Tempat-Tempat Menarik di Kedah


Tempat-Tempat Menarik di Kedah? Haruslah tahu sebab Hana di lahirkan di Langkawi dan di besarkan di Sungai Petani Kedah

LANGKAWI


Kawasan bebas cukai. Patut beli coklat banyak-banyak especially coklat Daim  :). Di Langkawi terdapat beberapa tempat menarik seperti Dataran Helang, Pulau Dayang Bunting, Under Water World, Kampung Kristal dan banyak lagi. Tempat terbaik patut korang pergi adalah Gunung Mat Chinchang. Kemudahan kereta kabel untuk naik ke puncak gunung. Di puncak gunung, korang dapat lihat pemandangan dan pulau-pulau kecik di sekitar Langkawi. Tidak lupa juga korang dapat melihat negara Thailand dan Indonesia. Di puncak Gunung Mat Chincang terdapat jambatan gantung dari gunung ke gunung.

THE CARNIVAL, SUNGAI PETANI


The Carnival lebih kurang macam Bukit Merah Lake Town Resort cuma agak kecik sikit. Korang akan mengambil masa 15 minit untuk berjalan dan pusing di sekitar The Carnival. Pihak The Carnival akan bagi free makanan dan minuman. Kalau orang jauh datang ke sini bolehlah bermalam di Cinta Sayang Resort bersebelahan dengan The Carnival. Harga masuk sini sangat murah sesuai la dengan keluasan tempat ni. Kalau bernasib baik, korang boleh dapat harga murah.

MUZIUM PADI, ALOR STAR


Mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Perkara yang korang akan terpegun bila berada di sini adalah lukisan yang sangat besar dan seolah-olah 'hidup'. Untuk ke lukisan tersebut, korang perlu naik ke 'Puncak Gunung Keriang'. Tempat kita berdiri semasa melihat lukisan tersebut akan berputar secara perlahan-lahan seperti kita melihat dari atas Puncak Gunung Keriang

PANTAI MERDEKA, KUALA MUDA


Cinta Kita di Pantai Merdeka. Pantai merdeka bukan hanya boleh mandi-manda dan berkelah malah boleh dijadikan tempat perkhemahan dan bersukan kerana terdapat tempat khas untuk melakukan aktiviti tersebut. Korang boleh menaiki bot seorang RM2/sehala untuk ke Tanjung Dawai. Tanjung Dawai pula merupakan tempat pengumpulan hasil tangkapan nelayan. Korang boleh menikmati makanan laut dan membawa pulang. Ikan masin dan belacan antara yang di cari di Tanjung Dawai

GUNUNG JERAI, GURUN


Van di sediakan untuk korang naik ke puncak Gunung Jerai seorang RM10. Perjalanan ke puncak mengambil masa 20-25 minit. Dalam perjalanan, korang boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun. Jungle trekking juga boleh dilakukan. Salah satu air terjun di sini adalah Air Terjun Puteri Mandi. Korang boleh mandi di sini.  Resort yang paling tinggi di puncak Gunung Jerai adalah Gunung Jerai Resort

LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK


Ladang Anggur Tasik Beris ini diusahakan di atas kawasan seluas 34 ekar. Ia merupakan satu-satunya ladang anggur yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara. Kawasan persekitaran ladang yang cukup cantik dan terletak bersebelahan dengan Tasik Beris. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke kawasan persekitaran ini dan bayaran RM5 seorang hanya yang masuk ke dalam kawasan penanaman anggur.

HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM, KULIM


Aktiviti menarik jika korang datang ke sini adalah aktiviti air, mendaki gunung, merentasi hutan dan menikmati keindahan flora dan fauna. Di sini juga terdapat Tree Top Walk iaitu  titi gantung sepanjang 1.5 km. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak seperti berkayak.

PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LENGGONG, BALING 


Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam dengan kemudahan penginapan yang terbaik. Harga masuk adalah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak.kanak. Terdapat beberapa kolam mengikut tahap kepanasan masing-masing. Korang boleh berenang di kolam atau sekadar merendam kaki. Paling seronok bila berendam pada waktu malam.  Aktiviti lain bila berada di sini adalah meredah hutan dengan melalui denai-denai dan merentas kesejukan jeram air Lata Gading dan Lata Parit.

P/s : Ada lagi tempat-tempat menarik di Kedah. Di atas ni yang pernah Hana pergi.

54 comments:

  1. menarik. boleh lah fyna bercuti2 kat sana ^_^

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum hana, subhanallah. banyak tempat menarik kat Malaysia kan. sheila tak pernah mai kedah lagi. insyallah sheila akan ke sana juga. bilanya, taktau la. heheheeee boleh jumpa hana kt sana nanti. hehehehe :D

    ReplyDelete
  3. waah . banyak rupanya tempat2 menarik kat kedah ni . CekNad pernah pergi langkawi jee . bolehlah promot kat kengkawan kalau nak buat rombongan ke apa kan . huhuu^^

    ReplyDelete
  4. yg paling menarik perhatian, ladang anggur itu.. hehe..

    ReplyDelete
  5. janji makanan kat sana sedap2! ena suka sangat duduk kedah.. pergi kat celah mana pun, makanan sedap2.... heaven je rse!

    ReplyDelete
  6. k.el mgu lepas dah plan nak pi ladang anggur tu..tp hujan lebat..terbantut plan..tgklah mggu ni lau cuaca ok nak pi sn..nak ikut x hehe

    ReplyDelete
  7. bestnyer langkawi... nk pergi tak dpt2.. asyik cancel je bila nk bercuti ke langkawi.. huhu.

    ReplyDelete
  8. memang menarik tempat-tempat ini..

    ReplyDelete
  9. memang menarik tempat-tempat ini..

    ReplyDelete
  10. tak pernah jejak lagi ke langkawi... huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  11. pernah ke kedah masa kakak blaja di kuala nerang :)

    ReplyDelete
  12. langkawi je pernah pergi. itu pun pergi on the spot lepas kawin my friend. merasa jugak la ke langkawi..

    ReplyDelete
  13. penah g langkawi honeymoon hehehe..best2...

    ReplyDelete
  14. anna pernah pergi THE CARNIVAL, SUNGAI PETANI,PANTAI MERDEKA, KUALA MUDA,PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LENGGONG, BALING... langkawi blm lg tp teringin sangat nk g..

    ReplyDelete
  15. hmmm masih banyak yg belum moon terjah di kedah nie....

    ReplyDelete
  16. bangganya jadi org kedah.. hehe.. tapi wpun org kedah, langkawi pun x pnh smpai lagi.. hehe

    ReplyDelete
  17. Untung kita jadi orang Langkawi kan Hana? :P

    ReplyDelete
  18. @ANNA MARIANA
    fuyoo banyak gak tu dah pernah p.. nanti pergi langkawi. mcm2 ada. periuk, beg sumua murah

    ReplyDelete
  19. wuwuwuw..sama kita budak kedah gak hehehe..ain lahir kat pendang ,n besar kat langkawi wewewewew..

    ReplyDelete
  20. kita pun orang langkawi gak .. anak kedah .. jom pkat p langkawi

    ReplyDelete
  21. Salam, wahhh byk juga tmpt2 yg best kt kedah ni ya, ade yg baru tahu lg tu mcm the carnival dan sungai sedih tu, sedih benor rsenye name dia, ade pape sejarah ke cmne dia leh dpt nama tempat cmtu? hehehe

    teringin nak g muzium padi dan tengok lukisan besar gila tu, mesti aku excited nanti! haha

    satu je yg sy pernah pergi, air panas lenggong tu, tp hari tu pergi tiket nk masuk dewasa dah naik Rm 4 lor...maybe sbb weekend kot :( tp xpe, still murah dan berbaloi ! rindu nk g rendam kaki lagi kat sana, best gila! haha

    nice sharing :D

    ReplyDelete
  22. @johny depp
    kalau boleh tiap2 minggu nak p langkawi.

    ReplyDelete
  23. hana sihat?seronoknya kalau dapat bercuti ke tempat2 macam ni...last g langkawi masa sekolah menengah dulu kot...;p

    ReplyDelete
  24. bagus entri nih. aku memang nak pi langkawi nih.

    ReplyDelete
  25. ni klu nak pi sana kena amik 3/4 hari baru la puas hati dpt pi semua tpt ...

    ReplyDelete
  26. 4 tahun kat kedah.. aku tak p jenjalan sangat. Tapi aku dah daki gunung jerai... langkawi... pantai merdeka.. dan so on.. hehehe

    ReplyDelete
  27. byk tempat menarik hana...... cuma langkawi jer yg remy dah sampai......

    ReplyDelete
  28. muzium padi dekat rumah tok ciksu.. hihi

    saya anak kedah peace ;)

    jom order coklat macam ni, nak :)

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/06/blog-post.html

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum.

    Hana, hutan lipur sg sedim, terbaikkk! hehehe, best pergi sana, kalau ad pluang, mmg nak pergi lgi ^_^

    ReplyDelete
  30. @lynndamya
    Eh. typing error la.. sg sedim.. aduh cmna bleh x perasan tersalah taip. sorry sorry

    ReplyDelete
  31. hi Hana ! kedah memang best ! nak2 lagi langkawi yang hana cakap ! banyak2 beli coklat..azie suka coklat whittakers...beli banyak2....hehehe

    ReplyDelete
  32. @Azie Namico
    whittakers? ish yang mana ni kena google jap. coklat ni ada kat langkawi je kan..

    ReplyDelete
  33. Was... Hrtu duk kedah setaun xpnh tau lk ad d karnival bgai, lawa gk, rugi xround ritu,,huhu...
    Tetiba ase nk pi kedah...

    ReplyDelete
  34. wowww...sgt mnarik :) dah lama sy xblik kg kt kedah..lgkwi pn dh lama xpergi..in.shaa.Allah blik nnti nk terjah la smua tmpat 2 hu3

    ReplyDelete
  35. Impian nak naik Gunung Jerai tu masih tak kesampaian :'(

    ReplyDelete
  36. best nya kalo dpt bercuti ke kedah.. especially langkawi... ermm..best sungguh... langkawi tu jaa x pernah sampai lagi tu...sedih2x..

    ReplyDelete
  37. ada certain tempat yang lyla dah pegi.. tapi teringin sangat nk oegi muzium padi tu.. :') yg tu blom pegi lagi..

    ReplyDelete
  38. ohh..sedim dgn the carnival tak masuk lg..hehe

    ReplyDelete
  39. kena simpan duit banyak2x nie..baru boleh jalan2x..

    ReplyDelete
  40. byk tempat menarik kat sana kan. sis pi langkawi jea. nanti bleh singgah tempat lain lagi kalau ke kedah lagi

    ReplyDelete
  41. dah lama tak pi langkawi, last sekali rasanya time darjah 6. itupun lawatan sekolah.

    ReplyDelete
  42. mas pernah p langkawi je..tuh habiskan masa banyak di hji ismail n idaman suri.hihihi

    ReplyDelete
  43. byk tempat yang belum pergi lg. Tapi Kedah tu dah biasa sgt pergi =) Alor Setar-Kuala Perlis/Kedah-Langkawi. Pi mai pi mai tang tu je hehehe

    ReplyDelete
  44. @MaYa MustWany
    eh2 tempat membeli belah yang sangat popular.. murah kan kan

    ReplyDelete
  45. langkawi antara tempat yang tersenarai dalam whislist aku must go once in a life. tapi masih tak jejak kaki lagi. tarikan utama cabel car. adeh..

    ReplyDelete
  46. mmg cukup2 menariklah !

    ReplyDelete
  47. is suka pegi Ulu legong masa time blajaq dulu, dari SP naik moto je pegi sana, best bertolak malam pukul 8.30 sampai dekat pukul 10 malam, leh mandi2 sampai berasap habis badan2.

    ReplyDelete
  48. wahhh..harus masuk dalam list niesa kedah ni..cantik2 tempatnya!nak pg!!

    ReplyDelete
  49. dh lama x mamam coklat daim..


    the carnival tu dekat sgt dgn umah sy ^^


    lama jgak sy x naik gunung jerai ni, huh...

    ReplyDelete