Hang loqlaq noo..


Kebiasaanya Hana akan berjoging dan melakukan aktiviti senamrobik di persekitaran Pustaka Negeri Sarawak. Rutin Hana seminggu 3 kali.

By: Mr Google

Lepas habis joging Hana join aktiviti senamrobik. Nak dijadikan cerita tengah senamrobik berlangsung...ada akak ni tanya,

Adik sekarang pukul berapa?
6 suku akak

Adik bukan orang sini?
Sik, kamik bukan orang sitok (baget nak praktis klaka sarawak)

Siney?
Kedah

Alor Star ka?
Sik, Sungai Petani

Mak kami orang Aloq Staq
Laa, yaka?

Hang loqlaq noo..Kalau mak tau ni mesti dia suka punya orang kampung dia. 
(Dalam hati, lama tak dengar perkataan "hang loqlaq") Rumah kat mana??

Kat Samariang. Belajar ke kerja?
Owh, dekat jelah dengan rumah. Kerja dah

Kerja apa?
Cikgu kat SK Sampadi, Lundu

Comey sangat cikgu pun. Jauh tu Lundu
(Senyum xperlu kata apa-apa) Jauh jugak laa.. sekolah rendah

Dalam pukul 6.45 petang kami semua bersurai. Nak bertukar no telefon tapi kami tak bawa pen masa tu. Harap dapat jumpa dia lagi :)


Mural Hidupan Laut


Jari Hana terus menari tanpa henti di atas papan kekunci ni :)

P/s : Tak dapat nak fikir tajuk untuk entri ni 

Setelah 2 bulan, akhirnya dapat juga Hana siapkan mural ni. Erm.. 2 bulan ke? Ke sebulan lebih. tak pasti lah yang penting Hana berpuas hati dengan mural yang di hasilkan..

 Tema : Hidupan Laut

Tiba-tiba rasa terharu. Tak sangka dapat siapkan mural hidupan laut ni. Not perfect but its very nice.

Proses melakar. Sehari dapat siapkan lukisan mural hidupan laut ni

    

Tapi bila nak masuk proses mewarna, memang sangat mencabar kewibawaan Hana.. hehe

Proses mewarna perlu diberi keutamaan pada warna hijau, baru lah semangat nak warna bahagian-bahagian lain.Hijau tu yang menaikkan seri mural hidupan laut tu tau. Ngeeee

Ehem..gangguan photographer di situ. hehe

Haaa nampak tak seri warna hijau tu.. Hana ambik masa 2 lebih jam untuk warnakan 3 rumpai laut tersebut.Sesimple-simple nak melukis rumpai laut tu pun bila nak warnakan makan masa juga kan..

Masa ni dah siap warna semua. Cuma Hana nak buat line hitam kat setiap hidupan laut tu. Mencabar juga nak buat line hitam tu pun. koordinasi mata dan tangan diperlukan di situ.hehe

Finally


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...