Seram giler punya tajuk. hehe baca entri ni dengan penuh perasaan...
Lama Hana menyepi 3 minggu lebih rasanya kan..
Dalam entri
Seminggu Lepas Dapat Gaji, laptop
Ftec Hana tu berendam dalam air sampai lemas. Tapi dapat diselamatkan
Kali ni laptop
Ftec koma 3 minggu terus. Hana rasa laptop
Ftec Hana merajuk dan bunuh diri gara-gara Hana guna handset baru Handset Galaxy Mega 6' 3' untuk update blog di entri
Testing Berblogging Guna Samsung Galaxy Mega 6'3'. Ingat manusia je ke ada hati perasaan, Laptop pun ada perasaan cemburu juga tau..
Nak di jadikan cerita...
Lepas buat kejutan elektrik
(yang macam sepasang iron bervoltan tinggi di hospital tu.. hehe) kat
Ftec tu, keadaan jadi stabil semula. Lepas 5 hingga 10 minit mati lagi, buat lagi kejutan elektrik, stabil balik dalam 3 4 minit mati balik..Menguji kesabaran tuan empunya laptop je. Lepas beberapa kali percubaan menyelamatkan
Ftec, akhirnya tak berjaya. Mungkin usianya dah meningkat
(7 tahun berkhidmat), tulang-tulang dah reput, mana mampu
Ftec nak bertahan lagi. Hana redha dengan pemergian laptop
Ftec tersebut.
Selepas 3 minggu pemergian
Ftec , hari ni 4/11/2013, Hana nak pergi beli laptop baru baget harga RM2000 ke bawah. Namanya Asus K46CM,
Blogger Nick nak sponser. Eh,tersyasyul pula..
Blogger Nick yang cadangkan beli laptop ni.. Down giler masa ni, tak sanggup nak menduakan Ftec. Kalau dah sehati sejiwa, segala kasih sayang, kenangan dah di curahkan kat Ftec. Tiba-tiba ada penganti baru si Asus. Dapat ke Hana nak bagi kasih sayang yang sama kat Si Asus tu? Waaah penuh perasaan Hana buat ayat ni..haha
Dengan semangat berkobar-kobar Hana nak cuba buat kejutan elektrik kat
Ftec buat kali terakhir, 3 jam sebelum Hana nak beli laptop baru. Dengan harapan
Ftec hidup semula. Dengan lafaz bismillah hirahmanirahim...
Dan akhirnya.. Hana sangat gembira melompat-lompat sehingga terasa sebak di dada.
Ftec Hana hidup semula. Korang bayangkan dah 3 minggu
Ftec koma, boleh hidup balik.
"Biarlah semua kata ko patut digantikan dengan yang lain, Aku tetap sayang kat ko, Aku tak nak ko pergi lagi sebelum sampai masanya, Aku tahu ko masih mampu bertahan untuk 2 tahun lagi mungkin.."
Welcome Back Ftec..
P/s: Terus guna
Ftec buat entri ni selepas Ftec hidup semula. Hana tak mau Ftec merajuk lagi.huhu