INTERNSHIP-PROGRAM JATI DIRI DAN HIDROTERAPI@BUKIT KLUANG, BESUT TERENGGANU
Program terakhir iaitu
PROGRAM JATI DIRI DAN HIDROTERAPI
yang dipengerusikan oleh Fifah.
Setiap guru diberi tugas untuk menjaga dan membimbing seorang atau dua orang murid. Hana kena jaga seorang murid ja. Seorang murid tu pun penat jugak nak mengawalnya. Kalau dia nak pi mana-mana kena ikut ja.. Risau kan nak biarkan murid kat kawasan luas ni. Kalau sesat tak pasal-pasal cikgu yang kena jawap. Tapi kalau cikgu sesat macam mana plak yee :P
Pemandangan tempat aktiviti
Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Murid yang hana jaga tu berada di dalam kumpulan B. Kumpulan B masa tu diminta melakukan aktiviti Flying Fox
Gambar di bawah ni adalah Kumpulan A
Mereka melakukan aktiviti 'Pecah Bekuan' lebih kurang macam Water Confident.
Murid pakai life jacket. Yang berbaju hijau tu, pakar terapi . Yang berbaju merah besar-besar sikit tu cikgu sekolah hana
Aktiviti apungan
Kalau murid yang berani, ok je
Ada seorang murid ni, takut nak masuk dalam air. 2 3 orang guru angkat murid tu dan bawa masuk dalam air. Menagis dia.Hehehe Kalau murid yang kecik tu tak kisah la nak menangis tapi ni murid dah besar panjang takut nak masuk dalam air. Sampai sudah dia tak buat aktiviti air :)
Terapi pasir
Cuba teka, untuk apa terapi pasir ni??
Terapi pasir ni untuk menguatkan otot-otot badan. Kalau murid yang mengalami celebral palsi memang di galakkan untuk buat terapi pasir dan hidroterapi
Kita beralih kamera ke kumpulan B pula
Aktiviti Kumpulan A dan Kumpulan B berjalan serentak. Hana di dalam kumpulan B jadi tak dapat libatkan diri dalam aktiviti pasir dan hidroterapi
Kumpulan B melaksanakan aktiviti Flying Fox
Ni la anak murid yang hana kena jaga :) Dia ok cuma manja-manja sikit. Biasalah tu.
Lepas ja habis murid buat aktiviti Flying Fox ni, Giliran cikgu pulak nak terbang. Lama kot tak terbang dengan benda alah ni kira-kira 3 tahun lepas. Pantang ada peluang macam ni hana mesti nak cuba
Sepatunya gambar murid hana letak kat sini tapi tak boleh sebab apa ek.. Jadi hana gantikan dengan gambar hana.haha. Untunglaa
Tepat pukul 1, kami semua rehat dan makan-makan. Hana confirm tak makan. Tak boleh nak makan kalau penat.
Tepat pukul 2.30 kami berjalan ke Bukit Kluang. Kat bukit tu ada gua. Pernah tak hana masuk gua.. Er... macam tak pernah ja.
Sebelum berjalan tu dah bagitau berjalan mengikut barisan. Tak sampai 5 minit berjalan dah tak da barisan..
Murid istimewa ni peramah dan penyayang orangnya. Setiap kali selisih dengan orang mesti salam.Terharu Hana masa ni. cuba tengok murid-murid biasa ada tak yang buat macam tu.Ada tapi tak banyak kan.
Setelah melalui jambatan yang patah ombak mengganas akhirnya sampai juga ke gua Bukit Kluang
Yang di atas ni gua yang pertama. Kalau redah ombak dan batu-batu pantai kat depan tu sampai pulak ke gua yang kedua. Banyak pulak gua kat sini.
Nak ke gua seterusnya kena lalu laluan yang sangat sempit.
Kalau badan kecik macam hana ni boleh la jalan mengiring. Kalau yang bersi sikit kena merangkak.
Menarik betul
Sampai sudah gua ke dua..Agak-agak kalau jalan ke depan lagi ada tak gua.huhu
Masa ta mengizinkan untuk teruskan perjalanan
Peace...
Murid-murid ni tak kenal penat diorang suka teroka. Diorang beria-ia nak teruskan perjalanan tapi masa tak megizinkan.
Bye bye Bukit Kluang
4 orang dah komen :
hana berani yer buat flying fox , klau keyrah pernah buat sekali lepas tue dah xnak, sbb fobia tempat2 tinngi nie hee
Salam~ Hana ni cikgu rupanya.. :))
Main flying fox masa pengakap dulu!!
menarik.hehe