Cikgu Hana dah kawin
Nampak tak tak tahu nak fikir tajuk yang sesuai untuk entri ni :P
Alhamdullilah...
8 tahun perkenalan sebagai kawan akhirnya kami di satukan pada 5hb Disember 2014. Bagi Hana tak ada apa yang istimewa sepanjang perkenalan kami. Apa yang istimewa ek.. macam relax je. Tapi yang bestnya kalau perkenalan sebagai kawan ni layanan pun slamber badak lah juga kan :P
Selama 8 tahun kami berkawan tak ada pula dia luahkan perasaan ka apa ka.. tiba-tiba ja boleh jadi rapat gelak ketawa wahkahkahkah dengan slambernya.. Sampai lah satu masa ni bulan Januari 2014
"Mak .... suruh bagi tau family Hana bla.. bla.. bla.. nak merisik"
Masa ni memang Hana sengaja melengah-lengahkan masa sebab ingat dia melawak. Hana endah tak endah jelah. Hana pun tak bagitau pun family Hana pasal family dia nak datang tetapkan tarikh bila.. Yang Hana jawab
"yeke" "betol ka ni" "Nantilah" "Nantilah"
Lagipun time tu macam tak bersedia lagi kan. Yelah target Umur 27 tahun tapi sekarang baru 25 tahun. Muda kanak-kanak rebena lg :P Sampailah masuk bulan April barulah Hana bagitau mak pasal ni. Masa tu Hana fikir
"yeke" "betol ka ni" "Nantilah" "Nantilah"
Lagipun time tu macam tak bersedia lagi kan. Yelah target Umur 27 tahun tapi sekarang baru 25 tahun. Muda kanak-kanak rebena lg :P Sampailah masuk bulan April barulah Hana bagitau mak pasal ni. Masa tu Hana fikir
"Apa nak jadi jadilah, bukan bersungguh-sungguh pun"
Mak pun "ok".Ok? Ok terus jawapan mak. Hana bagilah no telefon dia kat mak Hana. Beberapa minggu lepas tu mak cal
"8hb Jun bertunang.. bla.. bla.. bla.. cuti sekolah seminggu"
Macam tak percaya pula Hana nak bertunang. Alahai cepatnya masa berlalu.. Balik rumah, mak a.k.a wedding planner dah buat segala persiapan bertunang. Hana pun ok ja tak da nak komen apa-apa. Hana yakin segala planning yang mak buat itu lah yang terbaik my mom is always right :)
So bertunangan tanpa di rancang oleh Hana. Tunggu entri kawin pula la kan.. Tengah fikir-fikir apa je isi nak buat untuk entri akan datang ni...
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) - Tarian VIP-
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) SK Sampadi di adakan pada 20/11/2014 iaitu dua hari sebelum cuti akhir tahun.Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Bersyukur sangat dapat melibatkan pelajar Pendidikan Khas dalam Majlis APC ni. Tahun-tahun seterusnya di harap dapat kekal macam ni dan tak ada jurang antara pelajar aliran perdana dan aliran khas.
Tugas Hana di bahagian persembahan. Santai-santai ja tugas Hana kali ni :) santai-santai pun bergantung kepada keadaan pelajar gak.
Pada awalnya Hana bercadang nak buat lakonan 'Lagenda Mahsuri' tapi kesuntukan masa. Ada seminggu ja lagi sebelum APC mana sempat nak prepair apa-apa padahal awal-awal lagi Hana dah cari plot cerita ni tapi tu lah nak latih pelajar tu memerlukan masa 2 3 minggu juga kan.
As simpla as I can..persembahan tarian. Hana fikir nak buat tarian dalam teater muzikal time Hana di IPG dulu. Tapi cari video tak jumpa. Kalau nak ajar nanti makan masa pula so cancel untuk teater muzikal. Hana pun minta kat tunang Hana persembahan teater muzikal 'Bad Romance' dia time IPG
Muka zaman kanak-kanak rebena :P
"Aih mana sesuai persembahan tu untuk sekolah"
"A'a kan tak terfikir pula tapi best apa persembahan tu, Macam tak sempat je nak latih ni, ni yang nak letak jawatan AJK persembahan"
"Nanti bagi video ni, suruh ja pelajar tiru. dan tunjuk step sikit-sikit"
"Ada ka? bagi jelah kot-kot Hana berkenan"
"Bukan suruh berkenan ke tak suruh pelajar buat dapat ke tak"
Rupa-rupanya dia pun latih persembahan murid prasekolah untuk APC sekolah dia. Erm... pelajar prasekolah boleh buat tak kan pelajar tahun 1 tak boleh. So latihan hari Isnin hingga hari Rabu dari pukul 9pagi hingga 12tengahari. Target Hana hari pertama bagi diorang tengok video dan ingat step, hari ke dua dan seterusnya
"Pernah sik dengar lagu VIP ni?"
"Sik"
Sudah la. macam mana boleh tak pernah dengar ni. Satu hal pula nak matching muzik dengan pergerakan. Tapi diorang ni senang ingat lagu.cepat je dah boleh hafal. Kira tercapailah target Hana tu.
Raptai persembahan
Posing dulu sementara menunggu pentas siap :)
Cute je.. dah boleh buat cover album. Tahun depan ambik diorang lagilah untuk persembahan :)
Meh layan video persembahan diorang ni
Thank videographer :)
Meh layan video persembahan diorang ni
Thank videographer :)
Begitu cepat masa berlalu
Begitu cepat masa berlalu, sudah masuk hari Rabu namun banyak lagi urusan kerja yang belum selesai.
File DSKP Tahun 5
Kad Prestasi Murid
Bank soalan
Peruntukan
Memandang ke langit seperti hujan tidak hujan, melihat keadaan sekeliling suasana yang sibuk seakan-akan hilang dari pandangan seperti memahami situasi semasa. Seperti biasa, rutin harian dilaksanakan mengikut hari-hari sebelumya, Cuma kali ni terasa begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar langit menjadi gelap menandakan malam bakal menjelma.
Rutin harian masih sama keesokan harinya, sehingga suatu masa segala-galanya akan berubah. Perubahan yang berlaku secara tidak sedar yang harus dilalui dengan tenang dengan harapan tiada apa-apa yang berlaku.
Offline untuk seketika waktu..membayangkan diri menghabiskan sisa-sisa waktu. Adakah dia seperti aku?
Sukan Tahunan dan Hari Keluarga PIBG
Sukan Tahunan dan Hari Keluarga PIBG SK Sampadi 2014. Sudah seminggu berlalu, barulah nak update pasal sukan tahunan. Semakin dekat nak hujung tahun makin sibuk pula kan. huhu. Pada awalnya nak cerita dari A hingga Z pasal Sukan Tahunan dan Hari Keluarga 2014 ni, sekarang bila dah seminggu berlalu, ingat tak ingat sudah pasal Hari Sukan. Sekarang ni Hana tengah tumpu program Hari Anugerah Cemerlang pula. Back to the topic.....
Sukan Tahunan dan Hari Keluarga PIBG 2014 dijalankan 2 hari 1 malam sama seperti tahun lepas. Hari pertama saringan. Malam ada live band dan pertandingan karaoke. Keesokan harinya perasmian sukan dan Sukaneka PIBG sampai lah petang. Penat tak terhingga T_T
Jom Hana perkenalkan 4 rumah sukan yang terlibat untuk sukan 2014 ni. Standart warna rumah sukan Biru, Merah, Hijau dan Kuning kan.. Paling banyak pun 5 rumah sukan warna ungu. Tapi jarang lah warna ungu
Kalau di sekolah Hana lain tau...
Pink dan Biru
Pink sangat menonjol di situ. dari jauh dah nampak. Tahun lepas warna Hijau entah kenapa tahun ni tukar warna Pink :). Biru Superhero rumah Hana ni. Masih setia pada warna Biru
Oren dan Ungu
Oren dan Ungu masih sama macm tahun lepas
Frozen gitu
Gambar ni lah satu-satunya yang ada Hana itu pun bahagian muka ja T_T. Tak puas hati punya pasal. besar gedabak Hana letak gambar ni dalam entri ni siap love bagai.hehehe Tahun ni memang tak inteframe sangat la Hana kan. ke'buzy'an. huhu
Tahun lepas sempat juga singgah gerai jualan. Tahun ni apa pun tak sempat
Perasmian Hari sukan
Nampak tak sempat je Hana ambik gambar ni :) Hana jadi jurukira untuk pertandingan karaoke. Tersengguk-sengguk Hana time ni. mengantuk kot dah pukul 10lebih..
Pasar ria jualan hasil hutan :)
Menarik sebenar jualan ni. macam-macam ada. Hana je tak ada masa ni..
Gambar-gambar dalam entri ni pun dari group wassup ja kecuali gambar pertandingan karaoke tu :)
Majlis Khatam Al-Quran kali ke-14 SK Sampadi
Majlis Khatam Al-Quran kali ke-14 SK Sampadi. Sudah menjadi amalan atau tradisi di SK Sampadi untuk melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran setiap tahun sama seperti Majlis Ramah Tamah Aidilfitri.
Tugas Hana di sebalik tadbir iaitu sebagai AJK Sijil/Cenderahati dan Makanan/Minuman. Makanan. Minuman Hana tak ambil port sangat. Sebab ramai ibu bapa yang tolong masak rendang, pulut, telur rebus dan buat bunga telur. Lagipun Hana tak ada kepakaran dalam bidang masak-masak dan bunga telur ni :P So Hana lebih tertumpu kepada sijil dan cenderahati yang memerlukan Hana mengadap laptop dan printer. Last-last minit ada penambahan sijil T_T. Nampak tak kepentingan Hana di situ :P
Persiapan pentas dan cenderahati
Masa ni juga ada gotong-royong di padang untuk sukan sekolah minggu depan
Tema tahun ni warna biru turquois, tahun lepas warna hijau.Eh hijau ka purple ek..lupa la pula
Baget nak buat entry ala-ala skema tapi tu lah Hana tak pandai nak men'skema'kan entry.
P/s : Ter'update' juga blog Hana :)
Bila kita kalut perkara ini akan berlaku.......
Nak hampir hujung tahun ni banyak pula program sekolah. Kalau dah banyak program ni seharusnya kita mengalami sedikit kesibukan melampaui batasan. Kalau boleh semua kerja nak di satlekan dalam satu masa. Ok itu Hana.. Tapi kalau dah banyak kerja, tak tau nak buat mana satu. semua bermain dalam otak je..
Bila kalut-kalut tu mula lah jadi macam ni
1. Nak panggil kawan kita panggil dengan nama "Minah" or "Mamat" je
"Apa nama dia.."
"Minah minah meh sini jap"
Yang "Minah" tu tahu pula "Minah" tu di tuju kat dia
2. Gabungan nama kawan-kawan.
"Nasyidah nasyidah tolong ni jap" gabungan nama Nafisah dan Mursyidah.
Ok ni terjadi kat sekolah Hana baru-baru ni. Hahaha lawak pula bila teringat balik
2. Tersalah taip maklumat Ini perkara fames pernah berlaku. Sambil taip sambil bercakap dengan kawan kita. Apa yang kita cakap tu kita tertaip
"Kedai tu rasanya tak da cikgu" sebenarnya yang nak di taip "kedai tu rasanya tak da jual 2up"
Nampak sangat tengah sembang pasal cikgu-cikgu. hehe
3. Perkara kita nak buat tiba-tiba boleh terlupa
"Eh kenapa aku masuk bilik ni"
Keluar dari bilik menuju ke meja
"Eh aku nak ambik buku kat bilik tadi" sambil garu kepala
Apa yang penting time kalut-kalut ni jangan ada yang buat kita sakit hati + geram. Kalau tak dapat kawal. Memang segala benda yang di pegang semua nak hempap. Buku, laptop, pintu apa lagi yang selalu jadi mangsa keadaan. Erk, ejaan hempap macam tu ka... macam pelik pula Hana rasa. hehe
Hempap tu sebahagian ja yang selebihnya apa lagi terus T_T.
So Jangan biarkan hidup anda T_T. Jom layan video ni. Ceria je kan... :)
Cip cip cip piyo cip cip cip piyo cip cip cip piyo...:)
Mural pokok anggur suku kata
Mural pokok anggur suku kata. Dalam entri lepas Hana ada post mengenai MURAL POKOK 3D. Dalam entri ni pula Hana nak ceritakan mengenai salah silah mural pokok anggur pula :P
Pokok anggur ni tak perlu Hana search. Senang ja. Yang Hana kena search buah anggur.hehe Kenapa buah anggur? sebab Hana nak tahu daun di buah anggur tu bentuknya macam mana. Susah juga daunnya.. so Hana buat daun sesimple yang mungkin yang penting senang warna. Ni lah hasilnya. Kalau nak ikut kan daun pokok anggur yang betul bukan macam ni :P
Mencabar juga nak warna pokok ni sebab banyak melengkung dan banyak bermain dengan warna hijau untuk membezakan batang pokok dengan daun. Kena buat tone warna di situ. hehe Ramai gak pembantu Hana masa ni tapi pembantu pun ikut sedap warna ja. Apa pun terima kasih kerana memudahkan kerja cikgu Hana yang kiut ni. Hana si tukang touchup ni lah duk bebel sorang-sorang :P Bukan bebel kosong je bebel untuk mengajar cara mewarna dengan betul :)
"Pakai lah berus kecik"
"Dah kenapa batang pokok ni kejap besar kejap kecik"
"Warna tak rata ni"
Untuk warnakan buah anggur, Hana terpaksa pospone dulu sebab warna purple takda T_T
Lama juga seminggu tu kan.. Hana pun hias lah dulu pokok anggur ni dengan kad suku kata. Seminggu lepas tu barulah Hana jumpa plaka purple
Yeaaah...... dah siap
Besar gedabak Hana letak gambar. hehe
T_T
Tiba-tiba teringat kisah Tragedi Oktober dalam entri INI. Sudah masuk bulan Oktober kan.. Cepatnya masa berlalu. Esok hari Khamis When Thursday is coming : Why I became silent?T_T.
Sudah bersediakah aku untuk menghadapi hari tersebut?Bagaimana aku nak menghadapi hari tersebut? Mampukah aku. Ok keep silent. I probably offline for that day :(
Monday Blues ~ Cara menghadapi Monday Blues~
Cara menghadapi Monday Blues
Perkara paling berat bagi yang bekerja apabila masuk hari Isnin. Sepatutnya hari Isnin ni kita perlu bersemangat sebagai permulaan minggu. The beginning of new story of a week. Tipu lah Kalau Hana kata Hana tak blues blues segala bagai. Adaa.. but in certain case only :) Erm... asal hari Isnin ja satu per satu kerja muncul. Padahal dah satle sebelum cuti lagi T_T
Ok ni cara Hana untuk menghadapi Monday Blues. Tapi bila buat cara ni dah tak blues dah tau. Silap-silap korang boleh jadi blur :P
Duduk di rumah. Hari Ahad pastikan korang habiskan sisa-sisa cuti korang di rumah.Tapi rutin Hana setiap petang Ahad Hana akan jogging. Takkan korang nak duduk rumah sehari suntuk kan. Mestilah keluar kejap ambil udara segar. Kalau hujan? ZZzzzz....hehehe
Tidur awal. Sebelum tidur buat preparation untuk esok. Kemas meja kerja korang. "Erm.. Baju apa nak pakai esok ek?"
Pemakaian baju yang menyerlah. Maksudnya pakai baju berwarna yang korang rasa korang menyerlah pada hari tersebut. Macam tak sampai je maksud Hana tu kan. hehe Ok pakai lah baju warna merah ke, kuning ke, Oren ke, Biru ke? Nama pun Monday Blues. Opss.. boleh ke macam tu?
Me in blues
Pindah negeri. Kelantan Terengganu dan Kedah waktu kerjanya hari Ahad. Apa kata korang pindah ke negeri tersebut. Kan dah tak ada Monday Blues. Sunday Blues.. Pelik pula bunyinya kan. hehe
Buat-buat lupa hari Isnin. Terlupa kunci jam lah. "Eh eh aku ni dah bekerja ka?" Kalau sampai ke tahap tu baik korang berhenti kerja. hehe
Wwwow... check it out my Nuffnang
Wwwoooow!!! sambil mata berkelip-kelip. Biar betul ni.. Macam tak percaya pula. Esok nak buka check semula.
Haaa memang betul la, siap ada penambahan 2 campaigns lagi
Tak sangka pula, Hana jarang update blog ada gak iklan menempek kat blog Hana. Nie yang semangat nak mengadap blog hari-hari ni. hehe
Thanks Nuffnang
Mural pokok 3D
Mural pokok 3D. Niat dihati memang nak buat mural pokok pun di Kelas Pendidikan Khas SK Sampadi. Niat tersebut di simpan sampai lah satu masa ni....
Search gambar mural pokok.. Akhirnya Hana terjumpa mural pokok yang unik. Ok set Hana nak buat macam ni..
Prasekolah SK Lanhang
Mohon Hana pinjam gambar ni untuk di buat contoh :)
Hana pun memulakan lukisan Hana. Susah juga sebab nak lukis pokok yang besar sampai ke syiling. Lukis satu hal. Nak warnakan lagi.huhu Fikir punya fikir.. tak jadi nak buat sampai ke syiling. Asal ranting pokok dah sentuh syiling pun dah ok :P
Proses mewarna of couse Hana di bantu oleh 2 orang murid Hana. Yang bahagian batang besar tu murid Hana yang warnakan. Bab warnakan ranting dan touchup tu kerja Hana. Selepas siap mewarna baru perasan, bahagian bawah pokok nampak kecil berbanding bahgian atas.. Dah Hana kena adjust bagi besar balik bahagian bawah tu T_T
Hana ambil masa 3 hari untuk siapkan pokok ni. Hari pertama lukis, Hari ke dua warna dan hari ketiga tampal daun
Lepas siap mural pokok ni..
Sesi menampal BBM yang sesuai kat pokok ni. Gambar-gambar haiwan yang Hana buat semasa praktikum di guna pakai. Cuma perkataan mengikut suku kata tu Hana kena buat semula
Dah siap. Untuk memeriahkan lagi pokok ni Hana gantungkan papan hasil kerja murid
Teringin juga nak merimbunkan lagi daun pokok ni tapi tu lah. Kalau di rimbunkan jadi serabut pula
P/s: 3D yang tak tahan tu.heheh