Wwwow... check it out my Nuffnang


Wwwoooow!!! sambil mata berkelip-kelip. Biar betul ni.. Macam tak percaya pula. Esok nak buka check semula.

Haaa memang betul la, siap ada penambahan 2 campaigns lagi


 Tak sangka pula, Hana jarang update blog ada gak iklan menempek kat blog Hana. Nie yang semangat nak mengadap blog hari-hari ni. hehe

Thanks Nuffnang 

Mural pokok 3D


Mural pokok 3D. Niat dihati memang nak buat mural pokok pun di Kelas Pendidikan Khas SK Sampadi. Niat tersebut di simpan sampai lah satu masa ni....

Search gambar mural pokok.. Akhirnya Hana terjumpa mural pokok yang unik. Ok set Hana nak buat macam ni..
Prasekolah SK Lanhang
Mohon Hana pinjam gambar ni untuk di buat contoh :)

Hana pun memulakan lukisan Hana. Susah juga sebab nak lukis pokok yang besar sampai ke syiling. Lukis satu hal. Nak warnakan lagi.huhu Fikir punya fikir.. tak jadi nak buat sampai ke syiling.  Asal ranting pokok dah sentuh syiling pun dah ok :P


Proses mewarna of couse Hana di bantu oleh 2 orang murid Hana. Yang bahagian batang besar tu murid Hana yang warnakan. Bab warnakan ranting dan touchup tu kerja Hana. Selepas siap mewarna baru perasan, bahagian bawah pokok nampak kecil berbanding bahgian atas.. Dah Hana kena adjust bagi besar balik bahagian bawah tu T_T

     

Keesokan harinya. pokok Hana ni dah di tumbuhi daun :P  Daun ni daun plastik. Nak lekat pakai gam pistol tapi soket kat kelas Hana tak berfungsi T_T Terpaksa pakai doubleside tape. Macam lekat tak lekat je. Kalau daun ni berguguran pandai-pandai Hanalah nanti

    

Hana ambil masa 3 hari untuk siapkan pokok ni. Hari pertama lukis, Hari ke dua warna dan hari ketiga tampal daun

Lepas siap mural pokok ni..

Sesi menampal BBM yang sesuai kat pokok ni. Gambar-gambar haiwan yang Hana buat semasa praktikum di guna pakai. Cuma perkataan mengikut suku kata tu Hana kena buat semula

Dah siap. Untuk memeriahkan lagi pokok ni Hana gantungkan papan hasil kerja murid

Teringin juga nak merimbunkan lagi daun pokok ni tapi tu lah. Kalau di rimbunkan jadi serabut pula

P/s: 3D yang tak tahan tu.heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...