Sekali lagi jari-jemari meneruskan kariernya
"Nak buat RPH (Rancangan Pengajaran Individu) lah"
Button on di tekan, beberapa saat pelbagai icon di skrin muncul.. Jari tangan mula bermain tetikus. Entah mengapa icon google crome ditekan. Automatik muncul blog Hijau Itu Duniaku. Seperti ada satu perasaan yang meminta aku coretkan sesuatu di situ.. Ya memang tidak dapat dinafikankan hati aku meronta-ronta ingin menyampaikan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apa yang 'sesuatu' tersebut.
"Apa yang bermain di fikiranku?"
Aku mula mencari sepotong ayat yang sesuai untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.. Tapi bila jari-jemari ku mula rancak menari di papan kunci. Semakin banyak button 'backspace' yang ditekan.
30 minit masa berlalu, apa yang aku nak sampaikan sebenarnya???
Tertangguh lagi kerja RPH aku T_T
P/s: Mesti ramai di luar sana mengalami situasi macam ni kan
Latihan petanque, futsal, Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Lundu
Latihan petanque, futsal, Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Lundu,. Panjang tajuk entri kali nie :)
Semasa latihan, pemilihan peserta telah dijalankan untuk pertandingan petanque, futsal, olahraga dan balapan Pendidikan Khas Daerah Lundu bersempena dengan Karnival Sukan Pendidikan Khas Negeri Sarawak yang akan dijalankan sepanjang bulan Mac dan April ni.
Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Sarawak
Tarikh ; 23 hingga 26 Mac 2015
Tempat : Stadium Kota Samarahan
Pertandingan Futsal Pendiidkan Khas Negeri Sarawak
Tarikh : 30 hingga 31 Mac 2015
Tempat : Stadium Tertutup Kota Samarahan
Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Negeri Sarawak
Tarikh : 1 hingga 2 April
Tempat : SK Mata Parang Samarahan
Latihan Olahraga dan Balapan
Latihan Petanque
Latihan Futsal
Semoga berjaya anak-anak Special Education Daerah Lundu
Projek diorama lautan
Projek diorama lautan di Kelas PPKI SK Sampadi. Thumbs up to me and also to my students. Sakali sekala speaking London gitu :P
Diorama ni lain sikit sebab Hana tak gunakan kotak sebagai tapak. Tapi Hana gunakan dinding sebagai background dan syiling sebagai tempat untuk gantung segala spesis hidupan laut. Nampak tak inovasi di situ hehe..
Bila di fikir-fikir balik sesuai ke nak buat diorama hidupan laut kat tempat tinggi kenapa tak buat diorama di udara macam segala spesis burung ada, tapi tu lah tak terlintas pula time tu nak buat diorama di udara T_T. Tak apa lah bahan-bahan dah siap kita teruskan jelah.... Nak cari tempat sesuai memang tak ada sudah. huhu
Rumpai laut guna kertas warna lekat pakai double side tape di background kain biru tu. Kain biru tu pula staplekan di syiling. Buat bagi kedut-kedut sikit atas tu apa nama commercial untuk kedut-kedut tu ek...
Hidupan laut perlu warnakan depan belakang dan diliminit ye kawan-kawan :)
Hidupan laut tu pakai tali tangsi untuk gantung. Di hujung tali tangsi ikat dengan lidi. Lepas tu tampal dengan selotape. Lepas salotape tampal pula masking tape atas salotape tu sebabnya tak nak bagi nampak lidi.
Tapak ni complicated sikit kena ukur betul-betul mengikut saiz dinding tu. huhu Tapaknya guna polistrin. Cucuk dengan ranting kayu ala-ala terumbu karang gitu.. letak juga batu-batu kecik. Lekat pakai gam gajah :)
Time ni guru sebagai photographer diambil alih oleh anak murid. Guru pula perlu naik atas meja kerusi. Opsss.....
Pada awalnya nak tampal dengan gam gajah ja tapak kat dnding tu tapi tak dapat lekat. huhu Pakai double tape pun tak boleh T_T takkan tak ada tapak nanti tak cantik.. Last sekali pakai salotape.. Pun boleh :)
Taadaaaaa....
Dah siap..