Selepas berumur 20 tahun (sekarang 24 tahun), ini kali pertama Hana pergi pasar malam (kecuali pasar malam di waktu petang). Hana paling tak suka pergi pasal malam sebab ramai orang, berhimpit, asap di awang-awangan lepas tu mulalah Hana rimas dan berjalan dengan cepat.
Nak dijadikan cerita, tengah Hana berjalan cepat macam The Flash (berjalan ke berlari)
Hana sempat tangkap bunyi tikus. Tak kisah la bunyi tikus tu untuk sesiapa pun. janji Hana tak suka.
Nak dijadikan cerita, tengah Hana berjalan cepat macam The Flash (berjalan ke berlari)

Hana sempat tangkap bunyi tikus. Tak kisah la bunyi tikus tu untuk sesiapa pun. janji Hana tak suka.
Hana dengan slambernya terus menuju ke arah sekumpulan pemuda tersebut, lalu menumbuk mereka tanpa belas kasihan. Kemudian mencapai getah dan mengikat mulut mereka. Puas hati Hana. Tapi semua perkara tersebut berada di fikiran Hana. Hana hanya mampu bersabar dan terus bersabar.
Fahamkan bunyi tikus tu bunyi apa? Bunyi tikus tu bunyi sekumpulan tikus pemuda melepak yang memuncungkan mulut kemudian menghasilkan bunyi ala-ala tikus apabila ternampak gadis yang lalu lalang. 3 4 tahun juga Hana tak dengar bunyi tikus ni. Ingat ka zaman purba Hana sekolah menengah ja ada bunyi-bunyi tikus rupa-rupanya zaman moden Ipad, DSLR pun wujud lagi bunyi tikus.
Akhir kata, sama-samalah kita menghapuskan bunyi-bunyi tikus yang berada kawasan sekitar anda. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.