Selamat Hari Raya Adilfitri



Off seminggu ^_^


Majlis Khatam Al-Quran, Program Motivasi Tahun 6 dan Iftar Jamaie + Tarawikh + Solat Hajat SK Sampadi



Majlis Khatam Al-Quran, Program Motivasi Tahun 6 dan Iftar Jamaie + Tarawikh + Solat Hajat SK Sampadi dalam masa satu hari..

Majlis Khatam Al-Quran SK Sampadi telah diadakan pada 9hb Julai 2015. Pada hari tersebut juga di adakan program motivasi murid tahun 6 dan Iftar Jamaie + tarawikh + solat hajat. Sehari sebelum program semestinya guru-guru membuat persiapan program. Tugas Hana AJK Hadiah. Tak berkesempatan nak urus bahagian hadiah. Cuma dapat interframe pegang dulang hadiah je. Nasib ada kaitan dengan hadiah juga . hehehe



Kalau sebelum ni hanya tahun 6 yang terlibat untuk khatam Al-Quran tapi kalai ni murid tahun 4 dan 5 juga turut serta. Tidak lupa juga kepada seorang murid PPKI yang turut serta dalam khatam Al-Quran ni.

Program motivasi tahun 6 diadakan pada pukul 5 petang. Melibatkan murid dan ibu bapa tahun 6.Sengaja di buat lewat supaya ibu bapa turut terlibat dalam majlis iftar nanti. Time ni Hana di dewan makan. buat persiapan untuk berbuka nanti.


Selepas solat Magrib berjemaah di kantin sekolah, para tetamu bergerak ke dewan makan untuk menjamu selera.


Betul lah tu...^_^



11 mins?

Hujung minggu? apa korang buat...


Adakah korang bawa segala kerja dan buat pada hujung minggu.? Tak lah boring sangat kan kalau hujung minggu ada kerja nak di buat. hehe

Habiskan masa dengan aktiviti yang korang suka tapi bila time hari biasa korang tak dapat lakukan Contohnya tidur 24 jam. Yeehaaa. ngeee


Blogger-blogger di luar sana automatik akan mengadap blog walaupun time tu tak ada idea T_T hari-hari biasa ada je idea mencurah-curah ke ladang gandum tapi tak berkesempatan nak buat entri. ok itu Hana. sangat-sangat tak suka kalau jadi macam ni


Disebakan hari-hari biasa, keadaan rumah di abaikan, boleh juga korang kemas, lap-lap perabut or ubah susun atur perabut ke pun boleh. Erm.. Teringat time Hana cuti sekolah. Bukan hujung minggu kemas rumah. Tapi tiap-tiap pagi pukul 8 kemas rumah, mop lantai, lap perabut, siram pokok bunga sampai dalam pukul 11 pagi camtu. tidur balik second round. hehehe  Eh lari topik pula :)


Hujung minggu, jalan-jalan cari makan, lebih baik masak di rumah, jom masak. Kadang-kadang best je masak. tapi lepas masak macam tak nak makan. untung kalau ada houssemate yang dapat habiskan makanan :) Tapi ada juga Hana dengar, orang yang masak lebih suka tengok orang lain makan masakannya. Dia relax je tak makan. Kenyang ambik bau masakan kali.


Kalau yang tinggal dengan family mesti bestkan. Makan sekali, tengok tv pun sekali. dapat bual-bual kosong. hehe Kira habiskan masa dengan family di rumah. Kalau keluar pun mesti beli barang dapur dengan family. Kalau nak pergi bercuti tunggu cuti panjang ke jawabnya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...