Monolog (anak-anak mama)


Aku tak sangka aku setabah ini
Aku dapat lalui semua ini 
Besarkan anak-anak seorang diri

Aku harap aku lagi tabah di masa akan datang
Aku diberi kesihatan yang baik 
Untuk besarkan anak-anak 
Insyallah

Mama akan buat yang terbaik
Mama buat semua ni untuk kebaikan kamu
Apa mama ajar, mama marah, mama tegur, mama biarkan anak mama menangis tu bersebab 
Tak semua kemahuan anak perlu mama ikut 
Mama tak mau manjakan anak mama
Mama tak mahu anak mama jadi raja permaisuri yang semuanya kena tunaikan..
Mama akan berikan kamu kekayaan dari segi akhlak bukan kebendaan.


Aathif 
Hormatlah orang yang menjaga Aathif membesarkan Aathif siang malam. Mama nak Aathif hormat orang, hormat kakak. Jaga kakak. Tolong kakak jika kakak ada masalah. Bila dah besar nanti harap Aathif dapat fikir mana baik mana buruk. 

Jasmin
Mama tahu Jasmin kuat. Sebab mama sendiri yang besarkan Jasmin 24jam. Mama tahu apa Jasmin nak, Jasmin suka, Jasmin rasa. Orang lain takkan faham. Mama nak Jasmin tabah macam mama. Berdikari. Ajar adik lakukan kerja-kerja rumah. Tegur adik jika dia ada buat salah. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...