Day 6 @ Korea : Everland Theme Park, Kimchi School
Day 6 SEOUL / EVERLAND THEME PARK / KIMCHI SHOOL After breakfast, proceed to Everland Theme Park with Free Tickets Visit Kim-chi school with wearing han-bok (Korean traditional costume) Proceed to free shopping at Dongdaemun 24 hour Market Visit Nanta show, Hero, Drum cat show (Most popular shows in Korea) Optional tour ($45/pax)- depend on ticket availabi ty
Kimchi Shool. Di sini kami belajar buat kimci. Kimci ni lebih kurang macam sambal belacan lah. Makanan pembuka selera gitu..
Kimchi dari sayur kubis. Sayur kubis Korea dan Malaysia tak sama ye.. Malaysia kecik-kecik comel je sayurnya. Kalau di Korea besar giler. Hana kurang sikit kalau kimci kubis ni. Kalau kimchi sotong on ja Hana hehe Kimchi ni juga makanan untuk awet muda. Waaaaah.. tu yang nak sangat tu kan.. hehe Sebabnya dalam kimchi ni diorang letak ginseng.
Lepas siap buat kimchi kami ke Koren Tradisional Costume iaitu nama Koreanya wearing han-bok.
Sarung-sarung macam tu ja.
Yeaaah Everland Theme Park.. Sangat besar ala-ala Disney Wonderland. Dah lama Hana impikan tempat-tempat macam ni. Ada lampu-lampu, cartoon-cartoon, hiasan yang sangat sangat cantik.. Yang paling best ada permainan favroute Hana. ngeee
Tapi husben kurang sikit permainan macam ni sebab dia tak main roller coaster, segala benda yang membuatkan dia rasa gayat T_T
Sesi mendapatkan keizinzan husben nak main roller coaster. Mana boleh tak main roler coaster macam ni. Kat Genting Highland sekali tu ja Hana main tu pun biasa-biasa ja ni dah luar biasa ni.. Harus main
Hana pun ikut geng yang nak main roller coaster, husben tak ikut..
Tak sangka dapat main coller coaster yang rare macam ni.. nak beratur tu sejam. pusing-pusing coller coaster 4-5 minit je T_T
Semalam main ski hari ni main roller coaster T_T Cobaan.. fikir 2 3 kali juga Hana sebenarnya nak naik ke tak roller coaster tapi Hana lebih kepada main sebab tak selalu Hana naik roller coaster
Kami berada di sini dalam pukul 8 lebih macam tu.. lagi cantik time malam kalau kat Everland ni :)
Lepas tu kami ke Dongdaemun. Syurga shoping. ngeee.. jalan lah kat sini sampai pengsan... first tempat yang dituju... Tadaaaa
Dari pandangan matanya dah tahu beg tu minta untuk di beli. huhu demi tak menghampakan beliau terpaksalah Han beli. ngee Di Korea boleh dalam bolah di beli dengan harga RM600 persamaan berapa ye duit korea. hehehe tak ingat. Kalau di Malaysia seribu ribu lebih Tapi Han beli yang macam di bawah
Beg terlatest. Kenyit mata la pula lagi la buat Hana tertarik. ngee Di malaysia kalau yang kenyit mata ni RM 2000. Tapi di korea kalau duit Malaysia RM1000 persamaan 1++ +++ won. hehehe tak ingat harga. Jadi kaya jap bila melancong kat korea main ratus ribu
Lepas beli beg ni.. shiping di market 24jam pula.. sampai tak tahu dah Hana nak ke mana.. Yang paling best bila shoping di bawah tanah.. Harganya lebih murah berbanding di atas tanah. Haaa macam tu pula..
Day 5 @ Korea : Kyongbok Palace, National Folk Museum, Presidential Blue House dan Ski Resort
Setibanya kami di Seoul, kami terus ke National Folk Museum.
Terasa penat pula bila masuk hari ke 5. Berjalan ja kerjanya, dapat duduk pun time makan dan di dalam bas bila perjalanan ke satu tempat ke satu tempat, boleh slim Hana tau. Pssst... orang kata kalau berada di Korea cepat turun berat badan sebab nak ke satu tempat ke satu tempat kawasannya berbukit. Even jalan raya pun dah berbukit. Tabik spring kat driver bas dapat lalu kawasan bukit 50 darjah,dah la jauh...
Perjalanan kami bermula di National Folk Museum..Lepas tu baru ke Kyongbok Palace a.k.a Gyeongbokgung Place. Sebelah menyebelah je.. jalan kaki pun boleh sebab dalam kawasan yang sama. Jalan kaki lagi..nampak tak kenapa turun berat badan.. Nama ja dalam satu kawasan tapi punyalah jauh nak ke Gyeongbokgung Place
Sebelum masuk ke National Folk Museum
Pintu masuk Muzium.
Dalam muzium ni ada guide yang explain pasal sejarah bla.. bla.. bla.. Hana suka dengar yang part susunan pegawai-pegawai
by:Mr Google
Sementara menunggu kawan-kawan yang lain untuk ke Gyeongbokgung Place,
Cuaca panas sebenarnya tapi suhu sejuk. macam mana nak explain tu.hehehe
Perkarangan Gyeongbokgung Place
Owh yang ni lah tempat yang segala pegawai istana berkumpul tu. Nampak tak pengaruh cerita China dulu kala. ngee..Besar tempat ni. masuk pintu i keluar tempat lain. masuk pintu ni ada part lain pula.. Macam dalam ceta TV.nge... Kyongbok Palace terletak di utara Seoul. Sekali tengok macam Istana China kan. Tapi tak.. seni bina bumbung istana sangat-sangat berbeza.. Baru Hana tahu.. Bila berada di sini macam berada di zaman dulu-dulu, Maharaja kat atas tuu, Dia punya Maharani kat sebelah,, lepas tu ada pegawai-pegawai sepanjang jalan, Eh eh macam dalam cerita kat tv pula.. Dulu-dulu suka Hana tengok cerita My Fair Princess tapi itu China. ngee...
Dalam pukul 4 lebih macam tu kami ke Presidential Blue House. Tak dapat masuk dalam kawasan tu, Jadi kami pusing-pising di keliling Blue House tu ja..:(
Makan time,, Tempat makan kali ni berdekatan dengan International Mosque
After lunch, proceed to Ski Resort for Ski tour. Yeaaaah... Malam ni kita ber 'ski'
Baju dan peralatan kami sewa sendiri tak termasuk dalam pakage. Hana pun tak ingat berapa sewanya.. Ada dua tiga orang just nak jalan-jalan ja. Jadi munkin sebab tu kot baju dan alatan ski diorang tak ssupport.
Hana tak lepas peluang untuk mencuba ski ni. Maklumlah kat Malaysia tiada. Ice skate ada le. ngeee
Kalau siapa-siapa yang teringin jadi tranfomers wajib pakai kasut ni ski ni T_T. Berat ok. Bila fikir balik, macam mana nak main ski kalau dah kasut berat tak dapat nak gerak. haha rupa-rupany ada caranya.
Terkedek-kedek Hana naik tangga pakai kasut ni nak ke tempat ski tu. Kalau buka kasut tak boleh sebab nanti terkena salji mau kebas kaki. Lagipun nanti Hana tak pandai nak pakai balik. Opss....
Sesi briefing.. Ajar macam mana cara nak bermain ski, macam mana nak belok, break, pasang peluncur kat kaki tu.. nama apa tah orang panggil.hehe Bila letak ja kaki kat peluncur tu terus gerak sikit-sikit sebab permukaan ais tu kan licin. Hana pun naik bukit sikit. Naik bukit pakai peluncur tu pun dah penat asyik-asyik jatuh ja T_T Mula-mula memang sakit bila jatuh tapi dah lama-lama rasa kebal dah badan T_T
Hana of course boleh meluncur elok je gerak tapi Hana tak pandai break dan belok. Siap langgar budak lagi T_T Nasib budak tu kata tak sakit. Yang paling best Hana sikit lagi nak langgar orang yang dah tersedia jatuh. Orang tu pula yang elak dari Hana.. Itu kisah Hana yang tak pandai kawal belok-belok.. hehe Kalau pasal break ni memang risau kalau laju takut masuk ruang lantai. Tapi setakat ni Hana meluncur lagi 50 meter nak masuk kawasan lantai pintu masuk T_T
Kalau lasak-lasak macam ni macam mana lah. Dah la jatuh banyak kali. huhu Cobaan.. Pasni tak boleh lasak-lasak lagi T_T