Recipe for baby : Nasi jagung + ikan tenggiri masak halia


Hari ni 11 bulan. So mama masak special sikit hari ni. Bukan untuk baby je mama pun dapat makan sekali. Tapi mama punya ada bahan perasa, yang baby no sugar, no salt dan no msg :)

Ikan Tenggiri Masak Halia 


Banyak bahan sebab menu ni untuk seorang dewasa dan seorang baby. ngee
Tomato ceri ni ketegori pemanis. Saderi pula kategori pemasin. 

Caranya
1. Goreng ikan guna serbuk kunyi. Tak perlu garam. kemudian ketepikan


2. Guna kuali lain.Tumis bawang putih dan halia guna unsalted butter
3. Masukkan air 
4. Masukkan saderi 


5. Masukkan serai dan sedikit serbuk lada hitam  (lupa nak ambik gambar awal tadi)
6. Bila saderi dah lembut masukkan tomato ceri.
7. Tunggu tomato lembut boleh lah tutup api. Kalau untuk baby biarlah tomato tu lembut senang baby nak kunyah

Lepas siap asingkan kuah untuk mama dan untuk baby

           

So yang kiri versi baby yang kanan versi mama (ada bahan perasa). Sama ja kan cuma yang mama ada perasa. ngeee

Nasi Jagung

Caranya
1. Basuh beras
2. Lebihkan air sedikit
3. Masukkan jagung
4. Masak nasi macam biasa



Dah siap. 
Awalnya dia tak nak makan. Mama dah pelik dah ni. selalu semua dia ngap.. Rupa-rupana dia nak suruh suap pakai sudu T_T Ingat nak pakai tangan senang nak bagi makan ikan. 

Makan nasi + ikan goreng tak apa pula pakai tangan. Rasanya sebab dia nampak kuah kot tu dia nak pakai sudu. hahaha


Dah nak habis dah.
Terpaksa buat macam ni nak kuah kan. hehe


 Dalam pinggan tu macam Jasmin bagi hint nak makan ketam kali. hahahaha nasi tu memang biar sedikit dalam pinggan dengan harapan Jasmin ambik nasi tu suap sendiri. Belajar suap sendiri la pula..


 40min juga lah baru  habis makan


Pasta for baby


Pasta buddis nampak je sikit tapi bila dah di sekalikan dengan kuah jadi banyak pula.. Nasib anak mama ni dapat habiskan. ngee.

So bahan utamanya mestilah

   
pasta
Pasta apa pun boleh janji blander kasar yang sesuai dengan umur.

bahan ke dua

daging cincang aka daging mince
Jangan cari yang frozen sebab yang di frozen tu dah bercampur dengan bahan-bahan lain so cari yang jenis macam ni tak pun cari daging minta penjual tu mesinkan jadi daging macam ni. Lepastu boleh kita frozenkan sendiri

Pasta bolognese

Pasta buddies ( rebus dan blander kasar)
Tomato + bunga kubis ( blander halus)
bawang putih
unsalted butter
daging cincang aka daging mince

Tumis bawang putih guna unsalted butter. Masukkan daging gaulkan dalam kuali tu sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan blander tomato+bunga kubis. Sehingga kuah jadi pekat sedikit. Dah siap..

See....

pasta bolognese daging is done

   


Pasta cabonara

Pasta buddies ( rebus dan blander kasar)
Cbb (chicken bone broth)
Bayam (blander kasar)
Cream cheese tatura
bawang putih
unsalted butter
daging cincang aka daging mince

Tumis bawang putih guna unsalted butter. Masukkan daging gaulkan dalam kuali tu sampai naik bau. Kemudian masukkan cbb dan air sedikit untuk mencairkan cbb. Lepas tu masukkan bayam dan cream cheese. Dah siap..


  

Abaikan potongan mangga tu tak ada kaitan dalam resepi ni  hahaha

Leek a.k.a daun bawang perai



Selalu kita sebut leek

Pertama kali gunakan leek dalam masakan Jasmin. Selain dari celery, leek juga dapat di masukkan dalam resepi CBB (chicken bone broth)

KEBAIKAN LEEK
  • merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah 
  • melindungi dari jangkitan pernafasan 
  • meningkatkan kesihatan pencernaan 
  • membantu dalam perkembangan saraf
  • membersihkan sistem penghadaman

Suatu hari di Toys "R" Us



Misi mencari educational toys untuk si Jasmin. 

Mamanya rambang mata masuk sini. Dah hilang misi mencari educational toys. ngeee Setiap lorong Hana masuk dari toys untuk boy/girl, dari baby sehingga dewasa. Semua mainan Hana try. Tapi.... ada satu station ni.....

Waaaahhh Station Pinkfong dipenuhi warna pink, biru dan kuning... Bukan setakat Hana je waaaaaah Jasmin pun aaaaaa......taaa....taaa Jasmin membesar dengan lagu Baby Shark ja mama dia tak ajar lagu lain. ngee

    


     

Banyak lagi sebenarnya.. 
Macam nak beli semua ngeee

"Which one?" Sambil tunjuk satu per satu kat Jasmin. 
Tau tak dia excited yang mana??
tadaaaaa...
Plush toy RM 7+.++

 Tapi Hana tak lupa educational toy untuk Jasmin so Hana ter... suka yang ni

Sound Book RM 7+.++

Berbalik kepada Jasmin tadi.. 
Punya lah susah nak bayar kat kaunter. Jasmin tak lepas plush toy dia T_T

Nak scan toy pun da bunyi mengamuk dia.
Bila toy masuk plastik "Ni ada kat mama ni" sambil tunjuk toy dalam plastik. Senyap dia.. huhuhu.
Bila tak nampak toy dari pandangan dia, dia mengamuk lagi.. 

Terpaksa lah buat macam ni..

   

Besarkan plush toy ni tapi ada lagi yang besar. ngeee
Tak ingat suruh casher tu bukakan kotak😅

So ni reaksi dia bila dapat pegang toy



Habis cerita pasal plush toy
Ni pula educational toy pilihan mama :)




Sebelum tidur belek-belek buku dulu lepas tu tidur dengan lena biar mimpi sampai ke bulan :D

Tempek di sini buat back up

Semasa Raya 2019 habis semua gambar hilang. Itu lah tak buat backup lagi. huhu

Setiap 28hb mesti Hana ambik gambar  si Twin untuk dibuat album sempena bulan baru diorang. Start dari lahir sampai ke 7 bulan Hana edit cantik punya. hilang macam tu je T_T

Nasib baik adik ipar ada backup gambar-gambar dari group family tapi gambar yang tak dipost di group memang tak dapat di selamatkan le. huhu

so untuk kali ni nak tempek beberapa gambar walaupun tak semua tapi sekurang-kurangnya ada juga daripada tak ada langsung macam hari tu huhu 7 hari 7 malam menyesal tak sudah.

Aathif & Jasmin
Masih di hospital

edited by Abah

Aathif & Jasmin
Lepas habis berpantang. Bawa tidur rumah mertua pula :)


Jasmin & Aathif
Tertarik dengan gambar ni :)

Jasmin
2 bulan lebih dah naik flight. Masa ni tidur je kerjanya dalam flight

Aathif
 Masa ni elok je duduk dalam stroller tapi sekarang T_T












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...