Day 4 @ Korea : Jeju Island (Yongduam Dragon Head Rock, SeongupTraditional Village, Visit Mystery road, Waterfall CheonjiyeonWaterfall, Teddy Bear Museum)


Day 5 @ Korea : Yongduam Dragon Head Rock, Seongup Traditional Village, Visit Mystery road, Waterfall Cheonjiyeon Waterfall, Teddy Bear Museum (Pulau Jeju)

Awal pagi kami breakfast dalam bilik ja sebab makanan halal tak ada kat Jeju Island ni. Makanan di bekalkan oleh tourst guide :) Dalam pukul 10pagi

Eh lupa pula, Mystery road ni malam semalam kami dah lalu jalan ni. Tak lah misteri sangat pun sebab waktu malam tak nampak apa-apa..hehehe Kalau waktu siang mungkin ada gak la keterujaan sikit.. Mystery Road ni macam, apa-apa ja kenderaan yang lalu jalan ni (enjin dimatikan) akan bergerak sendiri. Haaa.. macam mana tu kan..

 Yongduam Dragon Head Rock


Kami tak berhenti just tengok dari dalam bas ja. 

Seongup Traditional Village 


Pinjam gambar dari google..Cari gambar sendiri tak jumpa. hehe
Kat sini diceritakan sejarah penduduk Pulau Jeju.. Dapat Hana rasa madu dan 7 ke 9 pati beri yang diorang hasilkan di sini..  Menurut orang tempatan juga, madu dan beri tersebut dapat memberikan tenaga untuk bekerja dan awet muda. Erm.. patutlah orang yang bagi explanation ni pun umur dah 60 tapi dapat angkat tembikar besar dan kulit diorang licin je..Faktor cuaca ni..tiba-tiba ja

Waterfall Cheonjiyeon Water fall 
Hujan rintik-rintik time ni. Itulah kelebihan down jacket sebab kalis air. Tak perlu pakai baju hujan lagi. Hehehe Jauh perjalanan nak ke air terjun. Sempat juga hulur tangan nak rasa kesejutan air terjun tersebut :) tak ada salji di Pulau Jeju ni. Hujan ja ada.ngeee


Bila sejuk macam ni terasa cepat lapar.. Bila makan cepat kenyang.





Teddy Bear Museum 
Banyak tempat kami pergi masa ni.. dalam banyak-banyak tempat Teddy Bear Museum yang best dan tak sabar-sabar Hana nak pergi. ngeee...Hana ingat diorang tak singgah Muzium Bear ni sebab dah pukul 9 malam. huhu rupanya musium ni buka sampai pukul 11 malam kalau tak silap Hana. Best.....

Masuk ja pintu muzium, Hana di sambut dengar bear zebra.. Alaa comel.. nak satu letak kat rumah jadi penyambut tetamu. ngee




Semuanya bear.. geram Hana tengok...


Ingat kat Korea tak ada unta ke.. 

Macam tak nak lepas ^_^

Eksen je lebih :P

 Susah payah Hana nak naik bear besar ni.Bear ni licin.. Akhirnya setelah 5 kali percubaan dapat juga Hana naik. Gigih Hana naik.. bukan senang nak dapat naik bear ni.

Yeaaah balik hotel. Ngantuk sudah...mengantuk macam mana pun kena packing siap-siap malam ni, esok flight ke Seoul pula..


Day 3 @ Korea : Jeju Island (Seongsan Ilchubong Peak and Seopjikoji)


Selepas breakfast kat hotel kami menaiki bas ke Gimpo Airport. Fly to Jeju Island. ada apa kat sana??? Jom check it out


Flight dari Gimpo ke Jeju Island mengambil masa 1jam...

Gimpo Airport tak sejuk sangat. Erm... mungkin Hana dah sebati dengan cuaca sejuk kot. Hari ketiga baru nampak matahari. Terbayang diri Hana terkena cahaya matahari sikit. Bestnya...

Setibanya di Jeju Airport. kami menaiki bas ke Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. Di sini terkenal dengan sunrise. Dalam perjalanan nak ke Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. Kami singgah di Ladang Limau..



Di sini pertama kalinya kali mengunakan Korean Won. Risau Hana pegang duit beribu-ribu nih :P Nak kira pun mencabar sebab banyak kosong.. Gina banyak membantu dalam urusan jual beli kami :) Thanks Gina

So lets go... Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. P


Seongsan Ilchubong ni terbentuk dari letusan gunung berapi dari dasar laut, 100,000 tahun dulu
Kami tak ke puncak pun sebab memakan masa 50minit berjalan kaki.Turun dah 50minit dah sejam lebih kat situ belum tambah rehat lagi. ngee.. Kami naik atas sikit ja dan dapat tengok orang diving kat sini cari kerang apatah namanya. Uuu...diving dalam air sejuk. Bukan orang muda yang diving tapi orang macam nenek Hana diving. Nampak tak perkataan nenek disitu.,its mean perempuan tua yang diving cari hasil laut .. Nak turun bawah tengok dengan lebih dekat pun boleh kena lalu ikut tangga tapi yang lemah jantungnya bila nak naik atas balik. adoi naik atas ni pun dah tak cukup nafas. Simpan tenaga untuk hari-hari lain lagi ni. ngee...alasan semata-mata. Ada juga 2 3 orang dari kami yang turun.




Perjalanan ke Seopjikogi mengambil masa 15minit dari Seongsan Ilchubong. Seopjikoji ni tempat batuan-batuan gunung. Sangat menarik.



Makan-makan checkin hotel dan yang paling best kami akan berada di Jeju Island 2 malam. Yeaaah... tak perlu kemas-kemas barang keesokkan harinya.. Cuaca di sini tak sesejuk di Seoul.


Day 2 @ Korea : Nami Island dan Mt. Sorak National Park


Turun dari flight Incheon Airport. Tak sejuk pun. Standart airport Malaysia ja. huhu kami diminta untuk keluarkan winter coat.. Masa tu Hana sempat capai down jacket, glove dan wool sock. Nak pakai tak terasa sejuk lagi pun. Dalam hati tak perlu lah pakai longjohn nanti makan masa pula nak salin baju semua kan.. Tengok orang lain relax ja..

Keluarnya dari Airport. Maakk aaii... sejuk yang amat terasa sampai ke tulang.. Bernafas pun keluar asap. Jeans tanpa longjohn pants sangat-sangat tak membantu T_T. Kaki dan tangan mula kebas. Hidung dah mula berair. sangat sejuk. . time berjalan menuju ke bas sempat Hana pakai glove dan down jacket. Kalau macam ni lah sejuknya macam mana nak jalan-jalan. huhuhu tak pakai longjohn ni.



Proceed to Nami Island. 2 jam lebih perjalanan dari Incheon Airport.Yeaaah... Dalam hati longjohn tak pakai longjohn tak pakai. ulang cakap benda yang sama. nak salin baju entah bila. ngeee

Pulau Nami sangat terkenal dengan pengambaran drama Korea Winter Sonata dan di situlah bermulanya demam K-Pop di Malaysia. Bukan Hana tapi orang lain. hehehe  Kami menaiki cruise menyusuri tasik untuk sampai ke Pulau Nami. Sangat-sangat sejuk ditambah angin dan salji lagi. Dengan harapan dapat tengok pokok-pokok, jalan-jalan diseliputi salji..

Setibanya di sana 10 hingga 15minit naik cruise.. macam musim luruh ja ni, Kita datang ni musim luruh ke salji??? tak apalah tak dapat tengok musim luruh time bulan 11 hari tu hujung-hujung musim luruh pun boleh tengok lagi :)

Dengarnya hari tersebut merupakan hari pertama turunnya salji dan dijangka awal bulan Januari 2016 Pulau Nami tersebut di selubungi salji. Alahai.. ruginya. huhu Tup..tup 3 hari berada di Korea, kami dapat info yang Pulau Nami dah diselaputi salji..alaaa. Jom ramai-ramai pujuk Gina si tourist guide minta bawa ke Pulau Nami balik T_T




Di Pulau Nami ni kami berpecah dan akan berkumpul semula dalam 2jam 30minit di depan cruise nanti. Kami pun bertolak balik dengan menaiki cruise juga.

Makan tengahari di mana ek.

After lunch, Kami ke Mt. Sorak National Park. Melawat Kwongumsong Fortress by cable car ride

Tapi malangnya angin kuat masa ni dan cabel car tak dapat bergerak T_T Berjalan-jalan jelah kami beramai-ramai sampai ke hujung gunung nun jauh di sana kemudian kami berpecah dan akan berkumpul semula di pintu masuk Mt. Sorak National Park. Penat berjalan kawasan berbukit.

Hana tengok orang korea siap berpakaian mendaki gunung untuk naik gunung ni. Huh umur macam atuk Hana pun ada. masih kuat naik gunung. Gunung kot. Kalau naik motor atuk Hana pun kuat lagi. Rahsianya....haaa nanti Hana bagitau :)

Pukul 5.30 petang macam tu hari dah gelap tau. Kami menaiki bas menuju ke gerai seafood. Entah apa nama tempat tu tak pasti. Yang popular kat sini King Crab. Di Malaysia lebih murah sikit berbanding di Korea. Di Malaysia harganya mencecah ratusan ringgit. Hana makan pun tak pernah apatah lagi tengok ketam tu besar mana. Kat sini Hana tengok sendiri rupa bentuk King Crab yang belum dimasak. hehe Mak aiii besar gila rupanya menakutkan. ngeee..


Check in Hotel. Tak perlu keluarkan semua barang dari beg sebab esok tu kami ke hotel lain :)

So hari pertama punya cerita tanpa longjohn T_T sejuk sangat-sangat. Rasa tak selesa bila berjalan kaki tangan kebas. Nak buka glove snap gambar fikir beribu kali. sejuk dalam masa satu saat T_T Tangan kebas nak tekan button snap pun dah tak rasa tekan.huhu Tak ingat nak beli glove yang touch screen T_T


DAY 1 @ KOREA : Dari KLIA ke INCHEON, South Korea


DAY 1 @ KOREA : Dari KLIA ke  INCHEON, South Korea

Dari Airport Penang ke KLIA pukul 5.30 petang. Kami diminta check-in barang secara sendirian berhad untuk mengelakkan beratur panjang.. Sampai ja di KLIA memang kena beratur panjang. huhu

Kami berkumpul di satu tempat untuk briefing. bla...bla...bla...

Penerbangan kami di tunda dari pukul 11 ke pukul 12.30 malam kalau tak silap le. Alahai.. nak buat apa kat KLIA lama-lama huhuhu.

1jam 30minit sebelum flight kami masuk pintu penerbangan antarabangsa.. body scan segala bagai kemudian naik keretapi ke tempat pelepasan penerbangan antarabangsa. Baru Hana tahu yang keretapi keluar dari KLIA tu sebenarnya keretapi yang membawa penumpang untuk ke penerbangan antarabangsa T_T ingat keretapi ala-ala ERT gitu.. huhu Apa-apa pun merasa juga lah Hana nak benda alah tu.

Besar juga KLIA ni rupanya. Hana bayangkan satu tempat tu ja (penerbangan dalam Malaysia) rupanya penerbangan antarabangsa pun ada satu bangunan macam dengan tempat penerbangan dalam Malaysia juga, ada kedai segala bagai.

Time ni terbayang-bayang juga macam mana keadaan dalam flight antarabangsa yang memakan masa 6jam 30minit dari KLIA ke INCHEON. Rupanya macam kerusi yang boleh diubah jadi katil ka? makan macam mana pula 6 jam kot. Kalau sakit perut? huhu

Rupanya apa yang Hana bayangkan tak seperti dibayangkan T_T seat macam biasa ja cuma luas sikit. Dua seat tepi sebelah kiri, 4 seat tengah dan 2 seat lagi sebelah kanan. Meja boleh lipat-lipat. Kami dibekalkan bantal dan kain selimut. Apa-apa pun selesa ja dalam flight tu tak ada rasa gegar-gegar ka apa. ngeee Hana dah plan nak tengok movie. alih-alih movie yang tengok Hana. heheh

Seoul Incheon International Airport - From The Deck Chair

Ok next day

Itineraries di Korea sepanjang seminggu


Itineraries di Korea selama seminggu 17hb - 24hb 2016. By the way, Hana ke Korea di bawah agen di Malaysia dan setibanya di sana ada tourist guide Korea yang fasih berbahasa english dan boleh bercakap bahasa melayu yang akan membawa kami ke tempat menarik di Korea. Pakej seminggu tersebut RM 49++ termasuk penginapan, makanan, tiket dan segala bagai tetapi tidak termasuk baju ski.


Hye Gina (nama Melayu) nama Koreanya tak pandai Hana nak sebut.hehe Gina explain cara makan makanan Korea. Makan guna chopstik dan garpu tanpa sudu, dalam mangkuk bukan pinggan, duduk bersila dan sebagainya.

Tanpa membuang masa. Jom check it out

Day 1
KLIA / INCHEON, SOUTH KOREA

Day 2
ICN ARRIVAL / SEOUL TOUR
Arrive Incheon by Malaysia Airline System / Greeting with Guide
Proceed to Nami Island. Enjoy Lake Cruise and take a leisure walk at the beautiful tree road where the outdoor shooting for the famous Korean Drama “Winter Sonata
After lunch, Mt. Sorak National Park; visit Kwongumsong Fortress by cable car ride and to enjoy the one of the best scenery in Korea. Proceed to Daepo Wharf
Check in hotel in Sorak MT.

Day 3
SEOUL TOUR / JEJU ISLAND
After breakfast, transfer to Gimpo airport. Fly to Jeju island
Half day tour of Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji, after dinner check in hotel

Day 4
JEJU ISLAND TOUR
After breakfast, Visit Yongduam Dragon Head Rock
Visit Seongup Traditional Village
Visit Mystery road, Waterfall Cheonjiyeon Water fall and Teddy Bear Museum
And optional tour with customer`s interest

Day 5
SEOUL / SKI RESORT
Fly Back to Seoul,”
The city tour of Kyongbok Palace, National Folk Museum and Presidential Blue House
Visit International Mosque in Seoul. After lunch, proceed to Ski Resort for Ski tour
(Not include equipment rental fee $40-$45)

Day 6
SEOUL / EVERLAND THEME PARK / KIMCHI SHOOL
After breakfast, proceed to Everland Theme Park with Free Tickets
Visit Kim-chi school with wearing han-bok (Korean traditional costume)
Proceed to free shopping at Dongdaemun 24 hour Market
Visit Nanta show, Hero, Drum cat show (Most popular shows in Korea)
Optional tour ($45/pax)- depend on ticket availability

Day 7
SEOUL SHOPPING TOUR
After breakfast Visit 2002 world cup stadium
Shopping at National Ginseng Outlet, Pine Tree Center, Amethyst Factory and Korean Cosmetic duty free shop
Shopping at Namdaemun Market, Myeong-dong Fashion Street & LOTTE dutyfree department store

Day 8
SEOUL / DEPARTURE
After breakfast, visit Korean product duty-free shop and go to the airport for departure

* Visit 2001 world cup stadium diganti dengan visit Namsan Tower

PALING PENTING sebelum nak gerak ke tempat tersebut pastikan beg sandang anda ada segala benda ni :
- Botol kosong untuk isi air sebelum masuk toilet sebab di Korea tak ada air dalam bilik kecik-kecik tu ye..kena isi air kat sinki sebelum masuk dalam blik kecik. Done
- Tisu lembap or wet tissue untuk lap mana yang patut lepas buang air dalam bilik kecik-kecik tu. ngeee Done
- Lips balm untuk elak bibir kering. Done
- Pelembap kulit or lotion untuk elak kulit kering. Hana jarang pakai sebab tak sempat nak pakai. ngee.. bila masa nak buka glove bila masa nak sapu lotion kan. Kesan tak pakai : 2 hari setibanya di Malaysia, kulit tangan Hana jadi kering dan rasa nak garu-garu.huhu
- Heattech pads - Memberi haba bila kesejukan. ada yang jenis tampal ada yang jenis shake. Done


- Pasport or salinan pasport. Penganti IC. IC tak diperlukan sepanjang di Korea. hehe Done
- Duit (Korean Won). Boleh buat pertukaran ringgit malaysia di Malaysia lagi senang tak perlu tercari-cari Money Changer di Korea nanti. Done

Ok dah boleh bergerak ke tempat semua tempat dengan selamat :)

p/s: blogwalking time

Spotaneous Tuesday : I think to meet her again


Air mata aku jatuh lagi. Salahkan diri sendiri sebab tak sedar perbuatan tu boleh buat diri sendiri terkaku. Terjerat dengan ayat sendiri.

Malam ni aku motivasikan diri. Cuba untuk kuatkan diri. Cari orang yang senasib dengan aku. Kisah-kisah diorang sama seperti aku.

Insyallah 2016, I hope I have my own star shining in the sky.

Maybe next week, I think to meet her again.. 

Disebalik 2015


Disebalik 2015. Macam misteri pula tahun 2015 kan. Sebenarnya entri kali ni nak rungkaikan kan balik (Waaah rungkaikan...) apa yang berlaku pada tahun 2015 dalam kehidupan Hana..



Fanpage blog di Facebook
https://www.facebook.com/hanahadi89. Masih 0 fanpage ni. Mana nak tahu tahun ni pandai pula berbisness dalam fanpage ke, bermotivasi diri dalam fanpage ke kan kan kan :)

Tugas guru
Guru penyelaras i-Think. Tugas yang sangat mencabar tahun tu. Macam dah tetap dan berpencen je tugas ni. Apa-apa pun Karnival i-Think yang dilaksanakan mendapat pujian pihak atasan "Lundu satu-satunya daerah yang dapat laksanakan Karnival i-Think"  Waaaah rasa bangga jap. Lepas tu ada lagi yang waaah

"Hana masuk bilik saya kejap"
" Ok boleh boleh" (Dah kenapa pula ada tugas baru ke)
"Saya nak bagitahu lah prestasi Hana sepanjang tahun ni"
"A'a" (dengan fokus dan terkakunya aku time tu, aku ada buat hal ke)
"Tahniah, pencapaian Hana tahun ni cemerlang 9+.+ boleh di calonkan untuk Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC)"
"Haaa ya ka, betul ka"
"Ya, tapi nanti akan dibincangkan dulu sebab sekolah ni ikut senioriti kan?" Sambil tunjuk-tunjuk prestasi kat Hana
"A'a ikut senioriti, Terima kasih cikgu" (senyum sampai ke telinga aku masa ni.)
"bla..bla..bla.."

Macam tak percaya pun ada. Ke saja ja tu kot nak naikkan semangat hana. Erm....

Skill memasak
Korang tahu kan Hana dari dulu tak suka masak. Tapi bila dah kahwin bulan 12/2015 (dah setahun perkahwinan) skill masak tu dah up sikit. Mr. Google banyak membantu Hana dalam masak memasak nie. hehe Husban pun banyak membantu. Segala mak nenek rempah, ikan, sayur semua dia tau. kalau tanya dia pasal masakan ikan. bla bla bla dia explain cara masak. Resepi pertama yang Hana try trifle. Sebab Hana suka trifle terus Hana buat sendiri (padahal trifle ni tak da dijual kat kedai, kalau ada kat kedai confirm Hana tak google resepi ni)

Lepas tu baru mula berjinak dengan resepi lain


Bila tengok gambar ni, tak sangkanya Hana yang masak. Korang percaya ke tak? tak percaya kenalah percaya tau. huhuhu

Rumah sendiri
Yeaaaah.. Hana dah ada rumah sendiri. Tak sabarnya nak deco rumah sendiri ^_^ Time belajar kat IPG lagi Hana target nak ada rumah sendiri sebelum kahwin. Dan masa tu juga Hana target akan kahwin time umur 27 tahun. Opssss.... . Itu dulu punya cerita le. Sekarang umur Hana 26 tahun kalau ikut bulan kelahiran. Kalau ikut tahun umur dah 27 tahun. Rumah dah ada kereta dah ada. Ada satu lagi yang tak ada T_T Bilakah?

Image result for roseville puteri jaya

Roseville di Puteri Jaya Sungai Petani


Vacation ke Korea (Winter)
Pertama kali merasa angin di luar negara selama seminggu. Sonata Musim Salju di Korea pula tu. Insyallah lepas ni nak pi umrah dulu sebelum ke tempat lain. Ok dah boleh start menambah duit oversea. Korea ni nanti cerita dalam entri lain :)




2016? Apalah cabaran dan dugaan yang Hana kena hadapi ye.. Hana belum bersedia mental fizikal lagi. Tapi yang penting tahun ni kena jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga tidur, jaga hati. eh eh ada juga jaga hati kan, banyakkan bersabar. Semua tu sebenarnya yang paling utama susun jadual kerja dengan teratur. Kalau tak teratur segala penjagaan tu pun tak teratur juga T_T

Tunggu entri ke Korea pula tau lepas ni... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...