Rahsia Warna Bunga Rose


Pernah menerima bunga ros dari seseorang? Tahukah kamu apakah maksud yang tersirat di sebalik warna bunga ros. Jom layan entry di bawah...

Ros Merah

Menunjukkan si dia mencintaimu dengan sepenuh hati dan ingin bersamamu buat selamanya..melambangkan rasa cinta yang mendalam atau cinta sejati.

Ros Kuning

Menunjukkan kegembiraan dan ambil berat atau ungkapan selamat kembali. Juga menunjukkan si dia ingin menjadi sahabatmu. Ros kuning juga dikatakan untuk menunjukkan perasaan cemburu terhadapmu

Ros Putih

Menunjukkan rasa cintanya yang sejati sepertimana warna bunga ros itu. Di negara barat bunga ros ini sering digunakan dalam majlis perkahwinan melambangkan kesucian cinta pasangan.

Ros Merah Jambu


Mengungkap rahsia yang sekian lama terpendam bahawa kamulah cinta pertamanya dan menjadi idaman hatinya. Juga membawa maksud mengagumimu dari jauh dan sebagai tanda penghargaan. Ros merah jambu juga melambangkan kelembutan dan simpati si pengirim.

Ros Hijau

Menunjukkan tanda kesetiaan, ia juga adalah warna alam yang merupakan simbol kedamaian..(pernah dapat ros hijau dari ehem..ehem.... mmg cantik.hehe bukan cantik pa.. tp sebab warna hijau kan.. mesti la ku suka)

Ros Oren

Menunjukkan kesungguhan dan keinginannya terhadap kamu. Warna oren melambangkan sifat aktif seseorang.

Ros Ungu

Warna ini adalah warna misteri dan membawa maksud tersimpan rahsia. Juga menunjukkan keinginan atau memberi mesej cinta pandang pertama.

Ros Hitam

Warna ros ini adalah yang sukar diperolehi dan ia melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang

Kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan
Kombinasi warna merah dan putih pula melambangkan kesepakatan

Cam best je ros hitam.. xpernah tengok lg tapi klu Orkid Hitam pernah la tengok tu pun dalam ceta Anaconda..hahaha

10 orang dah komen :

Anonymous said...

Ros warna-warni ada tak? hihiii...

ZORA said...

dalam hdup ni..tak pnah pon dapat bunga ros...sadisnye..huuhuhuh

ZORA said...

dalam hidup n i tak pnah pon dapat bunga ros..sadisnye..huuhhhuh

Hana said...

Klik Aje : warna warni? rasanya xda tapi ice. cream da la warna warni.hehehe

lelaki susah skit nak dapat bunga

Ziera Ieyah said...

eehh ros ijau xpnh nmpk la..dlu sllu dpt ros mrh dr ex ngn coklat.

zora: pe plak susah, zira sllu jugak bg bge kt bf zira.

Hana said...

@Ziera Ieyah hana pun teringin juga nak bg bunga kat laki. Agak2 apa perasaan diorang kan?

Annamariana1989 said...

anna suka rose.. =)

Unknown said...

rose hijau mana nk dpt

Unknown said...

rose hijau mna nk dpt

Hana said...

Ada kat cameron..hana pernah beli :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...