Attic atas living hall


Weehhh... Lepas buat entri pasal Inspirasi Ruang Tamu baru terjumpa gambar ni..


Sangat sesuai untuk ruang tamu yang mempunyai siling tinggi macam rumah Hana tuu


see... ruang tamu bersambung dengan ruang tengah

So attic tu boleh buat tempat lepak santai family. Tv pun kat atas so tak ganggu ruang tamu. Ok set nak buat macam ni ada juga ruang lepakss kan..

*Ada satu bilik yang siling tinggi. lagi tengah fikir nak buat katil 5 tingkat hahaha




Pampers for twins


Pampers for twins. Sebenarnya tak jadi isu pun tak terfikir pun pampers. Beli ja ikut saiz baby dan kebanyakan orang guna. Tapi sejak ada page Dianugerahkan Kembar (close group ), segala ilmu pasal twin dihadam. Pergh.. hadam terus..

Pampers kalau single baby pun dah mahal ni kalau twin dah jadi double mahal dan stok memang banyak macam ini tu belum anak yang 2 3 tahun pakai pampers lagi kan.. Kira benda wajib beli setiap bulan selain susu

       


           

Stok rakan-rakan dari page Dianugerahkan Kembar.
Dah bleh buka kedai runcit T_T

Tips yang Hana dapat dari page kembar ni
  • Beli brand yang murah tapi berkualiti sebab baby banyak guna pampers so sebulan 4pack untuk twin. Pet Pet, Whopee dan Tesco love baby sederhana kebanyakkan twin guna tapi bergantung dengan kulit baby
  • Beli pack kecil dahulu untuk tengok kesesuaian dengan kulit baby. Kalau tak sesuai tukar pampers lain
  • Malam dan siang pampers lain. Pampers malam yang kadar penyerapan tinggi sebab takut tak berkesempatan nak tukar untuk 2 baby.
  • Beli banyak time ada sale biar berkotak-kotak
  • Pampers beli online murah dari harga kedai
Boleh juga Hana jadikan panduan nak ikut tak ikut terpulang :)

Tapi Hana pergi Giant and Tesco yang ada pampers newborn mamy poko ja pack kecil. Pack kecil brand lain tak ada pula. Harga tak tengok pun resit pun hilang tah ke mana. Rupanya mamy poko di antara pampers yang mahal juga lah.. Ok lepas ni tukar brand lain yang murah sikit tapi berkualiti. ngeee

Pleaseee... babies jangan demand sangat ok. Pakai ja apa yang mama beli. 



Hasil shopping baju babies



Tiga hari ambil masa nak membeli keperluan baby dari A-Z tak termasuk pampers. Pampers kat tesco dan Giant banyak senang cari. ngeee. Kalau keperluan baby selain baju Hana fokus kat sini

Image result for manjaku aman jaya sungai petani

Manjaku Aman Jaya, Sungai Petani

Mau 2 3 jam dalam kedai ni. Macam nak beli semua barang dalam kedai ni. hehe

Tapi untuk baju baby Hana tak fokus 1 kedai.  3 4 kedai juga Hana beli baju baby. Kedai ke 4 tu Parkson sebab kedai lain tak ada sangat baju jenis lubang-lubang. hehe Semua baju lubang-lubang tu semua Hana beli di Parkson brand macam-macam tak ingat dah..

Nak dijadikan cerita masuk 1 kedai ni dah beli dah baju dah penuh raga ni. Bila nak balik dah naik kereta.. Tiba-tiba...

"Eh tadi macam baru beli 2 pasang baju, tapi penuh raga"
"Memang la penuh kalau 2 pasang baju tu di double kan"
"Betul juga kan.😅"

Nampak tak baju merah, pink, hijau, peach yang dalam 4 gift box... tu yang buat penuh raga. hahaha

Hana beli gift box baget hadiah untuk diri sendiri hahaha Tak adalah sebenarnya gift box ni senang tak perlu nak mix and match. Lagipun siap pakage dengan mitten, topi dan segala benda alah dalam tu. Dah jimat masa dan tenaga nak memilih. Untuk 2 baby pula tu. Nampak tak nak mudah kerja ja Hana kan. ngeee Kadang-kadang murah juga dari beli asing-asing.

Next, kedai baby yang wajib pergi di Design Village Penang. Promosi tak ingat dunia weehh.. Hana pun masuk kedai Cotton-On dan Brand Outlet. Banyak yang berkenan tapi semua jenis satu saiz satu patern gitu.. mesti orang lain dah beli habis. Walaupun twin sepasang nak juga beli baju yang sama patern dan warna T_T.  Comel kot pakai rompers sama patern dan warna

Kebanyakan baju 0-3 bulan macam limited sikit kan. Kebanyakan 0-6 bulan baru ada banyak. 6 bulan ke atas lagi-lagi banyak.. Tak sabar tunggu babies besar boleh shopping baju yang cantik-cantik. hehehe.

So Hana campur-campur baju. Orang kata baby cepat besar tu tak teragak-agak nak ambik saiz 0-6 walaupun Hana tengok besar weehh.. Tapi tak palah besar-besar pun pakai juga nanti. Baju yang kecik-kecik tu yang simpan. ngeee

Rasanya cukup kot 9 pasang seorang cuma nak tambah seluar sehelai dua buat emegancy. Kalau ikut list Hana buat 10 pasang baju + 2 seluar panjang + 2 seluar pendek. Kira ok lah kan tak terpesong dari list. Hahaha Erm... tengok gambar macam banyak kan padahal untuk 2 orang  😏


Terbagun dari mimpi Tahun 2006


Terbangun dari tidur sebab mimpikan Kem di Teluk Duyung anjuran SMART Penang 2006 mungkin sekarang dah tukar nama. Rindu pula dengan kawan-kawan SMART. SMART NI hana join tahun 2006 masa tu di Sekolah Teknik Seberang Prai, Penang. SMART ni diluar bidang sekolah.

Ingat lagi Hana diinteview santai sebelum dapat join SMART. Masa ni dah kenal Zul, Alin, Wani, Azri, Pie, Ain, Lia, First, Abang Jan, Abang Rahman, Abang Haris dan seorang lagi tak ingat. Hana pun berjaya dalam inteview tu. Dan semakin ramai kawan-kawan Hana selepas join SMART dan pelbagai program Hana join yang melibatkan SMART. Dan salah satunya

Kursus Interpesonal di Bendang Man, Sik


Time Ice-Breaking. Penganjur suruh cari pemilik tandatangan.. So akhirnya..

Gambar dari entri lama KLIK SINI

Tapi itu bukan program pertama SMART  yang Hana join.. Program Pertama yang Hana join di Bukit Hijau, Baling. Excited sangat masa tu. Masa ni Kenal 2 3 orang baru termasuk abang (ingat adik beradik Kak Juliana Jurulatih Gimnastik Hana masa sekolah rendah dulu tapi bukan. ngeee) Sehari ja masa tu just perkanalan dengan ahli-ahli SMART yang lain

Program seterusnya di Teluk Duyung, Penang Lepas tu Kem di Pulau Aman, Penang dan lain-lain lagi Program santai-santai tak ada kaitan dengan sekolah.. Salah satu aktiviti santai ialah "Melihat Hantu" Entri di LINK INI .Pengalaman yang woooww.. 

sampai lah masuk IPG Hana dah stop semua tu. Tapi masih contact dengan geng SMART :)

Masa ni tak ada tak ada gambar hanset pun tak secanggih sekarang. Dulu tak ada facebook yang ada page circle89 ka 99 macam tu lah sekarang tak wujud dah. Dalam tu ada banyak gambar tapi tak tersave. Nickname Hana masa tu HaNa_ExPrEsSiOn :)

 Masa cuti sekolah Hana diisi dengan pelbagai aktiviti yang menjadikan Hana seorang yang kuat, berani dan berdikari. Semangat setiakawan masa tu memang kuat. Pengalaman tersebut mematangkan Hana.

Masa berlalu dengan pantas. 12 tahun berlalu. Rasa nak balik ke masa dulu. Ini menunjukkan kita telah dewasa. Punyai aturan dan tanggungjawab yang wajib kita pikul. Tapi bila dah bekerjaya ni rasa nak cepat-cepat pencen . ngeee tiba-tiba ja kan

Hati dah terpaut dengan Donna The Next-Generation Car Seat Stroller


Jatuh cinta pandang pertama pada Doona Car Seat Stroller. Dah tak ingat lagi pada yang lain. Mesti dapatkan Doona. Mesti...

Nampak simple dan elegant kan

Nak sangat Doona ni sebab senang nak handle kalau sorang-sorang tak perlu nak angkat baby lagi :) Stroller ni dapat transform jadi car seat hanya tekan button. Nak naik tangga pun senang tak perlu angkat baby dan lipat stroller, ringan pun ringan tau. Yang bestnya stroller ni tak perlu letak dalam bonet sebab dah jadi car seat baby. Nak guna based pun boleh tak guna pun boleh :) Jimat ruang di situ. Dan lagi. Tempat pemegang boleh adjust nak tinggi or rendah. Kalau rendah boleh handle untuk laluan lorong-lorong kecil macam dalam video di bawah ni..

Klik video
Can be used as
  • Stroller
  • Hand carry
  • car seat
Doona Car Seat ni start dari newborn hingga berat 15kg kot.. Tapi Hana tak kisah pun sebab budak kalau dah setahun lebih nak berjalan dan didukung ja T_T Lagipun ada stroller backup yang kak ipar punya dia dah tak guna.

Semua ciri-ciri yang Hana nak semua ada kat Doona ni. Tak ada ada yang kurang langsung. Memang nak sangat-sangat Doona ni... Harganya RM17++ jugalah T_T tapi dah berkenan sangat. Tengok yang lain pun dah macam nak menangkan Doona juga. Dah la cute comey-comey sangat stroller ni. Kalau mama bawa memang nampak lah kuasa cute di situ tak lah macam stroller bergerak sendiri kalau stroller besar lindung mamanya.ngeee

Hana dah servey 3 page yang jual Doona Car Seat Stroller ni tau. Harga pun sama kot harga lain-lain boleh minta diskaun T_T Lepas ni nak minta tolong abang dan kak ipar servey di kawasan KL, Selangor dan Johor pula. Harap dapat yang lagi murah.

Rupa-rupanya lepas di servey kat satu page ni ternampak gambar Siti Aafiya.. Alololo comelnya dia dalam Doona Car Seat Stroller tu :)


Berangan jap kalau Hana yang bawa stroller tu.hehe

Dan rupa-rupanya lagi anak si pelakon Amyra Rosli dan Amar pun guna stroller ni. Blogger Irine Nadia pun guna stroller ni juga.. Ngeee..


Insprasi ruang tamu


Bulan 3/2017 tahun lepas dapat kunci rumah. Bulan 5 tahun lepas just tengok-tengok dan hantar defect ke pemaju. Hujung tahun lepas menikmati kemudahan yang ada seperti gimnasium, swimming pool, bawa anak-anak saudara ke taman permainan. Maklumlah tak ramai lagi orang yang berpindah masuk :) Lupa pula nak maklumkan, rumah Hana ni jenis rumah srata so banyak kemudahan dalam kawasan perumahan ni. Pondok guard pun ada, cctv pun ada, tukang kebun pun ada, bayaran untuk maintanance pun ada T_T. Tidak lupa juga waktu cuti dapat berkenalan dengan jiran-jiran baru yang sudah berpindah masuk. Ehem.. ada gak tengok jiran yang dah renovate rumah. Jelousnya...

Begitulah rutin Hana Bila dah berjauhan dengan rumah sendiri T_T  Bila lah dapat duduk rumah sendiri. Tak sabar nak renovate dan deco-deco ^_^

Inspirasi ruang tamu

Ruang tamu + ruang tengah

Luas jugalah sebab dah bersambungkan tapi siling ruang tamu tinggi dari ruang tengah. Siling ruang tamu pun jenis condong macam bumbung rumah.  Walaupun rumah ni siap dah ada wayar untuk 2 aircond  tapi kipas tetap wajib. Nak letak kipas di ruang tamu macam tak cantik sebab tergantung sangat kipas tu. Nak rendahkan siling pun nanti nampak sempit pula lagipun ada ruang tingkap dekat atas.

Nampak tak tingkap tinggi tu

So plannya taknak rendahkan siling cuma nak tintedkan tingkap atas sebab pencahayaan banyak sangat di ruang tu. dengan sliding door di ruang tengah lagi macam "cahaya mentari di pagi hari, sinarnya kaburi pandanganku ini..." tapi memang nak tintedkan semua tingkap rumah pun. ngeee Plaster siling di keliling ruang tamu untuk letak lampu 6 biji macam tu. Tiba-tiba eh eh mana kipas? T_T masih tergantung panjang lagi selagi tak rendahkan siling . Lagipun Hana tak suka kipas selain kipas siling. Paham tak di situ

Ubah plan lagi so nak buat plaster siling macam ni


Design plaster silin di ruang tamu akan bersambung dengan ruang tengah macam dalam gambar tu cuma untuk rumah Hana nanti terbalikkan siling ruang tamu dalam gambar akan jadi ruang tengah dalam rumah Hana dan sebaliknya. Tingkap kat atas masih mantain.

Satle bab plaster siling

Sekarang plan pembahagi ruang tengah dan ruang tamu. Plannya nak buat kayu  di tengah dan ada ruang kiri dan kanan untuk laluan tapi disebabkan plaster siling dah berubah tak dapat lah nak buat tema ala-ala kayu sangat kan. Kalau tak kabinet tv pun nak ala-ala kayu hipster gitu. So sekarang modenkan beliau. Partition pun nak semata-mata partition sahaja tak nak yang ada rak or ruang. Macam ni.. macam jee

    

Warna untuk ruang tamu dan ruang tengah sama cuma tak pasti lagi warna putih dengan warna apa. hehe..


Kan dah cakap awal-awal memang plan nak bertemakan kayu macam ni tapi ubah plan tukar kayu kepada ........ apa ye. kabinet macam ni perfect boleh dah nak copypaste . ngee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...