Wordless Wednesday #11


Wait and See


"1st GiveAway by Nabila Medan"

Ramai betul yang join Ga di bawah nie.. 


Walauapun ramai, hana tetap nak join. Sebab syarat-syaratnya senang je. 

Nak tau apa syaratnya. sila klik banner di atas ye

Secara jujurnya hana dah ikut semua syarat-syarat penyertaan dan akhir sekali hana nak tag



Penangan Lelaki Uniform


Wow. menarik tajuk entry kali ni. Hana terbaca akhbar yang bertarikh 26 Mei hari Sabtu. Tajuk tersebut 
PENANGAN LELAKI UNIFORM
 Jejaka berpakaian Seragam lebih Memikat, serlah simbol maskulin 

Dalam akhbar ni kata perempuan lebih suka memandang lelaki beruniform seperti polis, doktor, tentera dan seangkatan dengannya. Diorang kata lelaki beruniform nampak macho, kacak, berdisiplin dan bertanggungjawab. Tapi semua tu dari perspektif perempuan. Diorang juga akan berasa selamat bila berdampingi dengan lelaki yang beruniform.. Betul ke? 

 Erm.. memang tak dapat dinafikan hana sebagai perempuan pun memang suka tengok lelaki beruniform sebab kelihatan kemas dan segak terserlah ke'macho'an lelaki tersebut. Lagi-lagi kalau ternampak anggota polis meronda kawasan or kawalan lalu lintas. Dalam duk keserabutan, tengah panas bawa kereta tafik jem lagi, tengok je ada abang polis smart kat depan tu, sejuk hati hana.hahaha 

Dalam perjalanan ke sekolah (praktikum) dalam pukul 7pagi macam tu. Hana disebelah driver (tak berani bawa kereta lagi). Hana melayan perasaan dengan mendengar lagu. Tiba-tiba ada motor lalu di sebelah, hana pun secara automatik tertengok la penunggang motor tersebut. Owh, polis rupanya. Tak tersangka polis tersebut terpandang hana juga. Luruh jantung, hati, dibuatnya..hahaha. Dalam hati, Kalau abang polis nie jaga jalan raya time macam nie, boleh buat perempuan yang mengantuk terjaga terus.. Start daripada tu, Hana tertunggu-tunggu  abang polis tu kat jalan raya.hehe

Hana nak bagi sikit info berkaitan 5 lelaki beruniform pilihan perempuan menurut akhbar tu ye

POLIS 
Polis dianggap berani. Kehebatan mereka menangkap jenayah menyebabkan ramai perempuan mengidam bertemu dengan polis kacak
- Polis kalau pakai uniform automatik nampak kacak. Kalau tak pakai uniform nampak biasa ja kan kan

JURUTERBANG

Sifat peribadi yang pantas dalam bertindak dan berfikir. Kehebatan lelaki mengemudi kapal terbang menjadi kegilaan perempuan
- Nampak smart bila pakai uniform. Memang perfek di mata hana. walaupun pada hakikatnya tak tahu pun penampilan juruterbang tu macam mana. Tak pernah tengok depan-depan.hehe

DOKTOR
Melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perhubungan. Bijak dan memiliki keupayaan yang tinggi
- Walaupun doktor nampak hebat daripada polis. Tapi polis tetap kacak di mata hana.hehe. Ops.. ada apa-apa ke

ANGGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT

Kegagahan dan keberanian. Sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kebahagian dalam perhubungan
- Wah.. romantiknya.Erk, polis tetap di hati ye : )

TENTERA LAUT 

Mampu bertanggungjawab dalam perhubungan. Berpakaian putih dan melakukan gerak kerja perlahan tetapi pantas
- Tentera laut pun kacak jugak kan..

Hana bagi pandangan dari segi penampilan je.hehe Sesetengah perempuan akan tengok lelaki dari segi penampilan dulu baru diselidik dari segi dalaman.hehe Ka hana sorang ja macam tu? hana memang pelik-pelik sikit. Pandang rupa dulu. Rupa dan penampilan akan mencerminkan sikap seseorang. Ok la pandang rupa dulu daripada pandang $$$. Betul tak?Alaa setakat $$$ apa la sangat. Hana pun boleh cari sendiri. Bukannya sombong tapi hana pun nak merasa $$$ sendiri.

So macam mana, smart ke tak lelaki beruniform? ada pengalaman yang nak di kongsi? silakan..



Sampai juga di Cameron Highland


Macam tak percaya hana dah sampai Cameron Highland. Selama nie hanya dengar bualan kawan-kawan je, kekadang hana jelous.huhu nak jugak ke Cameron. Dan sekarang tengok la gambar-gambar hana nie. Memang jelas terpancar keriangan kanak-kanak rebena sorang nie.

Pejalanan hana di temani dengan Lesen P dan monyet.. Yeke??




 TEMPAT PERTAMA yang hana singgah

Hentian apa tah nama nie...
Singgah pi toilet je sebenarnya. Sambil rehat-rehat boleh minum teh strawberry

 



Pemandagan dari anjung hentian

Ok tak gambar? Malas nak edit-edit. maklumlah banyak sangat.heha

DESTINASI KE 2 adalah 

Anjung OMBAK RINDU.

Sebelum ke Anjung Ombak Rindu. sempat hana singgah kat sini

 


Posing maut tak ingat dunia. hahaha biasalah tu... first time ke Cameron

Haa nie la tempat yang dituju...


Agak jauh nak naik ke atas.
Demi Ombak Rindu Hana sanggup berjalan kaki naik ke atas


Akhirnya sampai juga ke atas

 


Hana panggil tempat ni Anjung Ombak Rindu.Tempat nie tempat pengambaran Ombak Rindu.Teruja hana masa nie dapat tengok tempat pengambaran Ombak Rindu. Korang pernah sampai sini? Menurut orang kat situ. Tempat nie susah orang nak pi sebab kawasannya dalam dan berliku-liku kehidupan. nak selisih dengan kerata pun payah. Nasib baik kereta hana kecik je.. 

 
 
  
 

Huh, banyaknya gambar hana letak. berat tak gambar nak loading. Sorry ye..

Lepas bergambar kita minum dulu


 Bersambung.....


' First Giveaway by Budax Pemalu'


Nak join klik banner ye

Sebelum join korang kena 

klik sini untuk tengok syarat-syarat
 mintak maaf tuan empunya Giveaway, hana takda twitter untuk follow salah seorang yang diminta oleh tuan empunya Giveaway

tag


Haa lagu ni la..

Suatu hari. sedang hana men'drive' kereta. Waaah jangan terkejut, hana dah sekarang dah cekap bawa kereta walaupun agak gila-gila sikit. cuba bayangkan bulan 12 tahun lepas duk takut-takut bawa kereta. dan sekarang bulan 5 dah berani bawa. Nak keluar dekat-dekat pun nak naik kereta. Yelaa nak mencekapkan lagi kemahiran hana membawa kereta. hahaha

Sampai la hana dah cekap. Rasa malas pulak nak naik moto asyik bawa kereta ja.. Kesian motor hana. Dah 4 tahun berkhidmat akhirnya di lupakan macam tu ja. Yang penting hana tak kan lupakan jasa baik motor hana tu. Sayang motor sangat-sangat.

Ok kita fokus dekat apa yang hana nak ceritakan nie k.

Sedang hana drive kereta. Macam biasa suria fm menemani hana sepanjang hana drive. Tiba-tiba suria memainkan lagu nie.. Lagu English. Walaupun first time hana dengar tapi memang best la. Biar la hana tak faham pun.hehehe. Lagu nie memang unik sebab hana dengar hanya gitar dan suara ja yang di mainkan, Hana agak mungkin lagu lama kot. 

Selepas daripada peristiwa tu. Aiseh.. hana pun siang dan malam asyik dengar radio je.. Nak dengar lagu tu punya pasal dan pada masa yang sama hana nak dengar tajuk lagu tu, nanti senang hana nak cari kat youtube.. Hana nak taip perkataan english tu pun hana tak tau nak tulis pa. Maklumlah English kan. Hana tak dapat tangkap lirik English tu. Pasrah jelah

Sampai lah satu masa ni Mr Ehem Ehem menge'post' lagu tu kat wall Fb hana..  Suprise giler ahh..Erm.. suprise ke macam tu? hehe Agak panjang jugak la tajuk lagu tu. Patut hana tak dapat cari.hahaha alasan betul.

Memang betul jangkaan hana. Hanya gitar ja alat muzik dia.. Jom sama-sama kita dengar lagu nie

Now you're just somebody that I used to know


Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
I told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness

Like resignation to the end
Always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off

Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over

But had me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

But you didn't have to cut me off

Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Somebody

I used to know
Now you're just somebody that I used to know
Somebody
I used to know
Now you're just somebody that I used to know
I used to know
That I used to know
I used to know
Somebody
 

Selamat tinggal Semester 7, Selamat datang semester 8

Waaah dah berhabuk rupanya blog nie.. rasanya dah 2 minggu tak update. Lepas nie hari-hari Hana update. Maklumlah cuti sem kan.. 3 minggu pulak tu. Korang ada?? hikhikhik Sebenarnya banyak perkara hana nak berkongsi dengan korang semua. Tengah atoq (atur) mana satu nak di update dahulu. 

Opss lupa pulak... lagi 3 minggu selepas masuk belajar balik bermulalah hana sebagai pelajar atau guru pelatih semester 8 iaitu semester akhir di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Fuh panjangnya ayat hana.. Semester 8 lah yang paling hana risau.Sebabnya kena buat kajian tindakan dan pembentangan hasil kajian tersebut.Bukan risau tak bagus ke apa tapi risau time pegang mikofon. Hana tak boleh pegang-pegang mikrofon nanti asyik nak cakap je.hahaha Hana gugup sikit kalau pegang mikrofon. Suara hana kalau tak pakai mikrofon boleh dengar 1 dewan tau. Jangan main-main. Kiranya kalau hana pegang mikrofon nanti orang tutup teliga pulak, kuat sangat etek.. Yang paling hana tak suka time pembentangan tu nanti adalah... sesi soal jawap. Kang dia tanya macam-macam tak masuk dek akal guana nak jawap. 

Tak sabar rasanya nak habiskan pengajian. Hana kira-kira dalam 4bulan lebih je lagi nak tamatkan pengajian. Erk.. Kat mana la hana di postingkan? Kedah? Penang? Pelis? Kelantan kali..hehe Hana tak kisah kat mana pun. Janji ada kerja dan kerja tersebut adalah guru. 

Ada akak senior nie daang melawat kami satu rumah sewa. Dia belanja makan. Maklumlah dapat gaji 3 bulan. Banyak jugak tu.. Sembang punya sembang dia kata

'memang sibuk sangat-sangat kalau dah jadi cikgu ni. Tak da masa nak relax2 macam korang'

'erk.. yeke' 

'kena pulak jadi cikgu kelas, ngajar tahun 1 2 3. Lagi lah susah' 

'Mencabar' 

'budak-budak macam tu lah' 

'Cuti-cuti ni pun ada kerja pula, kursus sana sini.. Lagi-lagi cikgu baru memang kena pi sana sini' 

Haaa... orang ingat kerja cikg senang ke? pi sekolah pukul 7pagi balik pukul 1petang. mudah? tengok mudah kan. Tah-tah petang tu ada kokurikulum pulak..Cuti-cuti pun ada kursus. Kalau ada jawatan macam guru kelas, setiausaha sekolah lagi banyak kerja. 

Tiba-tiba risau pula nak keja nanti.hehe 

p/s : Kenapa churp-churp hana tak berfungsi? sebab lama tak update ka? 


Exam datang lagi

 

Rasanya susah sikit nak update blog. Tapi still boleh blogwalking untuk rehatkan diri.hehe 

Sebenarnya da 2 paper je. 2 paper je ???

15 Mei 2012
2.30 petang 
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak 

24 Mei 2012
8.30 pagi
Kajian Tindakan 1

Cam senang je kan.. Dah la 2 paper je..Masa yang diperuntukan untuk satu paper ialah 2 jam 30 minit.yaka? tak ingat dah.hehe. Memang la 2 paper tapi nak study tu kena ada mood juga. Mood dah ada tapi tapi banyak pula dugaan yang datang 

Ada 3 movie yang beum tengok
Novel 'CONTENGAN JALANAN' by Hallovate belum habis baca

Tinggal 4 hari ja lagi nak exam. Start membaca pun belum lagi. Yang bestnya exam kali nie. Jarak antara 1 paper dengan satu paper adalah seminggu. 

 


'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah


Giveaway yang menarik. Syarat-syarat GA boleh klik banner di atas yee

Erm.. macam mana nak mulakan ek..

Tadika Bunga Raya - 1 tahun
ABIM -1 tahun
Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir - 6 tahun
Sekolah menengah Kebangsaan Sungai Pasir - 3 tahun
Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai - 2 tahun
Institut Pendidikan guru Kampus Kota Bharu - 5 tahun 6 bulan

jumlah : 18 tahun 6 bulan

18 TAHUN 6 BULAN

Satu jangka masa yang panjang untuk Hana sampai ke tahap sekarang iaitu bakal Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Insyaallah

Hana nak ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang tak pernah jemu mengajar hana. Guru kesayangan? semua guru hana sayang. Hana berharap suatu hari nanti Hana akan menjadi guru yang penyayang, tabah dan bersabar apabila mengajar kelak. Segala ilmu yang di beri akan hana curahkan kepada anak didik hana nanti. 

Selain daripada keluarga, guru lah orang ke dua yang akan mendengar segala rintihan dan keluhan hana. Terima kasih cikgu kerana mempunyai masa dan memberi peluang untuk hana meluahkan perasaan kat cikgu

Sayang Cikgu

Tiba-tiba teringat lagu.
 


Lagu nie dapat menunjukkan bahawa 
KITA AKAN TERKENANGKAN GURU WALAUPUN KITA DAH BESAR
GURU SUMBER INSPIRASI
GURU MENJADI ROLE MODEL KEPADA ANAK BANGSA

Ada lagi nak tambah??

Sekian sahaja luahan hati hana kepada guru-guru di luar sana


Majlis Persaraan Pensyarah, Puan Nik Noriah


Khamis. 3hb Mei 2012 bertempat di Dewan Bakti IPG Kampus Kota Bharu telah di adakan Majlis Persaraan Pensyarah Jabatan Pendidikan Khas iaitu Puan Nik Noriah..Skema la pulak ayat nie. Biasa-biasa sudah.. Majlis nie majlis yang ringkas tapi alhamdulillah berjalan dengan teratur skali.

Hana and de geng di tugaskan sebagai AJK Persegaran. Segar selalu. Siap ada uniform lagi.haha posing sikit.. 

Cute tak? haha

 
 Gambar di atas di edit oleh Nabila a.k.a Omey. Omey dalam gambar berdua tu..

 
Nama pun AJK Persegaran. wajib bancuh air. yang paling best Hana lah tukang merasa.haha

Makanan telah pun dihidangkan oleh AJK Makanan

 Hidangan untuk VIP

Hidangan untuk pelajar. Senang kan makan dalam polistrin. Nak bawa balik or makan sini? hehe

Majlis di mulakan dengan ucapan pensyarah yang dirai
 
 Pas habis ucapan..

Makan beradab.huhu macam pengantin pula

 Dari kiri : Puan Nik Noriah (pensyarah yang dirai), Tn Hj Hashim (Pengarah), Encik Azhari (Ketua Jabatan Pendidikan Khas)
 
Barisan sebalah kiri adalah barisan pensyarah dan sebelah kanan adalah barisan ketua kelas.

Dah selesai semua..
Bateri kamera pun habis tepat pada waktunya

P/s : Tak sabar nak update entry pasal Cameron Highland.hehe
 

Akhirnya dapat juga..

Bye bye blog..


Strawberry sedang menunggu Hana


Segmen : Miss Z Cari Blogger


kena tag oleh peewiteacher

Memang dah lama tak join segmen. Tengah ada masa lapang nie boleh la join. Memang bagus segmen nie sebab boleh blogwalking dengan blogger-blogger yang tinggalkan link kat segmen nie :)

tag
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...