Terlalu rindu


4 bulan berlalu..
Usia anak Mama sekarang 7 bulan, dah besar :)
Mama rindukan saat itu,
Saat mama bersama anak mama
Saat mama belai anak mama

Allah sayangkan anak mama..
Anak mama tunggu mama dan papa di syurga ya..
Doakan mama kuat untuk menghadapi dugaan ni...

Tak sanggup rasanya mama nak hadapi masa akan datang
Tanpa anak mama..
Macam nak pergi jauh untuk jangka masa yang lama...
Biar keadaan kembali tenang
Dengan membawa perkhabaran gembira 
Insyallah mama akan kembali 

Doakan mama Sayang.

Thanks blog..
Thanks reader..

Baby Powder Johnson&Johnson? YES that's me...


Entri bukan tajaan dari Syarikat Johnson&Johnson :)

Dari baby sampai sekarang Hana masih pakai baby powder Johnson&Johnson ni. 27 tahun kot setia bersama baby powder johnson&johnson ni. Sangat sesuai dengan kulit muka Hana yang gebus gebas ala-ala kulit baby ni.hahaha Bukannya apa, doktor pakar kulit yang sarankan pakai baby powder ni sebab kulit muka Hana jenis berminyak. So baby powder ni dapat kurangkan minyak di kulit. Macam menyerap minyak la kot. Ada entri Hana berkaitan dengan ni try klik Bedak Padat Punca Jerawat. "Nie yang naik jerawat kecik-kecik comel ni apa kes T_T. Kulit berminyak waktu malam time tidur" nak elakkan kulit berminyak di waktu malam? Next entri ok :)

Bedak padat ni sebenarnya ok cuma cara penjagaan kita tu yang buat jadi tak ok. Bukan setakat bedak padat ja, segala berus mata pipi dan berus yang Hana tak tahu fungsinya kecuali berus gigi semua tu pun perlu penjagaan juga untuk mengelakkan masalah jerawat ni.. Contohnya berus kalau tak dijaga boleh mengundang bakteria tau lepas tu sapu pula kat kulit muka.. Tak mau tak mau tak mau.. Teringat time makeup majlis kahwin Hana. Tanya akak tu. Elok ke tak berus yang dia pakai nak makeup kan Hana T_T nasib lepas majlis muka cun lagi tak naik jerawat.ngeee tahniah kepada akak sebab jaga kebersihan alat makeup dia. Hehehe

Bedak padat di kulit muka pula kalau tak dibersihkan dengan betul dapat menyebabkan jerawat juga tau. Sebab minyak terperangkap kat dalam kulit muka kita tu. Itu boleh mengundang bakteria yang menyebabkan jerawat. Dan lama kelamaan bila minyak tu tak dapat keluar dari kulit ia akan membentuk satu biji jerawat kecil-kecil comel dah akhirnya timbulkan di permukaan kulit anda..alaa google je gambar proses jerawat mesti ada punya. Hehe proses jerawat ke kalau macam tu. Kalau kulit berminyak di bahagian luar kulit tak ada masalah jerawat pun. Cuma kita ja tak selesa kan. Cuci muka jelah dah hilang minyak. Tiada minyak yang terperangkap lagi :) itulah kelemahan bila kulit berminyak ni. Jerawat oh jerawat. Tapi kelebihan muka berminyak pula ialah...AWET MUDA!!. Klik KELEBIHAN KULIT BERMINYAK.Haaa nampak tak Hana nak mention kat sini Hana kulit berminyak sebenar kan awal-awal tadi Hana ada bagi tau. Ngeee cuma cara penjagaan kulit berminyak ni kena alert sikit.

Span pada bedak padat pun sebenarnya bermasalah juga. Span yang lembap mengundang bakteria. Yelaahh..sebelum sapu bedak kat muka mesti ada pakai pelembab la krim apa-apa lah, tak pun time berpeluh tak bersihkan dulu kotoran kat muka, terus pakai span sapu bedak kat muka kan kan kan. Lepas tu biarkan span tu dalam bedak padat tu lepas tu pakai balik kat muka.. Haha kan tak perlulah Hana nak explain lagi kesudahannya.. Ngee Sekurang-kurangnya 2 hari sekali basuh la span tu. Tak pun tukar baru.. Ke macam mana. Itu yang doktor explain kat Hana sebab apa bedak padat tu tak sesuai untuk Hana. Mungkin sebab kulit Hana senang naik jerawat kot maklumlah muka berminyak kan.. Pengaruh rakan-rakan lagi. Orang ni pakai ni, kita pun nak pakai T_T kulit dia dengan kulit kita mana lah sama kan.huhu cobaan..

Berbalik cerita pasal baby powder Johnson&Johnson pula..

Dengar khabar angin kata baby powder Johnson&Johnson ni ada mengandungi bahan kimia tak sesuai untuk kulit. Tapi tak tahu lah kesahihan cerita tersebut.. Hana pakai elok ja. Was-was tu ada
juga dan sekarang tengah tercari-cari baby powder brand 'Anakku'. Mana nak tahu kot-kot cun dengan kulit muka kan.. Kalau tak jumpa, Hana teruskan ja baby powder brand Johnson&Johnson ni. Brand 'Anakku' yang Hana jumpa semuanya jenis botol besar gedabak. Yang jenis cute tak jumpa lagi :( Kalau ada pun mesti yang satu set dengan mandian dan losyen segala bagai.. Hana nak powder tu ja..ngeee

Lama juga tak buat entri pasal info kecantikan ni.hehe

See you soon...

Silent day of Wednesday #19


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...