Explorace @ Penang


Explorace@Penang. Macam mana boleh jadi satu aktiviti pun Hana tak tau. huhu Niat asal nak makan King Crab di Restaurant Nurul Ikan Bakar Cawangan Penang. Tapi.....

Kami bertolak ke Penang dalam pukul 2 petang untuk elak jem and pastikan kami sampai di Balik Pulau sebelum pukul 5. Walaupun makan King Crab tu waktu malam.. Ini lah cabaran dan dugaan orang ramai ulang alik kerja.  4.00 petang jalan di Balik Pulau dah jem. Macam nak selfie kat tengah-tengah jem tu "Me at KL"

So awal-awal datang Penang boleh la jalan-jalan. Google punya google....

Yess.. Kita pergi 3D Art and Trick Museum. . Berdekatan dengan Padang Besar. Sebagai co-pilot, Hana pun buka waze :P Susah sebenar kerja co-pilot ni. Semua benda yang ada kat jalan sepanjang nak ke 3D Art and Trick Museum ni kena fokus. Nama pun jem. Orang balik kerja kot

Tengok waze ada lambang 3 kepala polis.ngeee
"Ada 3 orang polis kat depan tu nanti" Yes memang betul 3 orang polis T_T Sampai macam tu sekali waze bagitau Hana..
"Jalan jem 12 min sebab banyak kereta nak lalu jalan feri"
"Ada trafik light kat depan sebab tu line panjang"

Macam tu lah tugas co-pilot yang sentiasa bersama waze :)


2 Jam juga kami berada dalam muzium ni. Padahal tengok luaran kecik ja kan. tapi dalamnya.. besar. sampai ke tingkat atas.ngeee.
 Aaaauuww cak  !!!

 First masuk pintu nampak ni dulu :)







Yang ni best..
Mencabar juga nak masuk dalam bilik 3D. Lepas snap gambar macam ni hasilnya. ngeee

 Comel-comel termasuk tuan blog sekali. hehehe




Meniarap pun meniarap lah.. Bukan senag nak meniarap macam ni depan orang ramai tunggu turn



Kesian pula tengok  ^_^

Tak sah kalau datang Penang tak pergi Street Art.. Kami tak naik kereta. Sebab kereta nun jauh di sana lagipun. nak cari parking kat tempat sana pun susah juga nanti..

Bermulahlah Explorace kami dari 3D Art and Trick Museum ke Street Art. Dalam 15 min (Naik kereta) macam tu kalau ikut waze. Tapi kami berjalan kaki. Boleh guna juga waze ni tapi kami potong ikut lorong-lorong kecil. Waze tu sikit tak bergerak sebab kami jalan kaki mungkin lambat la sakit anak panah waze tu nak bergerak. Harap tak sesat T_T. Mau 20-25 minit juga berjalan ikut lorong-lorong T_T

Ramai kan orang lalu lalang kawasan ni

Terasa seperti pelancong. Co-Pilot la penat sikit cari jalan. Yang pilotnya cari Pokemon. hahaha Kurang asam..

Ramai juga yang odw jalan kaki ke Street Art. Yang naik basikal sewa pun ada. Tapi hampeh.. Street Art dah tak wujud lagi.. Ada 2 benda je kat Street Art ni T_T Kami sebagai pelancong terasa ...... adoi penatnya jalan jauh tapi tak dapat tengok Street Art.. (Itu Hana)


Kami pun jalan-jalan tanpa arah tuju sebab waktu petang angin sepi-sepi bahasa best juga menikmati pemandangan bangunan-bagunan lama, pokok-pokok yang sudah berpuluh-puluh tahun lamanya.

Dah masuk 6.30 petang baru kami balik nak ke King Crab pula

Nak balik ke tempat parking kereta pula. Nak waze apa ek??? blur kejap.. sebab nama tempat parking kereta tu tak tahu. Co-pilot kena rancang strategi nak pakai jalan apa nak ke tempat parking. Dalam fikiran Hana nak tahan teksi ja. hahahaha. Tapi no no no cabaran di teruskan.  Kata nak kurus. Waze balik 3D Art and Trick Museum. Uik.. jauhnya  20min kalau ikut lorong besar (Naik kereta) Tapi kami jalan kaki. Adoi.. kena bergerak pantas ni

Penunjuk waze tak bergerak pun sedangkan kami berjalan dah jauh. huhuhu usaha cari seting waze yang khas untuk berjalan kaki. Tapi tak jumpa T_T . Ok sekarang ikut mata hati Hana. .


Pergi jalan lain. Balik jalan lain. Sempat singgah minum dulu. Rehatkan kaki..

Perjalanan mesti di teruskan sebelum Maghrib. Risau juga lewat-lewat kalau di tempat orang kan. Dan akhirnya berjaya juga jumpa tempat parking kereta :) itu pun separuh pejalanan, kami ikut jalan besar.


Pesta Pulau Pinang 2016


Pesta Pulau Pinang 2016 yang telah pun diadakan pada 28 November 2016 hingga 1 Januari 2017.
Kali nie merupakan kali ke 2 dan kali ke 3, Hana ke Pesta Pulau Pinang. Sebabnya tahun ni 2 kali Hana ke pesta. Sangat-sangat best.. Boleh santai-santai tapi sayang....

* Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar nak naik tu...

Yang duduk atas kerusi 2 orang pastu pusing-pusing tu. heheh apa namnya pun tak tahu..

Dah bertepuk tangan dah ni nak masuk dalam tempat permainan tu.. Pleessee.... yang tu ja.. jom la. sekali ni ja tapi dia tak layan weh
"Tak payah la pi pesta lagi lepas ni" konon-konon kalau wat ayat macam tu dapat naik permainan tu la kan.hehehe

Ceah.. tak ada harapan juga. So terimalah hakikat yang Hana tak dibenarkan bermain permainan yang ada kat situ.. Sedih T_T. Semua jenis permainan ok SEMUAAAA.Arrgghh....

Berbalik cerita di Pesta ni.. Tiket masuk RM3. Murah ja pun.
Walaupun sudah di sediakan tempat parking yang sangat luas.. tetapi masih tak cukup. fullhouse. Time nak balik baru perasan.. banyaknyaa kereta.. sampai ke atas divider :D

Hana datang Pesta Pulau Pinang ni sebab 2 perkara
Nak main permainan dan tengok lampu-lampu ala-ala I-City. Tak dapat pergi I-City yang betul. Ala-ala I-City ni pun boleh la :)

Yang gemuk itu saya...😒

Itu part pertama pergi Pesta dengan Husban pergi pukul 4 ptg (nak elak jem) balik pukul 8.30 malam

Part ke 2 pergi dengan Family. Pergi pukul 4.30 balik pukul 11 malam. OMG.. jalan sangat-sangat jem ok. sampai pesta pukul 7 lebih macam tu.. Padahal jarak rumah dengan pesta dalam sejam ja..




 Cookies berasap. Fuhh.. Fuhh... :P

 Sambil tunggu mesin ATM sebelah online boleh lah memanah dulu


Ishh... gambar lampu-lampu I-City semua tak ada dalam handset.. Penat je update blog baget nak letak caption "Yeaah dah sampai I-City" langsung tak ada gambar tu.. Semua dalam handset husband😒

Minit Mesyuarat Staf bil 1/2017


"11.19 ye cikgu"


"Sudah siap cikgu"
"Ok saya akan semak minit mesyuarat ni sehari suntuk"

"Ok boleh boleh"( huh sehari suntuk untuk 12page minit mesyuarat)
"Saya tanda dengan pen merah haa"

"Pen selain pen merah lah cikgu"
"macam tu pula"

"Pen hitam pun boleh, hijau boleh, biru pun boleh"
"Boleh ek request request"

"Boleh boleh. Kalau pen merah kan rasa macam seram. pen hitam baru nampak normal, kalau pen hijau sejuk ja mata nak tengok" (adoi apa aku cakap ni)
"Ok lah saya tanda dengan pen hitam"


       

Agak-agak guru besar Hana baca ke tak blog hijau ni..ngeee

Warna pun mempengaruhi mood tau😁



Masterchef Husband and Wife season 1


Masterchef Husband and Wife season 1. Kali ni memang betul-betul nak bertanding masak dengan husband.Maklumlah dah jadi profesional dah sekarang hahaha puji diri sendiri (^_^) Asyik-asyik minta resepi kat husband even goreng ikan sekali pun.

Itu dulu.. Sekarang lain, dah pandai sikit boleh berlagak la juga kan. ngeee..

Sebelum ni kami bertanding masak kerapu 3 rasa..yes I'm win. Resepi Hana dari google ja ngeee..nasib cun rasanya kalau google pn..

So kali ni kami bertanding masakan menggunakan santan. Ini hasil masakan Hana and Husband. Masakan Hana ayam masak lemak cili api. Husband pula kari ikan bawal. kami bertanding di rumah tok. Tok sebagai juri.
        .
     

Ayam Masak Lemak Cili Api vs Kari Ikan Bawal 


Erm... kalau dah selera kampung. Selera atuk-atuk nampaknya kari lah menjadi pilihan juri.

dan.......

Dah agak memang kari ikan bawal menjadi pilihan juri.

Ok kalah untuk season pertama T_T



Resepi Kari Ikan Bawal

2 ekor ikan bawal (Macam saiz L ja hehehe)
Santan ( satu kotak)
5 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
2 inci  halia *
4 cili melaka*
2 biji tomato
2 paket kecik serbuk kari ikan babas (bancuhkan)
daun kari
minyak
garam
gula
air asam jawa
Blander yang bertanda *.

Cara-caranya....

1. Letak 2-3 suhu minyak dalam periuk
2. Tumis bahan blander sehingga naik bau
3. Masukkan daun kari
4. Masukkan bancuhan kari dalam periuk tadi dan kacau sampai pecah minyak
5. Dah agak-agak nak mendidih, masukkan santan dan kacau lagi
6. Kemudian masukkan ikan
7. Masukkan air asam jawa
8. Masukkan gula dan garam
9. Last sekali masukkan tomato.
10. Dalam 3 4 minit tutup api

Dah siap




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...