Rawat Hati Sedapkan Hati



Apalah sangat kalau aku tak ada, hidup kau tak sunyi pun, kau kan ada ramai orang yang menceriakan kau

Aku pun bukan siapa-siapa, hanya angin yang tak ada hati perasaan datang dan pergi macam tu sahaja

Aku tiada apa-apa, kalau kau nak kau cari, kalau kau tak nak kau biarkan

Aku tak mempunyai kepentingan di sini. Tiba masanya aku undur diri. Terima kasih untuk semuanya.. Terima kasih untuk kenangan yang aku tak akan lupakan. Semoga ketiadaan aku dapat menceriakan hidup kau.

Start counting the day until .....?


Recipe for baby : Nasi jagung + ikan tenggiri masak halia


Hari ni 11 bulan. So mama masak special sikit hari ni. Bukan untuk baby je mama pun dapat makan sekali. Tapi mama punya ada bahan perasa, yang baby no sugar, no salt dan no msg :)

Ikan Tenggiri Masak Halia 


Banyak bahan sebab menu ni untuk seorang dewasa dan seorang baby. ngee
Tomato ceri ni ketegori pemanis. Saderi pula kategori pemasin. 

Caranya
1. Goreng ikan guna serbuk kunyi. Tak perlu garam. kemudian ketepikan


2. Guna kuali lain.Tumis bawang putih dan halia guna unsalted butter
3. Masukkan air 
4. Masukkan saderi 


5. Masukkan serai dan sedikit serbuk lada hitam  (lupa nak ambik gambar awal tadi)
6. Bila saderi dah lembut masukkan tomato ceri.
7. Tunggu tomato lembut boleh lah tutup api. Kalau untuk baby biarlah tomato tu lembut senang baby nak kunyah

Lepas siap asingkan kuah untuk mama dan untuk baby

           

So yang kiri versi baby yang kanan versi mama (ada bahan perasa). Sama ja kan cuma yang mama ada perasa. ngeee

Nasi Jagung

Caranya
1. Basuh beras
2. Lebihkan air sedikit
3. Masukkan jagung
4. Masak nasi macam biasa



Dah siap. 
Awalnya dia tak nak makan. Mama dah pelik dah ni. selalu semua dia ngap.. Rupa-rupana dia nak suruh suap pakai sudu T_T Ingat nak pakai tangan senang nak bagi makan ikan. 

Makan nasi + ikan goreng tak apa pula pakai tangan. Rasanya sebab dia nampak kuah kot tu dia nak pakai sudu. hahaha


Dah nak habis dah.
Terpaksa buat macam ni nak kuah kan. hehe


 Dalam pinggan tu macam Jasmin bagi hint nak makan ketam kali. hahahaha nasi tu memang biar sedikit dalam pinggan dengan harapan Jasmin ambik nasi tu suap sendiri. Belajar suap sendiri la pula..


 40min juga lah baru  habis makan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...