitam merupakan penghuni terbanyak di setiap rumah-rumah perlindungan. Dek kerana stigma atau momokan kolot, kita mengabaikan hak mereka.

Ada antara baka kucing yang diiktiraf berwarna hitam keseluruhannya seperti Bombay. Baka ini memiliki bulu berwarna hitam berkilat dan mata berwarna keemasan.

Baka hibrid ini berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat dan merupakan antara baka-baka yang menjadi pilihan di sana. Juga dikenali sebagai anak harimau kumbang (mini panther) dek kerana sifatnya yang aktif dan lasak. Sesuai dijadikan peneman di rumah bagi keluarga yang sukakan kucing.

Kucing hitam tetap kucing. Mereka wajar menerima layanan dan kasih sayang sama seperti kucing-kucing dari warna yang lain.

Tiada satu pun ayat dalam al-Quran yang menyentuh kucing hitam bakal membawa sial atau nasib malang. Malah, kepercayaan itu akan menempatkan kita sebaris dengan golongan-golongan yang khurafat. Marilah sama-sama kita mendidik generasi muda agar tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu yang karut.

Testing beli barang di Shopee


Masih berjinak-jinak dengan Shopee. Sebelum ni masuk troli ja sekarang dah membeli. ngeee

Hasil ini tangkapan untuk pertama kali membeli di Shopee..


Dari segi saiz, warna, material kain semuanya ok. Tak ada cacat cela pun :) 
Ni selepas Hana basuh.. warna pun tak luntur. So kesimpulannya ada harapan lah untuk Hana beli kat Shopee lagi lepas ni. hehehe 

Batman dah aim, cuma Superman ni... Kebanyakan Superman ja. Captain America dan Ironman tak ada sangat. Kalau ada boleh beli lagi. ngeee

Lepas ni babies kena buat undian siapa yang dapat superman and batman. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...