INTERNSHIP - SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT SEKOLAH 2012


Program ke2 yang telah dilaksanakan ialah Sukaneka Pendidikan Khas iaitu ia dilaksanakan bersama-sama dengan Program Senamrobik 1 Malaysia

Ni merupakan latihan sukaneka.Kalau tak buat latihan memang agak keserabutan nanti. Nak suruh berbaris pun susah. Lepas ja sukaneka terus suara hana jadi macam Ella Si Ratu Rock.

Lepas 2 minggu iaitu sebanyak 3 kali latihan tiba lah acara sukaneka yang sebenar

Sempat je kalau bergambar dulu.
Wajah-wajah ceria anak didik ambo.

Cikgu-cikgu hensem turut mambantu hana dan rakan-rakan dalam mengawal peserta.hehe

 
Susah oo nak kawal kanak-kanak rebena yang aktif ni.

Acara pertama ialah leret bola menggunakan kayu hoki. mula dengan larian zig-zag dan patah balik dengan larian lurus

Senang ja kan. Tapi bagi budak-budak Pendidikan Khas ni, susah sikit nak buat aktiviti ni sebab aktiviti ni memerlukan kecekapan dalam mengawal bola dan kordinasi mata dan tangan. Alhamdulillah dengan latihan yang cukup, diorang dapat melaksanakan aktiviti ini dengan baik

Aktiviti ke 2 ni untuk murid-murid yang lemah dari segi fizikal. Hana selaku Pengerusi untuk Sukaneka nie dah berhempas pulas memikirkan aktiviti yang sesuai untuk murid tahap rendah ni. Mula-mula hana dah latih budak ni untuk aktiviti yang simple macam susun blok dan masukkan tali ke dalam butang. Tapi diorang memang tak mampu nak buat aktiviti tu.

Betapa pasrahnya hana masa tu.. Tapi atas bantuan cikgu-cikgu, akhirnya aktiviti Aiskrem Kon yang paling sesuai untuk diorang ni. Macam best je bunyi aktiviti ni kan 'Aiskrem Kon'

Macam biasa diorang ni, kalau hana menjerit diorang buat don't no je..Sebagai cikgu, Hana kena sabar je lah. Sesungguhnya hana seorang yang penyabar :) 

Nak suruh diorang berbaris, kena mengunakan suara+bahasa isyarat. Macam gambar di atas. Kalau tak jadi jugak,kena buat cara manual. Genggam tangan diorang, bawa diorang beratur di belakang kawan.Pastu bagi amaran

Kalau marah ' Hye!+ cekak pinggang/tunjuk tanda amaran+besarkan mata'.
Suruh diam ' DIAM!+tangan kat mulut'

Bagi yang degil, aktif, berlari terpaksa menggunakan ketegasan, kemanjaan, kasih sayang dan segala-galanya untuk memujuk diorang.

Hana fikir satu ja 
Hana mendidik anak-anak istimewa yang kelak akan masuk syurga
Haa... ni la aktiviti 'Aiskrem Kon'.
 Lepas habis aktiviti nie.. murid Pendidikan Khas diminta berehat sementara tunggu majlis penyampian hadiah Alang-alang berehat. boleh ambil gambar candid

Baju sukan Program Pendidikan Khas Integrasi 

Anak murid ambo nie..macam-macam kerenah

 

Pantang hana bawa keluar handset

"Cikgu, nak main game"
"Main molek deh, Tokse gocoh-gocoh deh''

Fuh, pandai hana kecek Kelate. Dengan budak-budak boleh la..
Secara jujurnya dah 5 tahun hana duduk di Kelantan, hana lemah dan tak faham sangat bahasa Kelantan.

Selebriti tuu..
PA System yang memang Da'Boom. Memang best lah. Siap ada karaoke.

Di bawah ni acara sukeneka untuk Murid Prasekolah

Makan cupcake kot. Tak boleh jadi ni

Minum air kotak plak tu

 
Ni pulak acara untuk murid aliran perdana

Harus ada acara kutip gula-gula

Ingat acara guru, Bersemangat hana buat renggangan badan tadi.haha

Sekali acara murid daa

 

 

Acara penyampaian hadiah

Rumah Kuning JUARA


8 orang dah komen :

CaDLyNN said...

comey sgt cikgunye.. :p

Oshin said...

besar pahala mengajar anak-anak istimewa ni...semoga Allah berikan kesabaran yang tinggi buat Hana :)

♥ sitifarhana ♥ said...

wahh..cikgu ke...hehe

mengajar anak2 istimwa mst perlukn kesabaran yg tgi kan? smga suatu hari nti awak jdi guru yg terbaik...selamat berpraktikum :)

akubiomed said...

Macam-macam acara sukan yang disertai. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Syabas.

Aishah Jahirah said...

kesabaran yg tinggi perlu ada utk tangani mereka yg istimewa ni..semoga tugas hana dipermudahkanNya.betul tu apa hana tulis,anak2 yg bakal masuk syurga...

Meow Aizawa said...

cabaran kan mendidik anak2 pendidikan khas ni..

ape2 pon tahniah sebab sabar dan komited dgn tugas..
meow nak jadi cikgu..tgk la rezeki dapat ke tak nti.. hehe

Boni Kacak said...

wah.. 5 tahun awak duduk kat kelantan? lamanya??? agaknya bila pulak nak duduk kat selangor ye?

Onitsuka_hana said...

@CaDLyNN:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...