Orang berbuat jahat terus dipandang jahat


Orang berbuat jahat terus dipandang jahat sampai bila-bila Kenapa? Hana pun tak ada jawapan untuk itu. Masing-masing pandangan kan, Hana tak boleh nak ubah pandangan orang. 


“Mungkin dia terpengaruh dengan Si A, kan sebelum ni dia ada buat masalah” 

“Saya rasa tak, sebab dia dah berubah tak macam dulu” 

“Ermm...” 

“Sudah termakan dengan kata-kata orang lain ni. Aku tahu siapa” Kata aku dalam hati

Dengan senyuman sinisnya membuatkan aku tak berpuas hati, ingin sekali aku menegakkan benang yang basah tapi tak berhasil. Aku hanya mampu tersenyum tapi hakikatnya Tuhan sahaja yang tahu.


Kadang-kadang, bila kita sudah perbetulkan keadaan masih lagi orang tersebut dianggap jahat.

Hati berkata > kesian kamu, laluilah semua ini dengan tabah..


Ramah Tamah Aidilfitri SK Sampadi - BORIA -


Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Sampadi. Masih mood raya lagi ke?  Tapi tu lah Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Sampadi ni berlangsung hari Jumaat 29 Ogos, sudah melepasi bulan Syawal :) 


Dalam majlis ni Hana kena handle bahagian persembahan. Idea asal untuk buat sketsa tapi perlu pakai 2 3 mikrofon. Disebabkan Hari Guru hari tu tak jadi buat boria, so Hana pilih boria sebagai persembahan untuk majlis ni

2 minggu lagi untuk Hana buat persiapan persembahan. OK sangat mencabar bila murid yang terpilih untuk buat persembahan tak tahu apa itu boria. Apa boria?yang diorang tahu 'Boria Suka-Suka' dalam cerita Upin Ipin tu T_T. Bila tengok video boria....
"Susah juga boria ni, nak handle penari dan penyanyi, penyanyi kena intonasi yang betul, yang paling mencabar, bila nak linkkan lagu dengan muzik, penyanyinya perlu alert dengan muzik, part mana nak menyanyi part dan sebagainya.Penari of course kena menari. Menari satu hal, kena menyanyi pula kat part tertentu"
Masa ni dah mula serabut. Tapi apa-apa pun, dari awal lagi Hana minta murid hafal lagu. Alhamdulillah diorang dah boleh hafal, cuma perlu buat latihan intonasi dan linkkan dengan muzik. Sebut pasal muzik, usaha ni Hana tanya kawan opsyen muzik dan abang Hana.

Tapi akhirnya dengan mengunakan kepakaran yang ada Hana buat minus one sendiri. Pakar lah sangat kan..hehe Boleh la dari tak ada kan. Cuma muziknya tak clear. Tapi ok lah sekadar cuba-cuba buat minus one. Lirik lagu of course bukan Hana yang reka. Kalau Hana reka dah tambah satu kerja lagi.hehe Lagu Boria Aidilfitri Hana ambik dari penyanyi Mas Omar. Penulis liriknya Hana tak tahu la pula.

Pasal tarian, pada mulanya Hana yang cipta tapi disebabkan murid tak dapat nak ikut. Hana serahkan bulat-bulat kat murid. Biar diorang bincang step tarian mudah.Hana pun tak kisah sangat pasal step tarian asalkan sama step ja

Seminggu sebelum majlis Hana plan nak beli aksesori untuk boria. Bila sebut boria, lengan baju ada renda-renda, pakaian sama, kayu untuk tukang karang (karang ka karut?), payung dan bunga manggar. Dan inilah hasilnya...



Bunga manggar ? Erm...tu lah.hehehe Eh eh tema boria warna hijau lah :P Sayangnya terlupa nak ambik video persembahan T_T Rugikan bukan senang nak buat boria.



P/s : Update entry pakai smartphone weh.. tapi nak masukkan gambar kena pakai laptop Why? Why T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...