Terbagun dari mimpi Tahun 2006
Terbangun dari tidur sebab mimpikan Kem di Teluk Duyung anjuran SMART Penang 2006 mungkin sekarang dah tukar nama. Rindu pula dengan kawan-kawan SMART. SMART NI hana join tahun 2006 masa tu di Sekolah Teknik Seberang Prai, Penang. SMART ni diluar bidang sekolah.
Ingat lagi Hana diinteview santai sebelum dapat join SMART. Masa ni dah kenal Zul, Alin, Wani, Azri, Pie, Ain, Lia, First, Abang Jan, Abang Rahman, Abang Haris dan seorang lagi tak ingat. Hana pun berjaya dalam inteview tu. Dan semakin ramai kawan-kawan Hana selepas join SMART dan pelbagai program Hana join yang melibatkan SMART. Dan salah satunya
Kursus Interpesonal di Bendang Man, Sik
Time Ice-Breaking. Penganjur suruh cari pemilik tandatangan.. So akhirnya..
Gambar dari entri lama KLIK SINI
Tapi itu bukan program pertama SMART yang Hana join.. Program Pertama yang Hana join di Bukit Hijau, Baling. Excited sangat masa tu. Masa ni Kenal 2 3 orang baru termasuk abang (ingat adik beradik Kak Juliana Jurulatih Gimnastik Hana masa sekolah rendah dulu tapi bukan. ngeee) Sehari ja masa tu just perkanalan dengan ahli-ahli SMART yang lain
Program seterusnya di Teluk Duyung, Penang Lepas tu Kem di Pulau Aman, Penang dan lain-lain lagi Program santai-santai tak ada kaitan dengan sekolah.. Salah satu aktiviti santai ialah "Melihat Hantu" Entri di LINK INI .Pengalaman yang woooww..
sampai lah masuk IPG Hana dah stop semua tu. Tapi masih contact dengan geng SMART :)
Masa ni tak ada tak ada gambar hanset pun tak secanggih sekarang. Dulu tak ada facebook yang ada page circle89 ka 99 macam tu lah sekarang tak wujud dah. Dalam tu ada banyak gambar tapi tak tersave. Nickname Hana masa tu HaNa_ExPrEsSiOn :)
Masa cuti sekolah Hana diisi dengan pelbagai aktiviti yang menjadikan Hana seorang yang kuat, berani dan berdikari. Semangat setiakawan masa tu memang kuat. Pengalaman tersebut mematangkan Hana.
Masa berlalu dengan pantas. 12 tahun berlalu. Rasa nak balik ke masa dulu. Ini menunjukkan kita telah dewasa. Punyai aturan dan tanggungjawab yang wajib kita pikul. Tapi bila dah bekerjaya ni rasa nak cepat-cepat pencen . ngeee tiba-tiba ja kan
0 orang dah komen :