4 hari 3 malam di Pulau Langkawi # 2
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi masuk hari ke 2. Kami ke Pulau Payar.Yeaaahaa apa aktiviti di situ? snorkeling and scuba diving!!!
Kami berbelah bahagi samada nak memilih island hoping or snorkeling. Kami sepakat untuk ber'snorkeling'. Island hoping lain kali jelah. Kalau nak pergi esok macam tak sempat. huhuhu kenapa 4 hari 3 malam? kenapa tak 5 hari 4 malam???
Kami ambil pakage untuk snorkeling RM150 seorang termasuk insurans + lunch + feri so total RM300 untuk 2 orang. Kami di minta menunggu di lobi tempat penginapan nanti akan ada bas akan pick up kami.
Berjalan kaki dari tempat penginapan ke lobi
Dari jeti Pekan Kuah ke Pulau Payar naik feri kira-kira 1 jam. Kami di beri stiker untuk pakai di pergelangan tangan sepanjang kami berada di Pulau Payar. Di sebabkan ini firstime Hana snorkeling ke'excited'an Hana tu melebihi husben Hana yang dah berkali-kali snorkeling. Sementara dalam feri ke Pulau Payar, Hana menyunblockan diri.Confirm kalau dah snorkeling tak ingat dunia panas terik segala. Jauh perjalanan sempat Hana tido. Zzzz... Kumpul tenaga untuk snorkeling :P
Feri kami tiba di platform untuk scuba diving laut dalam. Dari platform tu kami naik bot ke pantai. Kami di minta memakai life jacket sepanjang berada di dalam air. Jarak dari platform dari pantai tak sampai 5 minit pun

Yeaaah dah sampai
Tiba-tiba rasa takut pula bila tengok banyak ikan. mula lah terbayang macam-macam
"Tak bahaya ka ikan-ikan ni"
"Ikan ni suka gigit ke tak"
Beach boy tu kata ada baby shark. Bertambah-tambah nerves Hana time tu. Kalau ada baby shark mesti ada mama shark kan.huhu Tapi tak perlu risau tak ada apa-apa pun. shark baik-baik belaka. hahaha

Relax-relax sambail pakai sunblock sebelum turun padang dalam air. Dalam 10 minit Hana sapu sunblock, Hana tengok cuaca mendung. Syukur juga sebab tak panas. sejuk-sejuk angin gitu. Tapi bila masuk dalam air tak sejuk. So makin lama Hana di dalam air. Nak kuar sejuk terketar-ketar

Kami di beri briefing mengenai had-had untuk snorkeling. Jauh bebenor had untuk snorkeling tu.. Tak menyesal punya. Alat-alat snorkeling di beri. Husben Hana yang ajar pakai alat-alat snorkeling tu.
Tibalah masa Hana ber'snorkeling'kan diri. Kalau ingat balik memang lawak. Hana langsung tak jejak pasir kat dalam air tu, geli kot. Kaki hana paut kat kaki husben hahaha Jumpa ikan pun Hana lari. Macam mana nak jadi little mermaid :P Oooop...firstime ok. Hana snorkeling dekat-dekat ngan pantai ja tak pergi jauh-jauh
Cuaca masa tu sangat sejuk dengan angin dan hujan rintik-rintik lagi. Lepas lunch, Hana snorkeling semula. Kalau lama di pantai sejuk beku Hana. huhu
Kali ni Hana dah boleh snorkeling nun juah di penghujung had snorkeling.nanti menyesal kalau tak snorkeling jauh-juah kan RM150 tu.. hehe Risau juga sebab dalam sangat dah ni kalau dah ada terumbu karang bagai kan. Of course time tu kaki tak dapat jejak dasar laut. Menakutkan bila tengak terumbu karang besar lepas tu ada ikan colourful besar-besar di celahan terumbu karang tu.,ada berkelompok ada yang sekor-sekor berenang. Yang sekor-sekor ni suka gigit kaki. huhu
Eee... jangan la gigit, pi main jauh-jauh"
Dua round juga Hana pusing-pusing kawasan tu.. Sampailah pukul 3 petang Hana bersiap-siap untuk balik ke jeti Pekan Kuah. Rasa kejap la pula snorkeling ni kan. huhuhu Time nak balik Hana nampak mama shark. Sukaati ja Hana panggil mama shark. hehe Dapat tengok shark depan mata :)
Sampai tempat penginapan bersihkan diri. rehat-rehat. Malam tu Hana demam. Kesian husben terpaksa berpanas no aircond or kipas. Pukul 5 pagi hari ke 3, Hana dah ok. Siap-siap ke aktiviti seterusnya..Terasa berat kepala sikit tidur lama agaknya
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi
4 hari 3 malam di Pulau Langkawi. Erm... boleh kan pospone dulu entri kawin :P kita terus ke entri 4 hari 3 malam di Pulau Langkawi :)
Perancangan awal nak ke Krabi, Thailand tapi cuaca tak mengizinkan. Terus tukar rancangan ke Pulau Langkawi tanah tumpah darah ku. Haaa kat sini Hana di lahirkan.
2 hari sebelum sebelum bertolak, Kami husben wife survey resort. Teringin nak resort atas air :) Pilihan pertama Berjaya Resort tapi dah full house. huhuhu Survey punya survey , akhirnya kami pilih Langkawi Lagoon Resort yang terletak berhampiran dengan pantai. Kami memilih Sea village by Langkawi Lagoon Resort sebagai penginapan kami dan semestinya penginapan kami atas air :)
Permandangan dari lobi. Dalam hati "Nak mandi kolam sebelum check out"
Selesai check in kami dihidangkan dengan minuman 'selamat datang'. Alololo sweet je dengar kan
Kami bergerak ke kediaman penginapan dengan menaiki kereta khas pihak Langkawi Lagoon Resort. Kalau nak gunakan khidmat kereta khas sepanjang berada di Sea Village ni call ja dari bilik nanti akan di jemput.hehe Bilik kami di tingkat dua. Waaaah dapat tingkat 2 mesti best pemandangan time malam nanti :)
Letak beg, terus ke beranda. Tengok permandangan dari tingkat 2, ke'excited'an nak jalan-jalan sekitar Langkawi Lagoon Resort terpancar di wajah waktu tu. Rehat letak tepi dulu, yang penting jalan-jalan :) Luas rupanya tempat ni. Ada gym, gelanggang bola tampar pantai, trek jogging/basikal, swimming pool, spa, dan jenis-jenis penginapan selain daripada Sea village
Dalam pukul 8 malam, kami ke Pekan Kuah 30 minit dari Langkawi Lagoon Resort. Hana sudah terdengar coklat-coklat di kedai coklat Haji Ismail Group memanggil-manggil Hana. Demi tak menghampakan coklat-coklat tersebut terpaksa juga Hana pergi ke sana :) Nampak tak hari pertama dah Hana cari coklat. hahaha

Lepas habis borong coklat kami gunakan khidmat Mr Google untuk cari restoran ikan bakar. Kedai makan pun di'search' Hana tau. hehe Hasil carian Hana restoran Nelayan Kampung Malut yang terletak kira-kira 15 minit dari penginapan kami manjadi destinasi jalan-jalan cari makan kami :) Kampung Malut tersebut terletak di tengah-tengah antara Pekan Kuah dan Langkawi Lagoon Resort

2 jam kami tunggu untuk makan malam ni. Kesabaran di perlukan di situ.
Hari ke-2 next entri ok :)




