First Impression



Apa yang korang bayangkan di fikiran korang bila ternampak 3 benda ni??


20g karbohidrat sehari


20g karbohidrat sehari merujuk kepada Diet Athins. Diet Athins : no sugar no carbohidrat in 14 days atau selagi tak cecah berat yang diidamkan kena stay di fasa ni. Makanan yang boleh makan : air kosong, ayam, daging, ikan, sayur hijau, udang, keju cheddar, keju mozarella, keju parmesan, rumpai laut, suplemen dan vitamin. Selain daripada tu di HARAM kan dalam diet Athins. Tapi itu lah syarat wajib Diet Athins.

Kalau dah melepasi fasa ni horeyy... boleh dah makan yang lain dalam kuantiti sedikit. Ok sila google fasa-fasa Athins ye kawan-kawan

Memang tak lah kan Kalau Hana nak amalkan betul- betul diet Athins ni. Mana boleh Hana tinggalkan buah-buahan, ais cream dan coklat T_T. Nanti diorang merajuk macam mana huhuhu. Hana cuma tak makan nasi or makan nasi 3 - 5 sudu sehari.

Tapi apa-apa pun Hana suka cara penerangan yang logik dek akal berkaitan dengan Diet Athins ni. Meh nak explain sikit berkaitan Athins. Kepada pakar Diet Athins kalau salah tegur ek :)

Cara Diet Athins menjalankan kerjanya...
Secara azalinya, badan kita memerlukan tenaga. Tenaga tu datang dari karbohidrat dan gula kan. tetapi Athins ni suruh kita kurangkan karbohidrat. Bila dah kurangkan karbohidrat, badan kita ni terfikir-fikir nak bakar apa, karbohidrat dah tak ada. Fikir punya fikir, diorang sepakat nak cari lemak dan membakar lemak untuk dijadikan tenaga. Badan gemuk sebab apa? LEMAK. Sekarang badan dah bakar lemak maknanya dah selim melim la kan :) 
Kalau kita cun makan karbohidrat yang cukup, badan kita akan bakar karbohidrat ja, yang lemaknya tak di bakar. So itulah gunanya Diet Athins untuk orang yang gemuk macam Hana. Yang dah slim amalkan diet seimbang sudah le.

Dari sini lah Ketosis itu muncul di peringkat awal selama 3-4 hari bagi yang mengamalkan Diet Athins. Google please apa itu Ketosis (kurang selera makan, kerap kencing, pening, tenaga bertambah, dan lain. biasa-biasa ja )

Fokus kepada karbohidrat untuk 20g apa ja yang boleh di ambil untuk Diet Athins


Segala jenis nasi, pau, roti wholemeal 2 keping dan kentang pun dah tinggi karbohidrat T_T 
Gandum musuh Athins


Nampak tak susu pekat di situ . huhuhu
  Gula musuh Athins

1 cawan nasi = 30g 
telur = 1g
Ayam goreng = 9

Ermmm.. Mak Cik bagi nasi lemak 1 tak mau nasi ok. hehehe

Sebenarnya ikut kesesuaian diet yang sesuai untuk diri sendiri. Kalau dah mantain just amalkan diet seimbang alaa yang kita belajar piramid makanan kat sekolah tu. ngee. Ada Diet No Rice, Diet Slim Fast, Diet Detox. Itu ja diet yang Hana tau. ngeee


2ww


Menangis
Saat aku merindukanmu
Kerana saat itu
kau tak berada di sampingku

Berusaha
Tak semudah yang disangka
Tapi aku yakin
Untuk mendapatkan mu semula

Support me
Every one in a while
I would like someone
to hold my hand and tell me
everything will be ok

p/s : I think to meet another person to help this situation. Ego 😑


Paint Your Mural Program


Bersua kembali...

Paint Your Mural Program yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Amanah dengan kerjasama Petronas dan Kraftangan Malaysia.

Program tersebut diadakan selama 2 hari iaitu 4 hingga 5 Ogos 2017 tetapi guru dan murid terlibat secara menyuluruh pada 5 Ogos 2017 (Sabtu). Murid yang terlibat tahun 4 hingga 6. Murid di bahagikan 3 kumpulan aktiviti iaitu Science Activities, Mural Painting dan Art Therapy. Hana di tugaskan di bahagian Art Therapy : Mewarna batik


Program di mulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari guru besar dan pihak Petronas berkaitan dengan aktiviti yang akan di jalankan.

Bergambar dulu sebelum memulakan aktiviti

Selesai ucapan murid bergerak ke tempat aktiviti. Aktiviti Sains : Menghasilkan minyak (Makmal Sains), Mural (Dinding depan bagunan sekolah), Art Therapy : Mewarna batik (Kantin)

ART THERAPY

Disebabkan Hana di tugaskan untuk menjaga bahagian ni so banyaklah gambar kan

        

        

 nampak fokus di situ ^_^

Nah special gambar dari tuan blog. ngee

Dalam gambar nampak cantik. Kalau real lagi triple cantik hahaha

Batik background kuning tu saya punya :) 
Rupanya murid buat lagi cantik dari cikgunya. Mari ber huhuhu

SCIENCE ACTIVITIES

Bagaimana minyak di hasilkan??? Jom kita ber'eksperimen'

         


MURAL PAINTING

Para artis menyiapkan lukisan sehari sebelum program berlangsung

        

Taadaa....


Setelah selesai, murid berkumpul semula

Majlis peyampaian cenderahati

         

KFC time
  
           

Yeaaaah... guru-guru ber'selfie'




Eh.. Eh.. 2 je
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...