Silent day of Wednesday #18


tumblr_md1j6gKedw1rzcaajo1_500_large.jpg (500×334)


I miss you...


Two month passed 
but like yesterday you leave me
I miss you

The moment that you left me
My heart was split in two
One side was filled with memories
The other side died with you

Remembring you is easy
I do it everyday
But missing you is heartache 
that never goes away

I feel like everyone else sitting in the sunshine
While I drown in the rain

No one knows my sorrow
No one see me weep
But the love I have for you
Is in my heart to keep

No words  I write can ever say
How much  I miss you
Nobody knows

I hope the opportunity 
to visit you in my dream 
and remind me that you still with me 
just in different way

Insyallah, see you the other side
Love you
Miss you

Your Mama

Lauk pasu di Terengganu


Lauk pasu di Terengganu. Korang kena percaya wujudnya lauk pasu setelah aiskrem pasu sudah hilang ke'glamour'annya.. 

" Gi ambik pasu nu, nak letak lauk "

Kelip kelipok mata Hana tengok mak cik tu.

Dua tiga pahlawan gagah perkasa membawa pasu mengadap sultan :P



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dua hari sebelum puasa Hana pergi kenduri di Besut, Terengganu.Memang pasu betul diorang letak lauk kenduri. Hana Ada juga try angkat pasu yang kosong, memang berat T_T. Kalau yang sudah berisi lauk lagi double berat agaknya.huhuhu Hana terus lantik diri Hana jadi photographer sebab Hana tak cekap sangat kalau bab-bab memasak menghidang ni. Sekadar mencuba masakan ada le.. Hehe kena pula ada aiskrem homemade dan kambing golek. Hana orang pertama try kambing golek. Wahahaha terasa juri dalam Masterchef

Berbalik pada lauk pasu tadi. Tak ada apa yang specialnya pun lauk pasu ni. Cuma cara hidang ja dalam pasu. Unik.. Lagipun pinggan nak makan nasi pun unik juga..

 That my boy :)

   

 Mungkin cara ni dapat mengekalkan kepanasan lauk tersebut kot


"Cukup tak pasu. Kalau tak cukup ambik pasu kat tepi rumah tu, buang tanah dalam pasu tu"

Ok lawak ja. Pasu ni memang pasu yang direka tak ada lubang pengudaraan kat bawah tu. Dalam fikiran Hana, ni pasu orang letak air dan pokok kiambang. Ngeeee... Lepas habis kenduri boleh buat macam tu kan.hehehe Nampak tak inovasi kat situ.

Selingan sebelum masa kejadian...



That my maa a.k.a tok ketua (mertua). ngeee :) 
Memang macam tu ek cara potong buah tembikai untuk makan-makan kenduri. Erm...

Tak sempat nak try ayam ni.. Nampak kambing golek je.. ngeee

Anak saudara, kak ipar (kak cik) , maa and husben. yang belakang angkat periuk tu kak ipar(kak long) juga

Ok tata 


Persahabatan kekal


Persahabatan kekal. Dulu semasa Kami form 4 dan form 5 (2005-2006) di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMTSPPP). Walaupun kenal tak sampai 2 hari kami sangat rapat (time daftar) Sampaikan kawan-kawan lain masa tu sangka yang kami dah kenal lama :) so kalau kawan-kawan lain tanya mesti kami jawab "kami dah kenal 5 tahun dah" Yelah kelas lain, dorm pun lain, perwatakan pun lain macam mana lah boleh rapat kan :)


Yanie, Hana , Awien
 Terima kasih Yanie dan Awien kerana menjadi sahabat Hana sampai sekarang

Image result for persahabatan 7 tahun

 Just psikologi tapi memang betul. Kawan IPG selamat 5 tahun setengah (2007-2012) pun tak kekal rapat sampai sekarang (2016)

Happy masa ni.. Rasa nak balik ke zaman dulu, balik ek zaman yang tak perlu fikir banyak masalah :) just masalah remaja je. ngeeee

Masing-masing dah kenal family masing-masing. Kalau cuti hujung minggu mesti ikut turn minggu ni nak balik rumah siapa..Selalunya rumah Awin la sebab rumahnya di Penang berbanding Hana dan Yani yang duduk di Kedah.
Sulung, tengah, bongsu

Kalau ikutkan sudah 12 tahun kami saling berhubung. Setiap tahun juga kami akan berjumpa. Segala masalah kami kongsi bersama. Memang tiada rahsia lebih-lebih lagi Hana dengan Yanie. Ada masalah baik dari segi keawangan atau personal masing-masing membantu. Cukup sekadar mendengar luahan pun membuatkan kami rasa senang hati. Terima kasih Yanie Awien tak hilangkan kepercayaan Hana kat korang..

Hana tak kan lupakan kenangan kita bersama.

Bulan-bulan puasa ni teringat juga Hana ketuk pintu bilik lagi nak kejutkan Awien dan Yanie bangun nak sahur sama-sama. Terganggu pula rumate lain nak nak tidur. Walaupun bilik lain-lain keakraban kami bertiga memang tak dapat nak dipisahkan lagi. Sampai berbuka puasa pun sekali, jarang nak join dengan rumate masing-masing (2006). Ada hari-hari tertentu malas betul diorang nak bangun, kejut juga paksa bangun huhu "Awien cuba senyum sikit nak sahur ni"


Almari baju Hana, Yanie yang kemaskan.. segala kertas nak tampal kat dalam almari pun dia yang buatkan.. Kalau Hana ni jenis yang berkemas, Yanie ni double kemas dari Hana. Tersusun rapi segala baju mak nenek Hana semua. Nak basuh baju pun kalau ada ruang mesti nak sekalikan dengan diorang ni. jemur baju lipat baju semua sekali. Baju sekolah Yanie dan Awien mesti letak nila selepas basuh baju. Dengan baju-baju Hana sekali diorang nilakan. memang nampak elok ja baju lepas nila. Feztime Hana tengok cara nilakan baju. ngeee Sekarang ada lagi ka nila kan baju sekolah ek.. Lepas tu Awien yang ajar Hana lipat stokin bagi jadi bentuk bulat supaya stokin yang sebelah lagi tu tak hilang. Ermm... Sekarang ni pun asal Hana basuh stokin nak jemur mesti hilang sebelah. Belum sidai dah hilang apatah lagi nak lipat memang confirm-confirmlah sebelah lagi tak ada stokin, macam mana nih. Mesin basuh makan stokin kali T_T


Tolong sikatkan rambut Hana. Perbetulkan tudung. Stail Yanie jenis muncungkan tudung bahagian atas. Asal pusing tengok Hana "Hana muncung dak tudung (sambil mungcungkan tudung dia)" Kalau tak muncung Hana tolong muncungkan :) Baju kedut pun diorang tolong ironkan. Hana yang memang sedia teliti dalam meng'iron' baju ni pun ada lagi kedutnya  Bab-bab makan ni dah tau dah kawan ni tak boleh makan apa, suka makan apa.. Kalau salah seorang kami sakit mesti kami jaga dia sampai tidur kat bilik dia.

Nak turun makan pagi tengahari, petang dan malam pun kami pergi sama-sama. Tak makan pun just teman pun ok :) Tunggu kelas diorang habis baru pergi makan sama-sama. prep sama-sama walaupun lain-lain cos. Lama tak dengar perkataan prep.. Pham kan prep tu apa..

Sweetnya kami masa tu hehe

Ada menyatakan bila kira berkawan bertiga, salah seorang daripada tu mesti rasa sedikit tersisih right Yaa memang betul tak dapat di nafikan. Kami bertiga ada juga perasaan macam tu *Macam Hana ja yang ada perasaan mcam tu. ngeee..Yelah bila dah kami bertiga rapat kalau macam perasaan tu lain sikit mesti akan perasan.Kedang-kadang asingkan diri jap. Tak sampai sejam pun mesti ok balik. dengan siapa lagi nak berkawan gelak tawa sama-sama kalau bukan dengan diorang ni. ngeee Hana pun ada juga perasan kalau salah seorang dari kami macam tu. Tapi ignore je nanti ok balik tak pun salah seorang dari kami mesti akan tanya kenapa...yang penting tak ada pun memburukkan antara satu sama lain. cuma perasaan ja tu.

Harap hubungan persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila :)


Real Home Life


Hana happy cuti ni.. Dikelilingi orang tersayang:) Bila lah dapat terus macam ni.kalau tak macam ni pun tak apalah janji hati tenang selalu.

Bawa anak-anak bersantai mantai..

Tengok Angry Bird The Movie. Lagi 40minit nak start so kami bawa anak-anak main game dulu. RM 1 untuk 1 token. Alahai teringat zaman Hana dan abang Hana main permainan macam ni.hehe RM5 seorang. Tak cukup RM5 seorang berbanding dengan gelak tawa diorang. Maksu up lagi RM5 waaaarrrghhh

  




Nasib tak ramai orang boleh bagi budak kecik ni seat sendiri..hehehe

Tak sampai 20minit dah si kecik ni tengok bintang 😅 Boleh la asal jangan meragam nak keluar dari situ sudah.hehe tapi ada juga timingnya menangis nasib ada bawa bekal susu
   
Makan-makan paksu maksu belanja.ngeee



Dapat pangilan dari mak suruh datang makan kat kedai sebab ada tetamu. Makan lagi yee anak-anak sekalian.
Berehat-rehat kat rumah baru mak abah dulu. Bagi mandi si kecik ni. Mandi punya mandi.Sampai tak nak keluar dari bilik air nak main hujan(shower) lagi.dah hampir pukul 9 malam Hana balik rumah mertua

Rumah baru selang 4 buah rumah dari rumah lama (lorong belakang).Bestnya.. Lepasni boleh minta mak tolong designkan rumah kami pula. Insyallah tahun depan dapat pegang kunci rumah sendiri.


Rumah lama? Masih ada. Nak dijadikan homestay. Lagipun kucing Hana jadi penjaga rumah lama😂 Bawa kucing masuk rumah baru, terus kucing lari balik duduk rumah lama. Jadi kalau bagi makan kucing pagi, tengahari dan petang terpaksalah balik rumah lama bagi makan kat sana.. Nasib dekat ja rumah lama tu.ngeee pintu kecik memang sentiasa buka untuk si kucing ni masuk keluar.

Pintu pagar buka mesti meow meow keluar dari rumah. Alololo kesiannya tinggal sorg kt sini..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...