Yeaaah Merdeka Raya

Selama 2 bulan berpraktikum akhirnya selesai juga dengan jayanya..

Align Center
Nie la sekolah SK Seri Kota tempat ku praktikum

Praktikum kali nie mmg mempunyai peningkatan berbanding semester lepas. Alhamdulillah. Terima Kasih kepada Pensyarah Pembimbing yang meng'obseve' ku.. kerana memberi markah yang gempak. Tak lupa juga kepada Guru pembimbing Sekolah Kebangsaan Seri Kota kerana mengajar ku cara nak menghandle bebudak istimewa nie..

'Sebagai Guru Pendidikan Khas, kita perlu ada sifat empati, layan je apa yang di cakap. yang penting kasih sayang kepada murid-murid tersebut.. dalam sayang tu mesti da tegas sedikit'

Akan ku ingat sampai bila2..

Lepak2 jap kat luar... Nie antara guru-guru Pendidikan khas

Guru-guru Pendidikan Khas yang sangat sporting habis.. Tiap2 hari mesti da lawak. Kalaulah praktikum yang 3 bulan semester bulan boleh buat kat sekolah nie alangkah bagusnya.. Tapi tah la.. cm xleh je sebab limit 1 sekolah untuk 3 bulan.. ku dah 3 bulan wat sek yang sama..huhu sedihnya.

PERHIMPUNAN

Nie plak sebahagian dari murid Pendidikan Khas.. sebahagian ja tauu. yang laian belum sampai dan sebahagian lagi da dalam kelas..

Kepada junior-junior Pendidikan Khas

Kalau korang nak wat praktikum wat la kat sekolah nie.. Memang best n sporting.. Tapi ingat sporting2 pun korang jgn sesekali wat perangai n 'pijak kepala'.. jangan sampai cikgu-cikgu sekolah black list guru pelatih opsyen pendidikan khas. Wat masa nie.. xda guru pelatih Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu yang wat hal.
( tah la cm xpus ati je )

Ku harap korang paham maksud ku.. Xkan nak luahkan perasaan kat cni kowt..


Pelajar kelas Emas 4A

Dulu time praktikum fasa 1 ku kureng skit ngan kelas nie sebab diorang nakal.. Ku sabar je.. Tapi time praktikum fasa 2 ku suka kelas nie sebab ku dah faham perangai diorang nie..hehe

Pelajar kelas Emas 3B
Dorang nie manja.. Ku xpernah lagi tegas ngan diorang nie.hehe ikut je pa yang ku suruh..

Aziz dan Faris

Nie la keja ku time xda kelas.. bukan berFb tapi wat xsignment..susah oo xsignment..
Sehari sejam ja ku ngajar jd bnyak la masa freenya..hehe Tapi klu Selasa ku xngajar so sehari suntuk ku ngandap benda nie..

Diorang wat program 'Pengalaman Berasaskan Sekolah' selama seminggu, Yang perempuan 2 orang tu dari IPG Perempuan Melayu Melaka, Yang lelaki sorang tu dari IPG Ilmu Khas.

Gambar kenang-kenangan

Cenderahati kepada Guru pembimbing

Cenderahati kepada Pengelaras Pendidikan Khas

Ku pun dapat gak ole2 dari Kelas Pendidikan Khas

Apa ye..

3




2





1



Treeeengggggg......


Kain pasang bercorak batik..

Ku nak wat baju kurung or baju kuring moden???erm...
Selama 2 bulan nie je pic yang ke dapat snap itu pun 2 3 hari sebelum cuti..hehe tapi da lg pic photoshoot sekitar sk Seri Kota.. Tungguuuu..

1001 cabaran guru pendidikan khas by Utusan Malaysia Online


KOTA KINABALU 21 Jan. – “Sayalah Ultraman Gaia cikgu,” kata seorang pelajar dengan begitu bersungguh-sungguh sambil melakukan aksi watak adiwira kartun itu sebaik sahaja tiba ke sekolah hari ini.
Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif itu merupakan salah seorang pelajar pendidikan khas yang sering meluru masuk ke bilik Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong, Alizah Abdul Malek tidak kira masa.
Alizah bagaimanapun secara spontan terus melayan kerenah pelajar berkenaan tanpa sedikit pun menunjukkan rasa marah malah memujuknya masuk ke dalam kelas.
“Ya.. Cikgu tahu kamu Ultraman Gaia, tetapi sekarang waktu kamu belajar, jadi kamu kena masuk dalam kelas,” pujuk Alizah dengan lembut.
Itulah antara cabaran yang harus dilalui oleh guru pendidikan khas yang pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi dan menurutnya, tugas itu sebenarnya begitu unik dan menarik malah tidak terhad kepada di dalam kelas semata-mata.
“Saya bukan sahaja mengajar di sekolah, malah saya pernah diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah.
“Alhamdulillah selepas dia mendengar suara saya murid berkenaan bangun dan kemudiannya tidak berapa lama dia datang ke sekolah dan mengucapkan selamat pagi kepada saya,” cerita Alizah sambil tersenyum.
Beliau yang berpengalaman sebagai guru biasa sebelum ini memberitahu, tugas mengajar pelajar pendidikan khas ini amat berbeza dan lebih mencabar.
Alizah memberitahu, secara kesimpulannya tugas guru pendidikan khas ini sebenarnya mempunyai 1,001 macam cerita.
Katanya, selain berhadapan pelbagai tingkah laku pelajar mereka juga berhadapan tindakan agresif sesetengah pelajar yang perlu ditangani dengan baik.
“Ada pelajar yang terlalu aktif pernah hilang menyebabkan guru-guru terpaksa mencari hingga ke bandar Inanam.
“Ada juga yang memanjat pokok dan kita terpaksa memujuk supaya pelajar berkenaan turun dengan selamat,” katanya.
Tambah beliau, menjadi guru pendidikan khas juga memerlukan setiap guru melayani kerenah pelajar dengan penuh berhemah.
Katanya, kaedah memujuk adalah cara terbaik berbanding memarahi pelajar yang boleh menyebabkan mereka bertindak agresif.
Dalam pada itu, seorang lagi guru, Donny Chin berkata, mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran.
Katanya, ini kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.
“Selain itu kita kadangkala perlu berhadapan sikap sesetengah ibu bapa yang menaruh harapan yang begitu tinggi terhadap guru untuk mengubah anak-anak mereka.
“Kita tahu had anak mereka bagaimanapun kita mencuba sedaya upaya memberi yang terbaik,” ujarnya.
Sementara itu, seorang ibu, Dayang Kianhing, 40, berkata, prestasi yang ditunjukkan anaknya selepas mengikuti program ini amat memberangsangkan.
Malah katanya anaknya yang menghadapi masalah hiperaktif dan pertuturan juga telah menunjukkan minat belajar setelah dihantar ke SMK Kolombong.
“Saya lihat anak saya kini bukan sahaja boleh mengurus diri tetapi sudah pandai menghafal surah al-Fatihah dan bersolat.
“Saya juga bersyukur kerana anak saya lebih berminat ke sekolah berbanding sebelum ini semasa bersekolah di Labuan dan Sandakan,” ujarnya.

Berbuka puasa ngan kengkawan

Minggu terakhir sebelum bulan Ramadhan dan juga minggu terakhir sebelum tamat praktikum
Tahun-tahun lepas senang je nak berbuka puasa ngan kengkawan, berbuka puasa kat umah classmate. Tapi tahun nie sibuk ngan praktikum 2 bulan.. Apa2 pun sempat juga berbuka puasa ngan clasmate itu pun x semua. Erm... sedih sedih sedih..

Kali nie berbuka puasa lain dari sebelum nie? lain cmna ek.. haa bukan kat umah clasmate tapi kat Hotel.. alaa bukan hotel 5 bintang.. hotel xda bintang pun biasa2 je.. Boleh la dapat gak merasa berbuka puasa kat Hotel. Sebelum nie xpernah pun.huhu .

Program nie? erk program ke? hehehe berbuka puasa nie bukan ku yang rancang tapi Epie a.k.a Firdaus yang rancang.. Memang terbaik la.. Sapa Firdaus? jom tengok pic di bawah nanti k..

Ku orang yang pertama kuar dari kereta untuk snap gambar diorang nie..


Sampai dah kat depan restaurant Oriental iaitu di dalam Hotel Sabrina nie..

Sampai2 ja.. Waaah banyaknya makanan. Jom tengok satu per satu

Kurma dan onde-onde atau nama glamernya kekah cha ( bahasa kelantan ) bahasa standartnya Buah Melaka.

Tomyam putih. Kat Kelantan ja ku jumpa tomyam putih nie. Ku kureng skit tomyam putih.. selalunya ku makan tomyam merah.. Pa2 ja lah janji sedap

Sotong goreng tepung

Daging masak black papper

Ayam masak lemon.. Yang nie sedap.. fez time ku makan

Ikan siakap stim masak.....entah la.hehe

Sayur campur. panas lagi nie sebab nnt masak awal xsedap.. agaknya laa

Kesemuanya 6 jenis lauk.. Memang dalam set 8 orang makan.hehe. Sementara tunggu berbuka. snap gambar dulu

Sabar yee

Meriah tol lauk

Muka serius tol time ku cedok tomyam.haha bukanya pa dah tomyam tu dekat ngan ku kena la ku cedokkan..tol x? cedok awal2 nnt diorang makan ku bleh snap gambar

Haa diorang semua dah makan.. Ku ja sibuk snap gambar..hahaha




Sedap yee

Dah kenyang sudah

Tinggal kurma ja lagi.. yang lain licin. Tapi habis gak kurma tuu..hehe xelok membazir kan.

Sebelum balik.relax2 n sembang2 dulu

Sempat lagi posing

Mintak tolong kak jaga kauter tuu ambik gambar kami nie..

peace

Berdiri kanan : wan, areka, naim, epie
Duduk kanan: hana (ku), mimi, fifi, fifah

Epie la yang rancang semua nie.. Tank Q yaah


Nak bela kaktus

Cam pelik je bunyi tajuk entry kali nie.. tah la kat mana silapnya..

'Ku nak beli kaktus dan jaga kaktus'. haa tu la maksudnya.. kiranya nak bela kaktus la kan..

Napa nak bela kaktus? sebab....
entahlah

sebab warna hijau kowt
ermm.. x jugak pokok lain pun warna hijau.

sebab cantik kowt
xjugak pokok lain kan da yang lagi cantik

sebab ada duri
hahaha pokok duri watpa la nak bela bukan boleh belai2 usap2 pun

Oooppp....tunggu dulu bukan kaktus yang nie tau




haa tapi yang ini eh eh bukan yang nie laaa..


Tapi yang nie... yang kecik2 comey je..


haaa nie kaktus teratai hijau cantik kan..
da kaktus teratai putih cmnie gak tp warna putih kehijau2an..hehe


Waaa menarik

Kenapa kaktus yang kecik2 jee

sebab KAKTUS tu hijau ( ku suka warna hijau )
pelik ( da duri dari atas sampai bawah )
kecik-kecik comey ( comey kan )
da bunga yang cantik ( da yang spesis berbunga )
senang jaga ( siram air skit je)
boleh hidup lama ( xsiram air pun xpa )
Senang nak ubah2 tempat ( bawa p jejalan pun boleh )

Semua pic di atas dari Mr Google. Tunggu ku p Cactus Valley kat Cameron baru ku snap pic cactus banyak2 .hahaha Yang penting ku nak beli 1 kaktus.hehe

Rahsia Warna Bunga Rose


Pernah menerima bunga ros dari seseorang? Tahukah kamu apakah maksud yang tersirat di sebalik warna bunga ros. Jom layan entry di bawah...

Ros Merah

Menunjukkan si dia mencintaimu dengan sepenuh hati dan ingin bersamamu buat selamanya..melambangkan rasa cinta yang mendalam atau cinta sejati.

Ros Kuning

Menunjukkan kegembiraan dan ambil berat atau ungkapan selamat kembali. Juga menunjukkan si dia ingin menjadi sahabatmu. Ros kuning juga dikatakan untuk menunjukkan perasaan cemburu terhadapmu

Ros Putih

Menunjukkan rasa cintanya yang sejati sepertimana warna bunga ros itu. Di negara barat bunga ros ini sering digunakan dalam majlis perkahwinan melambangkan kesucian cinta pasangan.

Ros Merah Jambu


Mengungkap rahsia yang sekian lama terpendam bahawa kamulah cinta pertamanya dan menjadi idaman hatinya. Juga membawa maksud mengagumimu dari jauh dan sebagai tanda penghargaan. Ros merah jambu juga melambangkan kelembutan dan simpati si pengirim.

Ros Hijau

Menunjukkan tanda kesetiaan, ia juga adalah warna alam yang merupakan simbol kedamaian..(pernah dapat ros hijau dari ehem..ehem.... mmg cantik.hehe bukan cantik pa.. tp sebab warna hijau kan.. mesti la ku suka)

Ros Oren

Menunjukkan kesungguhan dan keinginannya terhadap kamu. Warna oren melambangkan sifat aktif seseorang.

Ros Ungu

Warna ini adalah warna misteri dan membawa maksud tersimpan rahsia. Juga menunjukkan keinginan atau memberi mesej cinta pandang pertama.

Ros Hitam

Warna ros ini adalah yang sukar diperolehi dan ia melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang

Kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan
Kombinasi warna merah dan putih pula melambangkan kesepakatan

Cam best je ros hitam.. xpernah tengok lg tapi klu Orkid Hitam pernah la tengok tu pun dalam ceta Anaconda..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...