Keputusan SPM 2012



Seperti kenyataan yang di buat oleh KPM, 21 Mac 2013 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SPM 2012 termasuklah Hana adik Hana, Syifa.

Bagi pelajar yang tidak berkesempatan nak ambik slip keputusan SPM 2012 di sekolah, bolehlah semak keputusan melalui SMS.

Halakan cursor ke gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Nak tahu Syifa dapat berapa? hahahahaha
Tunggu entri akan datang ok :)

P/s : Hana tak biasa panggil Syifa ni adik sebab mak abah, abang, jiran panggil Hana, adik.


Kepentingan Bermain



http://mamahakim.files.wordpress.com/2010/06/sos_kopshti.jpgMain mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)


Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :
Meluahkan idea, perasaan dan emosi
Tenang dan beriadah
Menggunakan tenaga yang berlebihan
Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa
Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek
Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial
Membudayakan proses pembelajaran
Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni


Kepentingan bermain bagi perkembangan fizikal:
Menggerakkan psikomotor
Meningkatkan kemahiran fizikal – berlari, melompat, memanjat
Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria – bau, sentuh
Meningkatkan kemahiran manipulatif – mencantum, melukis, menampal 
Meningkatkan kemahiran mengimbang – renang, kawal pernafasan 


Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi:
Belajar berinteraksi secara positif
Belajar menghormati hak orang lain
Menghargai alam sekitar
Kepentingan bermain bagi perkembangan kognitif:
Mendengar
Berbahasa
Membaca
Berbincang
Berlakon


Secara ringkas, kepentingan bermain adalah :
Belajar konsep
Meningkatkan keupayaan kognitif
Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif
Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan
Membantu dalam menyelesaikan masalah
Membina kemahiran sosial
Memahami dunia sekeliling
Mempelajari bahasa
Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan
Membina kemahiran kendiri yang positif
Memupuk sikap tanggungjawab
Mempelajari peranan orang dewasa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...