Kenapa kejam sangat nie T_T


Kenapa kejam sangat buat kat haiwan macam ni. Dah mengalir air mata Hana tengok T_T  tak ada sifat kasih sayang ke apa..jadi kat diri sendiri baru tahu huhu




Bila Facebook di anak tirikan


Bila Facebook di anak tirikan. Erm... di anak tu jauh ka dekat ek.. Maklumlah 3 tahun lebih tinggalkan subjek BM. Hahaha tak ada kaitan ok perkara asas kot. Hana... Hana... Sejak Hana menceburi bidang blogger ni akaun facebook Hana di anak tirikan.. Bila Facebook di anak tirikan, terjadilah perkara-perkara yang tak di ingini berlaku antaranya....

Lupa password 
Di sebabkan facebook Hana ni facebook personal dan tersangat personal sampaikan Hana sendiri tak ingat password T_T. Call husben tanya password and emel facebook Hana. Dalam hanset Hana yang aktif akaun fanpage blog. hehe

limited friends
21 orang je pun termasuk my husben. Yang selebihnya  ex-classmate Special Education IPG Kota Bharu. Penting tu nak tahu perkembangan diorang. Kadang-kadang terselit gak komen Hana kat situ. Nama Hana di tag pun ada :) Nak add friends yang lain nanti cam tak bebaloi ja.

Berwajah baru


Sejak bila pula ada benda ni..  kawan-kawan dari sekolah menengah pun ada. Waaaahhh teruja sekejap. Klik-klik sikit tengok profile diorang dan bermulalah episod menjadi stalker yang berjaya. Opsss...Yang tak sangkanya terjumpa balik kawan sepasukan gimnastik Hana, Syasya. Tak add friend pun ngee.. Tengok-tengok profile dia je. Kerja nurse dia sekarang :)

Fanpage blog
Ini memang betol kau di anak tirikan. Taadaaa... hamba perkenalkan fanpage blog hamba Hana Hadi. Ringan-ringankanlah jari anda untuk menekan button 'like' hehehe sempat promote lagi tu. Erm... bila lah Hana nak tukar wajah blog dan header menjadi lebih matang. huhu



Bersabarlah wahai hati



Sangat penat bila jaga hati orang, hati sendiri? Sendiri faham T_T.

Korang mesti ada satu sejarah yang korang rasa down giler, korang lebih suka bercakap dalam hati "buat lah apa yang ko suka, aku cakap kang ada yang tak puas hati""siapalah aku nak dibandingkan dengan ko"

Ok itu penat.

Mesti ada macam tu kan kan kan korang....


Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 - Joget Berhibur-


Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah SK Sampadi 2015 di adakan pada 1/8/2015 iaitu pada hari Sabtu (sekolah ganti) Ok back to normal tak perlu skema-skema. Ngeeee

Disebalik pentas. Peace

Fesyen Show Raya

Macam biasa Hana ditempat di bahagian persembahan untuk program ni. Joget Berhibur nyanyian Siti Nurhaliza menjadi pilihan Hana. Entah macam mana tiba-tiba tinnng.... lagu bertepuk-tepuk tangan. Masa tu tajuk tak tahu Cuma tahu nyanyian Siti Nurhaliza ja. Hehe Khidmat Mr Google di perlukan akhirnya terjawab juga persoalan tajuk laju bertepuk tepuk tangan tersebut. Hehehe

Murid yang di pilih tahun 5 dan tahun 4. Hana cari yang sama ketinggian. Ngeee motif? Entah.. hahaha 2 hari latihan.kira-kira dalam 8 jam latihan bersama Hana. Murid-murid praktis sendiri di rumah tak termasuk :P Sehari dah dapat ingat step. Hari ke dua, latihan nak kemaskan sikit tarian tu. So far ok, senang nak handle :)

      
 Time latihan
Wajah-wajah ceria penari Hana :)

Terima kasih kepada makeup artist yang makeupkan penari-penari Hana. Nak harapkan Hana, lipstik ja Hana letak kat penari-penari nih. hehehe

           
Video Tarian Joget Berhibur



Ok next persembahan untuk hari sukan pula :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...